Thursday, August 11, 2011

PENGURUSAN KUALITI PEMBELAJARAN


Mengapa perlu kualiti? Aspek pengurusan kualiti dan kepentingan kualiti tidak hanya dilaksanakan oleh usahawan-usahawan yang menyediakan barangan dan perkhidmatan, malah ia digunakan dan perlu di institusi-institusi pendidikan negara ini termasuk sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Di Britain, ia menjadi sangat penting selepas Akta Reformasi Pendidikan 1988 diluluskan.

       Term ‘kualiti’ tidak boleh dipandang mudah, dan mungkin ada yang menjangkakan term ini akan terus berubah mengikut arus peredaran zaman. Menurut Crosby (1989) kualiti ialah akur dengan permintaan pelanggan, bukannya kebaikan yang tersurat.[1] Walau bagaimanapun, ia sudah melebihi setengah abad dan kualiti terus menjadi bahan utama untuk diperbincangkan dan terus diperbaiki dan dimanfaatkan. Bagi Sallis (1996), pengurusan kualiti menyeluruh akan melibatkan dan menunjukkan sejauhmanakah tahap profesional, bermoral, punya daya saing, akauntabiliti dan terus wujud. Sebagai contohnya diperbincangkan aspek moral dan akauntabiliti. 
  Dari segi moral pula institusi pendidikan seperti sekolah sewajarnya perlu menyediakan pendidikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar kerana mereka perlu memanfaatkan pendidikan dengan maksima dan mereka punya masa yang panjang untuk menyumbangkan pembangunan kepada negara mereka sendiri. Tidak boleh sama sekali pendidikan yang tidak berkualiti didedahkan pelajar-pelajar. Ini adalah tangggungjawab yang berat kepada pengurusan sekolah dan menuntut aspek insaniah dan nilai wujud supaya pengurusan yang berkualiti menjadi realiti.

  Dari segi akauntabiliti pula ialah  keperluan membuat laporan, penyediaan data terkini amat memerlukan pengurusan kualiti. Institusi pendidikan perlu bersepadu dengan masyarakat bagi memenuhi keperluan-keperluan masyarakat dengan lebih konsisten.


  Pengertian dan Definisi Pembelajaran

Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan(1992) perkataan belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran.[2] Maka pembelajaran boleh diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Robert M. Gagne(1970) dalam bukunya The Condition of Learning mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan. Bowden(Willis 1993) menyatakan definisi pengajaran berkualiti bukan sahaja menambahkan ilmu, menerima atau mengekalkan informasi demi informasi.[3]

  Wilson, Robeck dan Micheal(1974), dalam buku Psychological Foundations of Learning and Teaching, mengemukakan dua definisi tentang pembelajaran seperti berikut iaitu pertamanya pembelajaran ialah hasil daripada usaha sesuatu organisma untuk memenuhi keperluannya. Pembelajaran ini adalah terdiri daripada perubahan-perubahan didalam sistem saraf semasa organisma itu melakukan sesuatu untuk menghasilkan keputusan atau kesimpulan. Keduanya, pembelajaran adalah suatu perubahan saraf akibat organisma melakukan berbagai-bagai tindakan dalam kehidupannya.

  Morgan dan King(1975) dalam Introduction to Psychology pula mentafsirkan pembelajaran sebagai sebarang tingkah laku yang kekal akibatnya pengalaman yang diperolehi atau latihan yang telah dijalani. E.R Hilgard, R.C Atkinson(1975) dalam buku Introduction to Psychology  mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang kekal hasil pengalamannya. Henry Clay Lindgran dan Donn Byrne(1976) dalam Psychology: An Introduction to a Behavioral Science berpendapat pembelajaran melambangkan sesuatu  konsep yang digunakan untuk menerangkan perubahan tingkah laku seseorang yang dapat diperlihatkan.

  Antia E. Woolfolk dan Lorrain McCune-Nicolich(1980) dalam buku Education Psychology for Teachers, mentakrifkan pembelajaran sebagai perubahan dalaman yang berlaku pada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baharu, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Morris L. Biggie(1982), mengikut bukunya Theories for Teachers, merujuk pembelajaran kepada beberapa situasi perubahan tingkah laku atau penyusunannya berdasarkan hasil pengalaman dalam sesuatu situasi yang tertentu.[4]

Menurut Guy Le Francois(1982) dalam Psychological Theories and Human Learning, pembelajaran merangkumi semua perubahan tingkah laku yang agak kekal dan dihasilkan melalui pengalaman. Kelvin Seifert(1983) dalam Educational Psychology menghuraikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang agak kekal selepas mengalami pengalaman tertentu atau ulangan pengalaman. Ringkas kata ramai ahli psikology pada umumnya mentafsirkan pembelajaran sebagai proses melalui latihan atau pengalaman organisma, menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.

