Thursday, June 13, 2013

KENANGAN BERPRAKTIKAL DI SMK SEREMBAN JAYA2

                   
                           KENANGAN BERPRAKTIKAL DI SMK SEREMBAN JAYA2





Selesai pengajian Semester 6 di Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI), pertangahan tahun 2012 akhirnya buat kali pertama diri ini menjejakkan kaki di sebuah sekolah baru yang berusia lebih kurang setahun penubuhannya iaitu Smk. Seremban Jaya 2. K elas pertama yang ku jejaki untuk pengajaran ialah 4 Jupiter.





Kelas ini merupakan kelas yang paling menarik di Smk Seremban Jaya 2, menyandang tanggungjawab mengajar di kelas yang begitu terkenal  dan terbaik bukan satu tugas yang mudah. Kesabaran dan kecekalan bersama rakan-rakan praktikal yang lain mengharungai tempoh berpraktikal mengajar erti sebenar dalam mendidik anak bangsa. Seterusnya kelas 2 Mars dan 2 Jupiter menjadi  antara senarai kelas-kelas wajib yang diamanahkan oleh Ustazah Rosmah (Ketua Panitia Pend. Islam) untuk mengajar di sana.





Walaupun pada awalnya, segalanya bermula dengan perlahan...namun...penulisan ini akan bersambung kemudian..nantikan ;-)

PART 2...

Apabila mula berpraktikal, inilah jadual yang diberikan dan disusun oleh pihak sekolah pada minggu pertama pengajaran..

Maka bermulalah karier sebagai seorang guru praktikal di sekolah tersebut. Aktiviti pertama yang yang mula disertai adalah pada Hari Sukan Sekolah SMK. Seremban Jaya2 yang berlangsung pada hari Isnin rasanya.... Pada hari tersebut tugasan yang diberikan adalah sebagai pengadil penjaga lorong untuk larian 200 dan 400 meter.



bersambung di part 3 nanti ;-)

KONSEP ISTIHSAN DALAM KAEDAH USUL FIQH








1.0 PENGENALAN

Sumber-sumber perundangan Islam yang menjadi tempat pengambilan hukum syarak pada asasnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumber-sumber yang disepakati  dan sumber-sumber yang tidak disepakati. sumber yang disepakati atau dipersetujui oleh semua ulama tanpa dipertikaikan seperti al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber perundangan Islam disamping ijmak dan qiyas. Sumber perundangan yang tidak disepakati seperti al-maslahah al-mursalah, al-‘urf, sadd al-dhara’i dan banyak lagi termasuklah juga istihsan. Istihsan merupakan salah satu daripada sumber hukum perundangan Islam tetapi ia tergolong dalam sumber hukum yang tidak disepakati. Ini kerana terdapat ulama yang menerima dan juga menolak istihsan. Antara ulama yang menerima kehujahan istihsan ialah ulama Mazhab Hanafi, Imam Malik dan sebahagian ulama Hanbali. Sementara ulama yang menolak kehujahan istihsan ialah Imam Syafi’i serta sebahagian ulama Hanbali.

Kehujahan setiap ulama yang menerima istihsan berpendapat bahawa adalah istihsan salah satu cara untuk mencari penyelesaian terbaik bagi kepentingan awam. Manakala, menurut sebahagian ulama yang menolak kehujahan istihsan, jika istihsan dibenarkan ini boleh membuka jalan ke arah penggunaan akal fikiran tanpa sekatan yang membolehkan ia terdedah kepada kesilapan dalam menetapkan hukum. Ini kerana hukum akan dibuat berdasarkan nafsu dan fikiran sedangkan yang berhak membuat hukum adalah Allah s.w.t.

Setiap hukum yang telah dikeluarkan berdasarkan kaedah yang telah dilakukan oleh para mujtahid adalah untuk memudahkan umat Islam merujuk kepada sesuatu perkara berlandaskan hukum syarak. Mungkin sumber yang tidak disepakati tersebut perlu diperbaharukan konsep dan kefahaman istilah yang digunakan berdasarkan kesesuaian semasa yang sentiasa meningkat maju untuk kegunaan umat Islam sekarang. Kefahaman istilah juga perlu diperincikan agar tidak menjadi kekeliruan terhadap umat Islam untuk menggunakan sumber tersebut.

Oleh itu, perbincangan ini akan dikupas untuk memberikan keterangan berkaitan al-Istihsan yang termasuk dalam sumber yang tidak disepakati oleh para ulama dan sejauhmana ketidakterimaan hujah ulama yang menolak penggunaan al-istihsan dan penerimaan ulama yang mengguanakan sumber istihsan ini dalam sumber hukum.

1.1 Definisi Istihsan

Perkataan istihsan ini berasal daripada kata dasar ‘Istahsana’  yang bermaksud apa yang diingini oleh seseorang sama ada ia adalah sesuatu atau pengertian sesuatu sekalipun ia tidak disenangi oleh orang lain.  Hal ini menganggap sesuatu itu baik atau sesuatu yang disukai oleh seseorang serta cenderung ke arahnya sekalipun dipandang buruk atau tidak disukai oleh orang lain.   Akan tetapi pengertian istihsan yang dimaksudkan sedemikian telah ditolak oleh kebanyakan ulama kerana ia membawa kepada pengeluaran hukum berdasarkan nafsu dan kemahuan semata-mata tanpa sebarang sandaran yang tepat.
Sementara istihsan dari segi istilah pula dapat dibahagikan kepada beberapa pandangan kerana ulama usul telah berbeza pendapat dalam memberi definisi al-istihsan. Imam Abu Hanifah menerima pakai istihsan melalui takrif istihsan yang didefinisikan sebagai suatu penyimpangan daripada qiyas yang nyata kepada qiyas yang tidak nyata atau kepada suatu kebiasaan yang lumrah.

Pendapat Imam Abu al-Hasan al-Karkhi salah seorang imam mazhab Hanafiah, mentakrifkan istihsan sebagai berpaling seseorang mujtahid dari menghukum suatu masalah menyerupai dengan hukum pada masalah lain yang sebandingnya, kerana ada suatu pertimbangan yang lebih utama yang menghendaki perpalingan tersebut.  Pendapat beliau tersebut merupakan definisi terbaik tentang istihsan.   Dengan erti kata lain, penetapan hukum oleh seseorang mujtahid terhadap suatu masalah yang menyimpang daripada ketetapan hukum yang ditetapkan pada masalah-masalah yang serupa disebabkan adanya alasan yang lebih kuat yang menghendaki dilakukan penyimpangan itu.

Sebahagian para ulama usul pula mentakrifkannya sebagai berpaling seseorang mujtahid daripada mengambil hukum yang berasaskan qiyas yang nyata kepada mengambil hukum yang berasaskan dari qiyas yang tersembunyi, atau meninggalkan hukum kulli dan mengambil hukum pengecualian (istisna’) kerana ada dalil yang lebih kuat pada pandangan mujtahid.  Oleh yang demikian, apa yang dapat disimpulkan di sini berdasarkan penakrifan-penakrifan di atas ialah al-istihsan merupakan peralihan atau perpindahan daripada suatu hukum kepada hukum yang lain pada suatu isu yang sama kerana terdapat alasan ataupun dalil yang lebih kuat.

1.2 Penggunaan Istihsan Terhadap Dalil Syarak
Walaupun pada pengertian tidak dapat diterima dalam penggunaan hukum syarak, tetapi digunakan dalam penggunaan bahasa yang tidak ada kaitan dengan hukum. Penggunaan ini diterima oleh ulama dan mereka mengharuskannya kerana ada sandaran daripada al-Quran dan Sunnah. Allah s.w.t. berfirman:               Surah al-‘Araf (7): 145

Terjamahannya: Oleh itu, terimalah dia (dan amalkanlah wahai Musa) dengan bersungguh-sungguh, dan suruhlah kaummu berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu suruhan-suruhannya). Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik (derhaka)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

ما رأه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن

Terjemahan: apa yang difikirkan oleh orang-orang Islam baik maka baiklah di sisi Allah s.w.t.