Ringkasan daripada banyak pentakrifan pembelajaran ini membawa implikasi-implikasi yang dapat dihuraikan iaitu pembelajaran yang berlaku ialah hasil daripada latihan dan pengalaman. Ini bermakna sebarang perubahan tingkah laku yang tidak pernah melalui latihan atau pengalaman tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. Berdasarkan implikasi ini, perubahan tingkah laku kerana pertumbuhan, kematangan atau kelukaan misalnya tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. Berikutnya, perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran mempunyai ciri-ciri berkekkalan. Berdasarkan konsep ini, perubahan tingkah laku buat sementara sahaja, misalnya tindakan perlahan-lahan kerana letih, mabuk kerana minuman keras, halusinasi kerana makan ubat atau salah guna dadah, tidak ada kaitan dengan pembelajaran.


 Konsep Pembelajaran

Pada asasnya konsep pembelajaran yang berlandaskan teori-teori pembelajaran pada masakini boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama iaitu behavioris, kognitif, sosial, dan humanis. Keeempat-empat mazhab teori pembelajaran ini adalah dihuraikan seperti berikut.

     Pertamanya ialah mazhab Behavioris. Di antara tokoh-tokoh mazhab ini yang terpengaruh ialah Parlov, Thorndike, dan Skinner. Mereka berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kebanyakkan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian atau ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus , anjing, burung dalam keadaan bilik makmal. Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Menurut mereka tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

        Keduanya ialah mazhab kongnitif. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne, dan Ausubel berpendapat bahawa pembelajaran ialah proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mereka tumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dan dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar. Oleh itu teori-teori pembelajaran dibawah mazhab kognitif ini dikenali sebagai teori Gestalt iaitu ditumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Mengikut teori Gestalt  iaitu  bermaksud bentuk, pola tau tatarajah, manusia mempunyai struktur kognitif dan dalam proses pembelajaran otaknya akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya.

        Ketiganya ialah mazhab sosial yang menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behaviorus bersama dengan mazhab kognitif yang telah dihuraikan diatas. Tokoh mazhab sosial seperti Bandura yang berasal daripada Kanada, menegaskan pembelajaran melalui proses pemodelan iaitu pembelajaran melalui proses pemerhatian dan peniruan. Mereka berpendapat bahawa teori pembelajaran meliputi bukan sahaja aspek tingkah laku manusia yang nyata tetapi juga pemikiran dalaman seperti yang disarankan oleh ahli psikologi kognitif.

Keempatnya ialah mazhab humanis, berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan. Mereka menegaskan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu lain. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diaturkan mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar sendiri. Mengikut ahli-ahli mazhab humanis termasuk Carl Rogers, setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah sentiasa menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

 Perubahan ke arah Pengurusan Kualiti  Pembelajaran di Sekolah

Selepas setiap perubahan polisi dalam sesebuah negara, institusi pendidikan seperti sekolah perlu peka dan terpaksa memberi respons terhadap implikasi polisi baru yang akan dilaksanakan. Impaknya jelas, dengan perubahan-perubahan model pengurusan sekolah yang dilakukan yang pada akhirnya mewujudkan satu model pengurusan sekolah yang lebih berkualiti. Cabaran yang besar ialah apakah model terbaik untuk melaksanakan sebarang perubahan seiringan dengan perubahan polisi dalam negara tersebut.

Menurut Drucker (1995), institusi pendidikan perlu respons kepada sebarang reformasi sosial dengan mengambil langkah mendefinisikan semula kualiti, menghasilkan produk pendidikan berkualiti dan memikirkan prosedur kerja yang berkualiti.Ini menggambarkan model pengurusan sekolah yang digunakan selama ini perlukan reformasi selari dengan tuntutan perubahan sosial semasa, kepesatan ICT, ekonomi yang sifatnya global dan keupayaan pasaran yang bersifat ‘global village’. Aliran terbaharu kini lebih menumpukan perhatian terhadap sistem pengurusan pendidikan yang memberi perhatian terhadap faktor-faktor di bawah. Adakah sekolah berupaya menangani aspek-aspek seperti berikut?

      Pertamanya adalah  kemajuan ICT yang sangat pesat hingga mampu mewujudkan pembelajaran maya (online learning atau e-learning). Keduanya adalah  penumpuan kearah melahirkan generasi yang bersifat ‘world class’. Sekolah kini mesti melahirkan generasi yang mampu bersaing diperingkat global dalam apa jua bentuk kemahiran. Ketiganya ialah  menyediakan kemudahan pendidikan yang bersifat integriti daripada peringkat prasekolah hingga keperingkat pengajian tinggi. Keempatnya, penglibatan semakin meluas daripada sektor swasta dan penguncupan peranan pihak awam. Kelimanya, memikirkan penyebaran sumber pendidikan yang sifatnya adil tetapi profesional tanpa mengira mana-mana kepentingan. Dan akhir sekali,  perlu melihat terhadap kepentingan ‘value added’ dan keperluan semasa dan futuristik.

Institusi pendidikan di negara ini perlu sokongan yang kuat terutamanya daripada KPM dan Kabinet. Maka, wujudlah Akta Pendidikan 1996 yang telah meminggirkan catatan-catatan dalam segala polisi sebelumnya. Akta Pendidikan 1996 dilihat sebagai ‘tool’ untuk institusi pendidikan negara ini berhadapan dengan cabaran global. Biasanya, sekolah akan melaksanakan model pengurusan terkini kearah kualiti secara evolusi dengan mengabaikan beberapa prosedur kerja yang telah digunakan selama ini. Prosedur-prosedur kerja yang digunakan selama ini perlu disemak kembali dan reformasi perlu dalam pengurusan kualiti dalam sektor pendidikan, misalnya aspek kurikulum, pengurusan sekolah, penilaian, hak-hak pengguna dan tekanan sosial.

Sebagai contohnya daripada aspek kurikulum ia menjadi penting kerana semua kurikulum terkini dapat disampaikan dalam masa yang ditetapkan, membangunkan sumber-sumber dan memberi respons dengan keadaan dan keperluan semasa, menggunakan kepakaran staf dengan sepenuhnya, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terkini,  menggunakan hasil penilaian dalam pembentukan generasi serta membentuk kurikulum berdasarkan kepada keperluan negara.

              Manakala dari aspek pengurusan sekolah ia menjadi penting kerana merancangkan perancangan strategik yang sesuai dengan keperluan masa depan, menetapkan prosedur pentadbiran yang sesuai, keperluan membuat audit, membuat laporan dan pemeriksaan, akauntabiliti terhadap kepentingan negara dan masyarakat, meningkatkan tahap kecekapan dan mementingkan pengurusan kualiti dan menyesuaikan peranan staf dan bersifat fleksibel.

 Ciri-Ciri Pembelajaran

Berdasarkan kepada penghuraian definisi-definisi diatas, beberapa ciri pembelajaran dapat dinyatakan seperti berikut iaitu pembelajaran merupakan suatu proses. Pertamanya, ia mempunyai beberapa peringkat yang diperolehi secara sistematik, bermula dari penerimaan rangsangan melalui deria, diikuti oleh pembentukan konsep dalam pemikiran dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku. Keduanya, hasil pembelajaran ialah pembentukan perubahan tingkah laku dari suatu tahap yang rendah ke tahap yang tinggi. Ketiganya, perubahan tingkah laku selepas aktiviti pembelajaran agak stabil dan kekal. Keempatnya, pembelajaran merupakan suatu proses yang berterusan. Proses pembelajaran akan terhenti apabila kehilangan motivasi atau motif pembelajaran yang sesuai.
  Kelimanya, hasil pembelajaran adalah akibat perolehan pengalaman atau latihan. Perubahan tingkah laku ini hendaklah dibentuk daripada proses pemikiran dan penanggapan. Ia bukan hasil daripada proses pertumbuhan fizikal atau mental. Ia juga bukan terhasil akibat pengaruh dadah atau penyakit yang dihadapi. Akhir sekali cirinya ialah, pembelajaran berlaku keatas aktiviti sendiri, iaitu keatas usaha manusia sendiri mengikut motif atau motivasi tertentu. Tanpa motif atau motivasi yang sesuai, proses pembelajaran akan terhenti. Motif pembelajaran merupakan motif penggerak dalaman seperti sifat keinginan ingin belajar untuk kemajuan diri sendiri. Motivasi pembelajaran pula merupakan suatu penggerak luaran seperti dorongan daripada ibu bapa atau guru.[5]
  Prinsip-Prinsip Pembelajaran
Proses pembelajaran merupakan proses yang penting dalam kehidupan, khasnya dalam bidang pendidikan. Oleh itu sewajarnya bagi para guru memahami pengertian pembelajaran yang sebenar, mengenal pasti ciri-cirinya, membezakan antara jenis-jenis pembelajaran serta memahami setiap langkah dalam segala proses pembelajaran. Pemahaman terhadap proses pembelajaran ini akan dapat membantu guru meningkatkan lagi kecekapan mengajar mereka yang penting sekali, untuk mendapat hasil yang berkesan hasil daripada pembelajaran, perlu juga memahami dan mematuhi prinsip-prinsip pembelajaran yang berlandaskan kajian dan teorinya iaitu pertama, pembelajaran yang berkesan bergantung kepada motivasi yang sesuai. Motivasi ini boleh diwujudkan secara ekstrinsik(ganjaran luar) atau intrinsik(ganjaran dalaman).
  Keduanya, pembelajaran pelaziman boleh menghasilkan perubahan tingkah laku yang lebih kekal. Oleh itu, latihan berulang-ulang dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Ketiganya pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya seseorang mempunyai minat ataupun kebolehan keatas perkara yang dipelajar. Keempatnya persepsi yang tepat terhadap perhubungan di antara elemen-elemen yang dikaji dalam sesuatu situasi akan membantu proses pembelajaran. Kelimanya, aktiviti pengukuhan dapat mengekalkan perubahan tingkah laku yang dihasilkan daripada pembelajaran. Keenam, pembelajaran bermakna adalah bergantung kepada pengalaman secara langsung yang dialami oleh pelajar sendiri.
  Ketujuh, memberi peneguhan yang positif kepada pelajar akan menghasilkan respons atau perubahan tingkah laku yang diingini, dan seterusnya mengekalkan perubahan tingkah laku tersebut. Kelapan, kepuasan yang diperolehi daripada pembelajaran akan mendorong proses pembelajaran diteruskan. Perkara yang dipelajari akan kekal dalam ingatan sekiranya pembelajaran tersebut menghasilakn kepuasan atau ganjaran yang diidamkam.Kesembilan, pembelajaran yang berkesan hanya dapat berlaku apabila pelajar mempunyai kesediaan belajar.
Keengganan atau memaksanya belajar tidak mendatangkan hasil pembelajaran yang diharapkan. Kesepuluh, pembelajaran boleh berlaku melalui peniruan tingkah laku seseorang misalnya demonstrasi oleh guru. Keberkesanan pembelajaran didalam bilik darjah bergantung kepada pemeringkatan isi pembelajaran secara sistematik serta kaedah teknik mengajar yang mengikut prinsip-prinsip pembelajaran. Kesebelas, pembelajaran yang berkesan hanya berlaku apabila pelajar mempunyai pengalaman sedia ada yang mencakupi dan berkaitan dengan perkara yang hendak dipelajari. Tindakan maklum balas terhadap perkara yang dipelajari adalah penting untuk membaiki dan meningkatkan pencapaian dalam pembelajaran.