Imam Syafie juga ada menggunakan perkataan ini di dalam tulisannya, katanya:

استحسن أن تكون ثلاثين درهما

Terjemahan: sebaik-baik harga itu sebanyak 30 dirham.

Ulama usul yang menggunakan istihsan sebagai sumber hukum mereka dilihat dari aspek keutamaan maslahat juz’i yang terdapat pada suatu hukum tertentu. Hal ini kerana nas-nas syariat Islam banyak sekali menjelaskan tentang kewajipan memelihara maslahat dan menolak kesempitan. Allah berfirman:

   Surah al-Baqarah (2): 185

Terjemahan: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

Allah berfirman lagi :

         Surah al-Hajj (22): 78

Terjemahan: dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah.

Allah berfirman lagi:

Surah az-Zumar (39): 17-18

Terjemahan: Oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan ang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang ang berakal sempurna.

Oleh itu, penggunaan biasa terhadap istihsan disepakati penerimaanya dalam kalangan ulama. Tetapi untuk menjadikannya sebagai sandaran dan hujah hukum terdapat perbezaan dalam kalangan ulama usul dari pelbagai aliran. Ulama Hanafi berpendapat bahawa istihsan boleh dijadikan hujah hukum, manakala ulama Syafie pula menolaknya untuk dijadikan hujah hukum. Namun dalam kalangan ulama Hanbali terdapat dua pandangan iaitu sebahagian yang menerimanya sebagai sumber hukum sebagaimana yang diterima oleh ulama Hanafi dan sebahagian yang lain tidak menerima sebagai hujah hukum sebagaimana yang dipegang oleh ulama Syafie.

2.0 PENDAPAT PARA ULAMA TENTANG ISTIHSAN

Para ulama berselisih pendapat tentang kehujahan al-istihsan sebagai salah satu sumber perundangan Islam.  Terdapat dua kelompok yang memberikan pendapat tentang istihsan ini iaitu kelompok pertama menerimanya sebagai hujah hukum dan kelompok yang lain menolaknya sebagai hujah hukum.

2.1 Pendapat Ulama Yang Menerima Istihsan Sebagai Sumber Hukum

Golongan yang menerima pendapat ini dinisbahkan kepada golongan Hanafi, Maliki, dan sebahagian daripada ulama Hanbali. Antara hujah golongan yang menerima ialah al-istihsan adalah sumber hukum yang dapat menolak kesusahan kepada kesenanganyang merupakan asas dalam agama seperti firman Allah s.w.t:

   Surah al-Baqarah (2): 185

Terjemahan: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

Ayat di atas menerangkan bahawa Allah s.w.t menyuruh hambaNya mengambil kesenangan (يسر) dan menghindari kesusahan (عسر) dalam semua perkara. Ini bertepatan dengan asas al-istihsan iaitu menolak kesusahan kepada kesenangan. Misalnya tidak sah jual salam jika diqiyaskan kepada akad jual beli, kerana benda yang diakadkan belum wujud ketika akad. Oleh kerana jual salam adalah baik dan perlu dalam masyarakat serta memudahkan urusan jual beli, maka ulama mengira baik dan diharuskan.  Firman Allah s.w.t.:
Surah az-Zumar (39): 55

Terjemahannya: Dan turutlah  Al-Quran sebaik-baik (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

Ayat di atas menerangkan bahawa Allah s.w.t menurunkan al-Quran kepada manusia untuk dijadikan sebagai sebaik-baik panduan hidup (أحسن). Oleh itu berdasarkan perkataan  (أحسن) dalam ayat tersebut, golongan yang menerima al-istihsan sebagai sumber perundangan berpendapat bahawa al-istihsan merupakan salah satu cara yang terbaik dalam mengeluarkan sesuatu hukum kerana al-istihsan mendatangkan kemaslahatan kepada manusia bukannya kemudaratan. Misalnya kadar  bayaran menggunakan bilik air atau pun tandas adalah sama sahaja bagi setiap orang tanpa mengambil kira kadar air yang digunakan serta kadar masa menggunakan tempat tersebut. Ini kerana menetapkan kadar pada seumpama itu adalah menyusahkan, maka lebih baik ditinggalkan.