  Proses Pembelajaran
Pelajaran merupakan proses yang mempunyai beberpa peringkat beroperasi secara sistematik. Proses pembelajaran ini bermula daripada penerimaan rangsangan melalui organ deria manusia, diikuti oleh pembentukan konsep dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku ke tahap yang lebih tinggi. Robert M.Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction(1975) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.
  Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan didalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang, dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mangaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan kepada teorinya, Gagne kemudian mengenalpasti  dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu proses pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.[6]
  Fasa motivasi ialah fasa pertama dalam suatu proses pembelajaran. Manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan menjadi bermakna dan berkesan. Oleh itu motivasi memainkan peranan penting dalam sesuatu proses pembelajaran. Manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif yang tertentu. Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya berusaha belajar. Jadi motivasi digunakan untuk menggalakkan murid-murid supaya berusaha belajar.
  Keduanya ialah fasa tanggapan yang mana fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Di dalam fasa ini, seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. Pemilihan dan membezakan rangsangan-rangsangan tersebut merujuk kepada tindakan seseorang memilih persepsi yang sesuai  dan menolak persepsi yang tidak relevan. Misalnya, semasa belajar dibilik darjah, seorang murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan rakan-rakan sedarjah.
  Ketiga adalah fasa penyimpanan dimana fasa ini apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke stor ingatan jangka pendek. Di situ, rangsangan tersebut akan dikodkan dengan satu cara yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan. Keempatnya adalah fasa penahanan. Selepas rangsangan yang dipilih dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek, sebahagian atau keseluruhannya akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan, iaitu menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperolehi dengan sistematik.[7]
  Kelimanya fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui motif dalaman. Isyarat-isyarat dari rangsangan luaran atau motif dalaman akan menggerakakkan seseorang individu berusaha mengingat kembali maklumat atau pengalaman yang diperolehi untuk menghasilkan tindak balas yang sepadan dengan isyarat yang dihadapinya. Misalnya seseorang murid berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru. Sejauhmana kecepatan dan ketepatan maklumat yang disimpan dalam stor ingatan panjang supaya dapat diingat kembali bergantung kepada sistem penyimpananya. Biasanya maklumat yang disusun secara sistematik dan tepat boleh diingat kembali dengan lebih cepat dan mudah.
  Keenamnya ialah fasa generalisasi yang merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi dimana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor jangka panjang dan mengeluarkannya untuk situasi yang serupa atau sama. Misalnya seorang murid telah mengetahui bentuk segiempat sama sisi, segi empat tepat, maka murid itu akan membuat generalisasi bahawa bentuk-bentuk tersebut boleh diklasifikasikan dalam kategori segiempat. Ketujuh adalah fasa prestasi yang dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut Gagne, fasa ini boleh diperlihatkan atau diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila seseorang bertindak balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat rangsangan diberikan. Misalnya murid bertindak balas dengan menjawab soalan guru secara lisan.
  Fasa yang terakhir iaitu fasa maklum balas dalam sesuatu proses pembelajaran. Fasa maklum balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi dan perubahan tingkah laku yang tepat. Tindakan maklum balas ini mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi galakan kepada orang yang telah menunjukkkan prestasi yang tepat. Misalnya seseorang murid yang dapat memberikan jawapan dengan tepat diberikan pujian oleh guru. Dengan adanya fasa maklum balas ini, murid yang mendapat pujian atau peneguhan bukan sahaja memahami prestasi yang ditunjukkan tetapi juga akan berusaha keras meningkatkan prestasinya dimasa hadapan.