Mereka yang berhujah menggunakan istihsan sebagai sumber berdasarkan hadith Nabi s.a.w:

ما راه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن ، وما راه المسلمون قبيحا فهو عند الله قبيح

Terjemahan: Apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu baik, maka ia adalah baik di sisi Allah. Dan apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu buruk, maka ia adalah buruk di sisi Allah.

          (Riwayat al-Bukhari)

Nas ini menunjukkan bahawa setiap yang baik pada umat manusia adalah baik di sisi Allah. Dasar penggunaan al-istihsan sebagai hujah adalah bertujuan untuk memelihara kemaslahatan atau kebaikan orang Islam. Oleh yang demikian, dengan merujuk kepada dalil hadith ini dan tujuan istihsan itu sendiri, maka boleh disimpulkan istihsan boleh digunakan sebagai hujah.

Selain itu juga, kebanyakan ulama Hanafi menggunakan pendapat istihsan sebagai mengambil dalil istidlal dengan qiyas khafi yang lebih kuat daripada qiyas jail dan begitu juga sebaliknya iaitu jika terdapat dalil qiyas jail yang lebih kuat daripada qiyas khafi, maka ketetapan kepada qiyas juz’iyah dengan hukum lain.  Hal ini disebabkan Imam Abu Hanifah dan para pengikutnya sangat popular menggunakan kaedah istihsan dan menetapkan hukum dengannya. Mereka sangat mahir beristinbat dengan menggunakan kaedah istihsan, sehingga seringkali meluruskan ketidaktepatan qiyas zahir yang kadang-kadang membawa kepada kesulitan dalam menerapkan kemaslahatan iaitu berpindah qiyas kepada istihsan.

Mazhab Maliki juga memakai kaedah istihsan juga dan memperluaskannya melebihi daripada mazhab Hanafi. Akan tetapi mazhab Maliki tidak menamakan qiyas khafi sebagai istihsan seperti penggunaan istilah dalam mazhab Hanafi. Menurut mazhab Maliki, istihsan adalah meninggalkan qiyas zahir kerana salah satu daripada tiga sebab iaitu, bertentangan dengan ‘urf, bertentangan dengan maslahat yang rajah, atau dapat membawa kepada kesulitan.  Selain itu juga Imam Malik pernah berkata:

الإستحسان تسعة أعشار العلم

Terjemahan: Istihsan itu sembilan daripada persepuluh ilmu.

Sebahagian ulama Hanbali menerima istihsan sebagai sumber hukum sebagaimana yang diterima hujah daripada ulama Hanafi.

Oleh itu, berdasarkan pendapat para ulama yang menerima istihsan sebagai sumber hukum berdasarkan hujah masing-masing dan mereka menggunakannya sebagai istinbat hukum serta memahami konsep pengertian berdasarkan dalil yang digunakan serta memudahkan kesulitan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam.

2.2 Pendapat Ulama Yang Menolak Istihsan Sebagai Sumber Hukum

Seterusnya adalah bagi golongan yang menolak al-istihsan. Antara ulama yang menolak penggunaan al-istihsan adalah Imam al-Syafie.  Antara hujah golongan ini ialah sesungguhnya tidak harus mengeluarkan hukum melainkan apabila disandarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan juga qiyas. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah s.w.t.:

Surah al-Maidah (5): 49

Terjemahannya: Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah s.w.t itu), maka ketahuilah, Allah s.w.t mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka, dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.”

Ayat di atas menunjukkan bahawa sumber hukum hanya boleh berpandukan wahyu Allah s.w.t iaitu al-Quran dan al-Sunnah dan bukannya berdasarkan sumber hukum yang lain.   Tambahan pula, nabi tidak pernah mengeluarkan fatwa dengan menggunakan al-istihsan sebaliknya hanya menggunakan wahyu daripada Allah s.w.t. Al-Istihsan merupakan kesenangan serta keringanan dalam mengeluarkan hukum, serta tidak ada dabit yang tertentu. Oleh itu apabila ia harus kepada mujtahid, maka ia juga harus kepada orang lain yang tidak mempunyai akal yang sama atau akal yang lebih baik kerana ia adalah manifestasi kepada penggunaan akal yang waras.

Disamping itu juga, alasan ulama Syafie tidak menjadikan istihsan sebagai sumber perundangan Islam adalah dengan alasan bahawa mereka yang beristihsan bererti dia membuat undang-undang sendiri sedangkan yang membuat undang-undang itu adalah Allah dan Rasul-Nya. Ini kerana mereka berhujah berdasarkan dalil al-Quran, Allah berfirman:

        Surah an-Nisa’ (4): 59

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Istihsan bukanlah sebahagian daripada al-Quran atau Hadis dan tidak ada sebarang dalil yang menunjukkan ia diterima sebagai hujjah. Oleh itu, menggunakan istihsan sebagai dalil bererti mengeluarkan hukum yang berlawanan dengan hukum al-Quran dan Hadis. Menurut alasan ulama Syafie lagi menolak istihsan ini kerana istihsan adalah satu kaedah pengeluaran hukum mengikut nafsu dan mencari kemudahan. Sepatutnya merujuk kepada al-Quran, sunnah, ijmak, dna qiyas. Selain itu, alasannya lagi adalah istihsan ini hanya berdasarkan kepada akal dan seolah-olah sumber undang-undang yang lain tidak ada peranan dalam mengeluarkan hukum.

Sekiranya mujtahid boleh mengeluarkan hukum yang tiada nas dalam al-Quran dan Hadis berdasarkan setiap yang dikira baik pada akal mereka, maka sudah tentu orang awam juga boleh berbuat begitu, sedangkan ijmak ulama’ menyatakan bahawa orang awam tidak harus berbuat begitu. Menurut Imam Syafie dalam kitabnya Risalah Usuliyah telah menetapkan bahawa “Lambang orang yang melakukan istihsan ini adalah laksana orang yang dalam solat menghadap ke arah petunjuk yang menurut istihsan dan arah itu adalah Ka’bah, tanpa ada satu dalil di antara dalil-dalil yang telah diciptakan oleh syarak untuk menentukan arah Ka’bah”.

 Di dalam kitabnya yang lain pula iaitu ar-Risalah, Imam Syafie menetapkan bahawa “Istihsan adalah mudah, seandainya boleh mengambil istihsan dalam masalah agama, maka dibolehkan bagi setiap perkara kepada orang yang mempunyai akal yang bukan daripada ahli ilmu, pasti boleh membuat hukum syarak tersebut dalam masalah agama di setiap bab, dan dapat mengeluarkan hukum syarak kepada dirinya”.

Oleh itu, merujuk kepada karangan muktabar dalam usul fiqh, para ulama banyak menyebut perselisihan pendapat mengenai status kehujahannya. Sebenarnya, pendapat ulama yang menerima kehujahannya dan menolak kehujahannya tidak sama definisi yang mereka kemukakan. Golongan yang menolak kehujahan al-istihsan sebenarnya menghendaki al-istihsan dengan makna sesuatu yang dianggap baik oleh mujtahid dengan akalnya tanpa merujuk kepada dalil. Manakala golongan yang menerima kehujahanya, hanya membenarkan berhujah dengan al-istihsan yang bermaksud mengenepikan hukum suatu masalah daripada bandingannya berdasarkan kepada dalil. Bahkan mereka sebenarnya juga menolak al-istihsan yang bermaksud sesuatu yang dianggap baik oleh mujtahid dengan akal tanpa merujuk kepada dalil.

Imam Syatibi berkata “Orang yang melakukan istihsan tidak boleh kembali kepada daya rasa dan keinginan semata, akan tetapi hanya kembali kepada perkara-perkara yang diketahui dari tujuan pembuat syariat secara global dalam contoh-contoh sesuatu yang diutarakan seperti beberapa masalah yang dituntut oleh qiyas adanya pemerintah. Hanya pemerintah saja dari satu sudut boleh menghilangkan maslahah, dan dari sudut yang lain pemeritah boleh mendatangkan mafsadah”.