  Jenis-Jenis Pembelajaran
Jenis-jenis pembelajaran boleh ditinjau dan dihuraikan dari segi bentuk, bidang, kaedah dan peringkat. Dari segi bentuk, jenis-jenis pembelajaran boleh dibahagikan kepada pembelajaran formal, pembelajaran bukan formal dan pembelajaran tidak formal.
  Pembelajaran formal merupakan pendidikan yang diteriam di institusi-institusi pendidikan seperti sekolah, maktab dan universiti. Ia merupakan suatu sistem pendidikan formal yang biasanya dikelolakan oleh pendidik-pendidik yang terlatih dibawah pentadbiran Kementerian Pendidikan. Sistem pendidikan ini dilembagakan dan disusun secara berperingkat mengikut umur murid, mulai peringkat sekolah rendah, kemudian peringkat sekolah menengah hingga ke peringkat universiti. Di dalam pembelajaran formal ini, murid-murid akan mengikuti suatu kurikulum yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan, berdasarkan matlamat pendidikan yang telah ditetapkan. Penilaian ini dibuat pada setiap peringkat untuk mengukur pencapaian matlamat pendidikan. Pembelajaran formal merupakan suatu sistem pendidikan keseluruhan kerana melalui pembelajaran ini, potensi-potensi pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial dapat diperkembangkan secara keseluruhan dan seimbang mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku ditempat belajar.
  Pembelajaran bukan formal merupakan pembelajaran tambahan kepada pembelajaran formal. Seperti pembelajaran formal, aktiviti pembelajaran bukan formal juga dirancang secara sistematik serta dikelolakan oleh pakar pendidik dibawah institusi tertentu misalnya, kursus-kursus jangka pendek yang dikelolakan oleh sebuah kelab, persatuan,  atau institusi tersebut. Begitu juga juga  pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi daripada ceramah, seminar , bengkel, dan forum. Masa pembelajaran bukan formal ini biasanya pendek, diantara beberapa jam hingga ke beberapa hari sahaja. Kursus-kursus pembelajaran bukan formal boleh diadakan di dewan sekolah, pusat latihan atau institusi luar sekolah. Oleh kerana pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran tambahan, penilaian adalah tidak ditekankan.
  Pembelajaran tidak formal merupakan pembelajaran yang berlaku dalam keadaaan yang tidak sedar. Manusia memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dibawah pembelajaran tidak formal biasanya melalui pendedahan pengalaman persekitarannya. Misalnya kanak-kanak mencontohi sifat-sifat dan tingkah laku ibu bapa dirumah, atau sebagai penonton memperolehi maklumat adaripada siaran televisyen dan sebagainya.
 Jenis-Jenis Gaya Pembelajaran
Mengikut Murnford dan Honey(1986), gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis. Cara belajar seseorang yang merupakan gaya pembelajaran aktivis adalah orang yang melibatkan diri secara aktif dan agresif dalam aktiviti pembelajaranya. Golongan ini mempunyai ciri-ciri sikap tidak sabar, tergesa-gesa, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap perkara-perkara baru di alam sekitar, bergerak pantas dan cepat membalas, gemar mencari pengalaman baru dengan cuba jaya diri sendiri, penuh semangat dan berfikiran terbuka, mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai motivasi instrinsik yang kuat dan sentiasa mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah sendiri.
  Pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya suka melibatkan diri dalam latihan amali, permainan, sukan, dan aktiviti kokurikulum. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai  digunakan untuk kumpulan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis ialah kaedah inkuiri-penemuan, kaedah projek, penyelesaian masalah, kerja praktik, perbincangan, sumbangsaran, simulasi dan main peranan.[8]
  Keduanya adalah reflektif. Cara belajar seseorang yang merupakan gaya pembelajaran reflektif adalah orang yang suka memerhati, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang dipersepsikan dalam alam sekitar. Mereka mempunyai idea sendiri, memerhati, menyoal, mentafsir, menilai serta membuat refleksi kendiri dengan kemahiran berfikir. Di antara ciri-ciri gaya pembelajaran reflektif ialah suka memikir perkara-perkara dalam alam sekitar diri sendiri, mempunyai daya kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara, prinsip, keputusan atau projek serta membuat refleksi kendiri, suka mencari hakikat yang sebenar, sikap berhati-hati, berwaspada, dan sentiasa memikirkan pelbagai pilihan dengan teliti, seorang pendengar baik tapi lambat bertindak balas, belajar membuat kerja secara sistematik, dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan.
Pelajar yang tergolong dalam kumpulan reflektif biasanya suka belajar mata pelajaran seperti sejarah, bahasa dan suka melibatkan diri dalam aktiviti projek dan kajian luar. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk kumpulan pelajar seperti ini ialah penyelesaian masalah, inkuiri-penemuan, projek dan perbincangan.
  Ketiganya adalah teoris. Golongan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran bersifat teoris ialah gemar menggunakan prinsip dan teori untuk membuat kesimpulan sesuatu perkara. Di antara ciri-ciri golongan ini ialah memiliki pemikiran yang rasional dan logikal, mempunyai sikap berdisplin serta objektif, kurang kreatif dan menitikberatkan penggunaan pemprosesan otak kiri, suka membentuk hipotesis, menguji hipotesis, dan membuat kesimpulan berdasarkan bukti, suka mengesan sebab dan skibat sesuatu perkara yang berlaku dan berminat mengkaji fenomena yang berlaku dialam sekitar.
  Golongan pelajar yang bersifat teoris ini biasanya suka belajar matematik sains, logik, geografi, dan sejarah. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk mengajar mereka ialah kaedah induksi dan deduksi, bertukar pendapat melalui perbincangan dan mengumpul data untuk membuat analisis, tafsiran dan membuat rumusan melalui kaedah penyelidikan.
  Keempat ialah pragmatis. Golongan pelajar yang mempunyai pembelajaran yang bersifat pragmatis adalah pelajar yang bersifat praktikal dan mementingkan hakikat yang sebenar daripada teori, hukum atau prinsip yang sedia ada. Mereka mengggunakan aplikasi teori, hukum dan prinsip yang sedia ada dalam situasi yang sebenar. Di antara ciri-ciri gaya pembelajaran ini ialah bersifat praktikal dan berpijak pada bumi yang nyata, mementingkan bukti dan hakikat yang sebenar sebagai objektif pembelajaran, percaya perkara yang dilihat daripada mendengar, mengutamakan kegunaan dan kepenggunaan sesuatu perkara, lebih ekspresif daripada kreatif, dan suka membuat perbandingan.[9]
  Golongan pelajar dibawah gaya pembelajaran pragmatis suka menggunakan bahan-bahan yang konkrit untuk menjal;ankan aktivit-aktiviti pembelajaran. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk golongan pelajar ini ialah kaedah praktik, strategi pemusatan bahan termasuk bahan elektronik, carta dan gambar rajah serta kaedah deduksi yang melibatkan aplikasinya.
  KESIMPULAN
Setelah melihat bagaimana pengurusan kualiti pembelajaran yang melibatkan kepada proses pengajaran, ciri-ciri pembelajaran, konsep pembelajaran, jenis gaya pembelajaran, dan jenis-jenis pembelajaran, maka dapat disimpulkan disini ialah pengurusan kualiti pembelajaran merupakan suatu kaedah, cara dan proses kearah mewujudkan keberkesanan kualiti pembelajaran itu berdasarkan matlamat pendidikan negara yang mencakupi hasil dalam melahirkan modal insan yang berketrampilan dan berkualiti serta berkesan daripada pengurusan yang teratur dan cemerlang dalam mencorakkan kaedah pembelajaran yang sesuai dan tepat kepada para pelajar mengikut situasi dan keadaan pelajar tesebut.
  Menurut Barth(2001) guru adalah pemimpin yang berperanan sebagai perubahan.[10] Oleh yang demikian, dicadangkan disini agar guru-guru lebih peka dalam meningkatkan kualiti pembelajaran itu melalui pengurusan yang sistematik dan memanfaatkan sumber sekeliling dan persekitaran yang sedia ada dalam memberikan  serta mewujudkan keadaan yang selesa kepada para pelajar. Menurut Jones (1995), pencapaian akademik dan tingkah laku murid dipengaruhi oleh kualiti hubungan guru dan murid.[11] Oleh itu, guru-guru perlu lebih mendekati dan memahami personaliti dan keperluan pelajar agar menjadikan guru-guru lebih mudah dalam mengenalpasti teknik dan kaedah pembelajaran yang sesuai dan secara tidak langsung menyumbang kepada keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

