Kesimpulannya, al-Istihsan telah difahami dengan dua maksud iaitu maksud yang batil dan maksud yang sahih. Tidak hairanlah terdapat kenyataan ulama yang menolak penerimaan al-istihsan sebagai dalil syarak kerana al-istihsan yang dimaksudkan ialah berdasarkan kepada makna yang batil. Para ulama yang menerima al-istihsan sebagai dalil telah memberikan definisi al-istihsan dengan maksud yang sahih.  Tidak menjadi perselisihan dalam kalangan ulama bahawa al-Istihsan yang bermaksud menggunakan akal semata-mata adalah ditolak oleh syarak.

Para ulama juga tidak berselisih pandangan tentang kewajipan beramal dengan dalil yang lebih kuat (al-Istihsan dengan makna yang sahih). Namun begitu, berlaku perselisihan dalam menamakannya sebagai al-Istihsan. Ulama yang menjadikan al-istihsan sebagai satu sumber hukum merujuk kepada makna al-istihsan yang sahih. Sebaliknya mereka yang menolak mereka al-istihsan merujuk kepada makna al-istihsan yang batil.

3.0 SEJARAH AL-ISTIHSAN

Mazhab Hanafi merupakan mazhab yang paling kerap menggunakan kaedah al-istihsan. Imam Abu Hanifah sendiri mempunyai fahaman yang mendalam berkenaan dengan qiyas dan al-istihsan sehingga Imam Syafi’e menggambarkan keadaan beliau ini dengan berkata, “Para sarjana yang menggunakan qiyas dan al-istihsan boleh dianggap sebagai pewaris Abu Hanifah.” Hal ini menunjukkan bahawa Imam Syafi’e sendiri mengakui kehebatan Imam Abu Hanifah di dalam penggunaan al-istihsan

Abu Yusuf iaitu murid kepada Abu Hanifah telah membuat satu penyataan berdasarkan kaedah gurunya itu berijtihad dengan berkata, “Dalam setiap kes yang telah dihadapkan kepada Abu Hanifah, perkara pertama yang akan dilakukan oleh beliau ialah memastikan sama ada wujud dalil berkenaan perkara tersebut atau tidak. Jika terdapat dalil, maka beliau akan menggunakannya. Jika terdapat dua pendapat, maka pendapat yang lebih kuat akan digunakan. Walau bagaimanapun, jika terdapat dua pendapat yang sama, beliau akan mengadilinya berdasarkan pendapat beliau sendiri, qiyas atau al-istihsan.” Ini menunjukkan bahawa Abu Hanifah amat teliti dalam membuat keputusan dan mengikut jalan yang telah ditetapkan syariat. Selain itu, Abu Hanifah juga merupakan seorang yang peka terhadap keadaan dan keperluan masyarakat yang membuatkannya membuat al-istihsan yang sempurna dan memberi manfaat kepada orang ramai.

4.0 PEMBAHAGIAN AL-ISTIHSAN

Berdasarkan kepada takrif al-istihsan sebelum ini, al-istihsan dapat dibahagikan kepada beberapa pembahagian seperti istihsan dengan nas, istihsan dengan ijmak, istihsan berdasarkan darurat, istihsan berdasarkan qiyas khafiyy, istihsan berdasarkan maslahah dan istihsan berdasarkan ‘urf.

4.1 Istihsan Dengan Nas

Istihsan dengan nas ialah berpindah daripada hukum asal yang telah ditetapkan pada satu masalah kerana terdapat nas yang menghendakinya berpindah daripada hukum asal tersebut. Contohnya istihsan dengan nas adalah seperti Jual beli secara tempahan (bai’ al-salam) merupakan jual beli sesuatu barang yang belum ada di tangan penjualnya. Menurut qiyas, pada asalnya jual beli dengan cara ini adalah haram kerana barang tidak wujud semasa transaksi jual beli dilaksanakan.   Rasulullah s.a.w. melarang jual beli seperti ini dilaksanakan seperti di dalam sabda Rasulullah s.a.w. kepada Hakim bin Hazam.