BIBLIOGRAFI
Abdullah Sani Yahya, Abdul Rasyid Mohamed, Abdul Ghani Abdullah(2007), Guru Sebagai Pemimpin, Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara Malaysia.
Christopher Bowring, Carr, John West, Burnham(1999)(terjmhn. Annuar Ayub, Pembelajaran Berkesan di Sekolah, Kuala Lumpur, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Haliza Hamzah, Joy Nesamalar(2009), Siri Pendidikan Guru, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
John West, Burnham(2007) (terjmhn. Tengku Abd Aziz Tengku Zainal), Mengurus Kualiti di Sekolah, Kuala Lumpur, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Mok Soon Sang(2002), Inventori Sahsiah Keguruan, Kuala Lumpur, Percetakan Sentosa Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang(2008), Psikologi Pendidikan: Pengajaran dan Pembelajaran, Puchong, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, Muhd Zohir Ahmad(2003), Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan, Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara Malaysia.


[1] John West, Burnham(2007) (terjmhn. Tengku Abd Aziz Tengku Zainal), Mengurus Kualiti di Sekolah, Kuala Lumpur, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.hlm.26.

[2] Mok Soon Sang(2008), Psikologi Pendidikan: Pengajaran dan Pembelajaran, Puchong, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., hlm.129.
[3] Christopher Bowring, Carr, John West, Burnham(1999)(terjmhn. Annuar Ayub, Pembelajaran Berkesan di Sekolah, Kuala Lumpur, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.,hlm.87.
[4] Mok Soon Sang(2008), Psikologi Pendidikan: Pengajaran dan Pembelajaran, Puchong, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.,hlm.131.

[5] Mok Soon Sang(2008), Psikologi Pendidikan: Pengajaran dan Pembelajaran, Puchong, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.hlm.134.

[6] Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, Muhd Zohir Ahmad(2003), Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan, Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara Malaysia.hlm.3


[7] Mok Soon Sang(2008), Psikologi Pendidikan: Pengajaran dan Pembelajaran, Puchong, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd..hlm.38.

[8] Mok Soon Sang(2002), Inventori Sahsiah Keguruan, Kuala Lumpur, Percetakan Sentosa Sdn. Bhd.hlm.86.