"لا تبع ما ليس عندك"
Terjemahan: Janganlah engkau jual sesuatu yang tidak ada di sisi engkau

                                                                              (Riwayat Abu Daud)

Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang menjalankan transaksi jual beli sekiranya barang tidak wujud semasa majlis akad berlangsung. Namun, jual beli salam ini dikecualikan daripada kehendak dalil umum atau hadis tersebut kerana ada nas lain yang mengharuskan iaitu hadis mengenai peristiwa Rasulullah s.a.w. yang datang ke Madinah sedangkan penduduk-penduduknya pada masa itu menjalankan jual beli salam ke atas buah-buahan dalam masa setahun dan dua tahun kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

من أسلف منكم فليسلف فى كيل معلوم ووزن معلوم اٍلى أجل معلوم

Terjemahan: Barang siapa yang berjual salam di kalangan kamu maka hendaklah ia berjual salam dengan sukatan yang jelas dan timbangan yang diketahui sehingga tempoh yang jelas.

                                                                              (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah membenarkan transaksi jual beli salam tetapi barang tersebut mestilah dengan sukatan yang jelas dan timbangan yang diketahui. Tempoh transaksi jual beli itu juga mestilah diketahui. Contoh yang kedua ialah seseorang yang berpuasa tidak akan batal ibadah puasanya. Menurut qiyas, iaitu kaedah umum dan hukum asalnya adalah batal puasa seseorang itu disebabkan tidak menahan diri daripada memasukkan sesuatu ke dalam rongga. Namun, hal ini dikecualikan daripada kaedah umum kerana wujudnya nas hadis yang membatalkannya berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

من نسي وهو صائم فأكل أو شرب فليتم صومه فاٍنما الله أﻃﻌﻤﻪ وسقاه

Maksudnya: Barangsiapa lupa sedangkan ia berpuasa lalu ia makan atau minum maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya maka sesungguhnya Allah s.w.t. memberi makan dan minum kepadanya.
        (HR: Bukhari dan Muslim dan At-Tarmizi dan Abu Daud dan Ibn Majah)

Hadis di atas telah menjelaskan bahawa sesiapa yang makan dan minum pada bulan puasa secara tidak disedari, maka puasa tersebut adalah sah dan wajib diteruskan.

4.2 Istihsan Dengan Ijmak

Istihsan dengan ijmak ialah berpindah daripada hukum asal yang telah ditetapkan pada satu masalah kerana terdapat persepakatan para ulamak yang menghendakinya berpindah daripada hukum asal tersebut. Misalnya menempah barangan iaitu bai’ al-salam. Mengikut kaedah umum adalah tidak diharuskan kerana barang yang diakadkan itu tidak ada semasa akad. Namun, ia diharuskan kerana jual salam ini adalah sesuatu yang baik dan merupakan salah satu cara masyarakat menjalankan jual beli yang merupakan satu keperluan, maka para mujtahid bersepakat bahawa jual salam ini diharuskan.

Contoh yang kedua ialah masalah penggunaan bilik air awam yang mengenakan bayaran masuk yang sama, tetapi tidak ditentukan kadar penggunaan air dan masa berada di dalamnya. Menurut kaedah umum, hal seperti ini adalah diharamkan kerana tidak diketahui kadar air yang digunakan dan masa ketika berada di dalamnya. Namun, para mujtahid telah menggunakan kaedah al-istihsan dengan melihat bahawa sudah menjadi kebiasaan orang ramai melakukannya di setiap masa tanpa diingkari oleh mana-mana mujtahid. Maka, ia menunjukkan bahawa mereka bersepakat bagi meraikan keperluan orang ramai dan menolak kesukaran bagi mereka. Kesimpulannya, penggunaan bilik air awam itu adalah diharuskan kerana melihat kepada al-istihsan.