[9] Mok Soon Sang(2002), Inventori Sahsiah Keguruan, Kuala Lumpur, Percetakan Sentosa Sdn. Bhd.hlm.87.
[10] Abdullah Sani Yahya, Abdul Rasyid Mohamed, Abdul Ghani Abdullah(2007), Guru Sebagai Pemimpin, Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara Malaysia.hlm.25.
[11] Haliza Hamzah, Joy Nesamalar(2009), Siri Pendidikan Guru, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd.hlm.43.

MASYARAKAT MAJMUK TERBENTUK SEJAK AWAL ABAD KE-19


Pengenalan

Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum(masyarakat kolonial) di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat kolonial adalah masyarakat yang berbilang kaum yang duduk dalam satu lapisan masyarakat. Pada tahun 1948, seorang pakar astropologi, J.S Funival pernah menulis dan menghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk menurut kamus dewan membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum.

J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri. Mereka berinteraksi secara minima dalam urusan tertentu seperti di pasar tetapi kemudian balik ke kelompok masing-masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut garis perkauman.

Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.

Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional. Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah satu percubaan untuk membentuk satu teori secara umum mengenai hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras.

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

Kaum Cina

Masyarakat imigran China datang dari pelbagai wilayah dan beragam sifatnya. Situasi ini sahaja menunjukkan sifat majmuk itu sendiri sememangnya telah ada dalam diri mereka. Mereka yang datang ke Tanah Melayu ini berasal dari daerah atau  kumpulan yang tertentu. Hal ini menyebabkan setiap kumpulan ini mempunyai identiti yang tersendiri. Hal ini terbukti melalui  tiga kawasan asal mereka yang utama iaitu Kwantung, Funchien, dan Kwangsai.[1] Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.

Bagi orang Cina, sebenarnya mereka telah pun datang ke Tanah Melayu sejak abad ke-15. Mereka datang ke Tanah Melayu adalah untuk berdagang. Menjelang awal abad ke-19, penghijrahan orang Cina semakin bertambah. Penghijrahan orang Cina ini adalah disebabkan oleh 2 faktor iaitu faktor penolak dan faktor penarik. Keadaan politik dan sosial di negeri China merupakan faktor penolak. Keadaan politk di China yang tidak stabil menggalakkan kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Dinasti Manchu yang menguasai China sejak tahun 1644 mengamalkan sikap diskriminasi terhadap penduduk Cina tempatan. Orang-orang Cina yang tidak berpuas hati sering melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Oleh itu, kerajaan bertindak lebih tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat dan pemberontak. Oleh itu, ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu. Mereka mula berhijrah ke seberang laut seperti Korea, Jepun dan negara-negara di Asia Tenggara seperti Tanah Melayu, Filipina, Indonesia dan lain-lain.

  Selain faktor penolak, faktor penarik juga menyebabkan penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu. Faktor penarik ini telah berlaku di Tanah Melayu. Dari segi ekonomi, peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu adalah salah satu faktor disamping peluang-peluang perniagaan yang banyak di kawasan bandar dan kawasan perlombongan. Peluang untuk menjalankan pertanian seperti di bawah Sistem Kangchu (Johor) juga menggalakkan lagi penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu. Di bawah Sistem Kangchu, orang Cina diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.

  Dari segi politik, hasil daripada pemerintahan British yang liberal telah mewujudkan keadaan politik yang stabil. British juga menggalakkan kedatangan orang Cina dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya. Pembesar-pembesar tempatan pula menggalakkan kemasukan buruh Cina untuk mengerjakan perusahaan bijih timah. Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

Kaum India

` Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Orang India  mulai datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka menamai Tanah Melayu sebagai “Suvarnabumi” atau “Tanah Emas”. Namun begitu, mereka hanya berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu pada penghujung abad ke-19 akibat perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Faktor yang menggalakkan penghijrahan orang India juga terdiri daripada faktor penolak dan faktor penarik.

Perkembangan  pertanian ladang telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan sekaligus mendorong kedatangan imigran asing ini ke Tanah Melayu secara besar-besaran.[2] Hal ini  menyebabkan bilangan imigran India telah bertambah di Tanah Melayu.[3]  Perkembangan perusahaan getah dan galakan daripada Kerajaan British merupakan faktor penarik yang menarik orang India datang ke Tanah Melayu. Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam perusahaan getah telah menggalakkan kedatangan orang India ke Tanah Melayu. Peluang ekonomi yang wujud dalam sektor ini adalah disebabkan oleh keengganan orang Melayu untuk bekerja di ladang getah. Selain itu, dua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan tenaga buruh India ialah Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya juga menarik kehadiran orang India ke Tanah Melayu. Seterusnya, peluang pekerjaan bagi golongan menengah di Tanah Melayu turut dipenuhi oleh orang India. Pada tahun 1920-an, kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara Kerajaan British di Tanah Melayu dengan Kerajaan British di India telah memudahkan lagi kemasukan India ke Tanah Melayu. Kejayaan orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemsukan lebih ramai orang India.

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagian kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.  Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar.

Indonesia

Sebelum pemerintahan Inggeris, orang Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada orang Bugis, orang Jawa dan orang Minangkabau. Pada penghujung abad ke-19, penghijrahan masuk orang Indonesia ke Tanah Melayu semakin meningkat. Kesemuanya ini disebabkan masalah politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di Indonesia. Dari segi sosial, penduduk Indonesia terutama dari Pulau Jawa dan Sumatera telah bertambah dengan pesat menyebabkan kemiskinan, kebuluran dan kemerosotan taraf hidup rakyat Indonesia. Sementara itu, tekanan politik oleh pihak penjajah iaitu Belanda telah mendorong kemasukan orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, Sistem Kultur (1830-1870) yang dikenakan terhadap orang Jawa menyebabkan rasa kurang senang hati orang Jawa menyebabkan mereka berhijrah ke Tanah Melayu. Dari segi ekonomi, pelbagai cukai seperti cukai tanah, cukai kepala dan cukai tol telah menambahkan lagi kesenangan hidup.

Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekonomi adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).

Cara Kemasukkan Cina dan India
Seterusnya melihat kepada cara atau sistem kemasukan mereka bagi orang Indonesia iaitu tidak ada satu sistem yang tertentu yang dilalui untuk datang ke Tanah Melayu. Mereka datang ke sini dengan berusaha sendiri. Bagi orang Cina, terdapat 3 cara mereka datang ke Tanah Melayu, iaitu melalui sistem tiket kredit, melalui cara bersendirian dan melalui Sistem Kangchu. Bagi orang yang datang dengan cara sistem tiket kredit, mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan. Sementara itu, orang yang datang melalui cara persendirian adalah dibantu oleh rakan atau ahli keluarga ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Melalui Sistem Kangchu pula, orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor dam membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh dan sebagainya.

Bagi orang India, imigrasi mereka dijalankan melalui sistem buruh kontrak (1820-1910) dan Sistem Kangani (1898-1938). Melalui sistem buruh kontrak, pemilik ladang akan membuat pesanan bagi buruh melalui seorang ejen di India. Ejen ini akan pergi ke kampung-kampung untuk mengumpulkan buruh India. Tambang pelayaran mereka dibiayai oleh majikan yang membuat pesanan. Setelah sampai di Tanah Melayu, mereka akan menandatangani kontrak untuk bekerja selama 5 tahun dengan gaji yang ditetapkan. Pekerja-pekerja ini biasanya dilayan dengan buruk. Melalui Sistem Kangani, majikan yang ingin mendapat buruh dari India akan menghantar seorang Kangani dari ladangnya ke India untuk mendapatkan buruh dari kampung halaman Kangani itu. Kangani itu akan dibayar mengikut bilangan pekerja yang diambil dan dia sendiri pula dikehendaki membayar tambang dan perbelanjaan lain bagi buruh-buruh itu sehingga ketibaan mereka di ladang. Biasanya pekerja dilayan dengan baik.

  Kedatangan imigran ini bukan sahaja mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu, namun mereka juga memberikan banyak sumbangan terhadap pelbagai sektor terutamanya sektor ekonomi di Tanah Melayu. Orang Indonesia telah menyumbangkan tenaga dalam perusahaan getah dan bijih timah di samping dalam pertanian seperti padi, kelapa, dusun buah-buahan dan sebagainya. Kecenderungan dalam mengusahakan pertanian yang sama dengan tempat asal mereka adalah pendorong kepada kedatangan mereka ke Tanah Melayu.

Kesan Kepada Ekonomi

  Kedatangan orang Cina pula menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan Larut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Buktinya, eksport bijih timah Tanah Melayu telah meningkat secara berterusan dari tahun 1850 dengan jumlah eksport 6500 tan kepada 77 ribu tan pada tahun 1937. Dari segi perniagaan pula, banyak kedai di buka oleh orang Cina terutamanya di bandar yang terletak di kawasan perlombongan. Kegiatan penanaman lada hitam juga berkembang hasil daripada Sistem Kangchu.

Kemasukan orang India telah menyebabkan pembukaan lebih banyak kawasan ladang getah. Buktinya, pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar ladang getah di Tanah Melayu tetapi pada tahun 1940, angka ini telah meningkat menjadi 3.5 juta ekar. Di samping itu, dalam bidang professional, orang India telah menyumbangkan tenaga mereka dengan menjadi guru, doktor, kerana dan sebagainya.

  Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.

Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.



Kesimpulan

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.






.


















Bibliografi

Abu Talib Ahmad, Masyarakat Berbilang Kaum Di Tanah Melayu,Kuala Lumpur, Fajar Bakti, 1974.

Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad,  Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain, Kuala Lumpur, Fajar Bakti, 1990.

Institute Pentadbiran  Awam  Negara, Negara  Sejarah, Pentadbiran & Dasar-Dasar Pembangunan, Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara Malaysia, 1980.













[1]  Abu Talib Ahmad, Masyarakat Berbilang Kaum Di Tanah Melayu, ( 1974) Kuala Lumpur, Fajar Bakti hlm 172
[2] Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad,  Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain, (1990) Kuala Lumpur, Fajar Bakti hlm 172.
[3] Institute Pentadbiran  Awam  Negara, Negara  Sejarah, Pentadbiran & Dasar-Dasar Pembangunan (1980), Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara Malaysia, hlm 5.