4.3 Istihsan Berdasarkan Darurat

Istihsan berdasarkan darurat ialah berpindah daripada hukum asal yang telah ditetapkan pada satu masalah kerana terdapat darurat yang menghendakinya berpindah daripada hukum asal tersebut.  Antara contohnya adalah membersih perigi ataupun kolam yang bernajis. Mengikut kaedah umum ataupun qiyas, perigi ataupun kolam tersebut tidak akan bersih selama-lamanya walaupun dibuang separuh ataupun kesemua air di dalam perigi ataupun kolam tersebut. Ini kerana, membuang separuh daripada air tersebut tidak akan menjadikan baki air yang terdapat di dalam perigi tersebut bersih.

 Begitu juga sekiranya air tersebut dibuang keseluruhannya kerana ia tidak akan membersihkan air yang baru keluar dari mata air dalam perigi ataupun kolam tersebut. keadaan ini akan menyukarkan masyarakat kerana telah menyebabkan kesukaran dan kepayahan mereka sekiranya perigi ataupun kolam tersebut telah menjadi punca utama sumber air. Dengan sebab itu, diharuskan bagi masyarakat menggunakan air itu atas keperluan dan darurat.

4.4 Istihsan Berdasarkan Qiyas Khafiyy

Istihsan berdasarkan qiyas khafiyy ialah berpindah daripada hukum asal iaitu qiyas jaliyy yang telah ditetapkan pada satu masalah kerana terdapat keadaan yang menghendakinya berpindah daripada hukum asal tersebut. Para mujtahid bertindak sedemikian kerana terdapatnya dalil yang membolehkannya berubah dari qiyas jaliyy kepada qiyas khafiyy demi kemaslahatan umum.

Misalnya, baki minuman yang diminum oleh burung liar seperti anak helang dihukumkan suci. Mengikut qiyas jaliyy, baki air tersebut adalah najis berdasarkan qiyas dengan binatang buas yang dagingnya haram dimakan kerana hukum sisa minuman ini adalah berdasarkan hukum daging. Sekiranya daging binatang tersebut adalah najis, maka sisa daripada binatang tersebut juga menjadi najis kerana air liurnya terbit daripada dagingnya atau bercampur dengan dagingnya yang najis.

Namun mengikut istihsan, iaitu dengan qiyas khaffiyy, baki daripada minuman burung-burung tersebut adalah suci, sama seperti baki minuman manusia dengan alasan bahawa air liur burung dan manusia tidak bercampur dengan air ketika air tersebut diminum. Ini kerana burung minum menggunakan paruhnya yang merupakan tulang keras yang suci dan tidak menyerap najis. Maka air yang terkena paruh tersebut tidak menjadi najis.
Dengan erti kata yang lain, bukan disebabkan daging binatang buas tersebut najis, maka sisa daripadanya juga adalah najis. Namun, ia dihukumkan najis kerana masuknya sesuatu yang lain ke dalam sisa binatang tersebut, maka ia dihukumkan najis seperti air liur yang bercampur dengan daging binatang buas tersebut. Oleh itu, sekiranya daging yang najis tidak bercampur dengan air melalui air liur, maka sisa minuman itu tetap tidak najis.

‘Illah di atas tidak terdapat pada burung pemangsa kerana daging burung itu walaupun ia dihukumkan najis tetapi dagingnya yang najis itu tidak bercampur dengan air kerana burung tersebut tidak minum dengan menggunakan mulutnya bahkan menggunakan paruhnya yang tidak terdapat padanya air liur yang bercampur dengan daging yang najis. Dengan itu, dikembalikan hukum yang asal iaitu sisa air yang diminum oleh burung buas adalah halal sesuai dengan hukum yang asal.

4.5 Istihsan Berdasarkan Maslahah

Maksud al-istihsan dengan maslahah ialah beralih daripada satu hukum pada satu-satu masalah yang telah menjadi kaedah umum kepada hukum yang lain kerana wujudnya maslahah yang tertentu. Misalnya, iaitu mengikut prinsip umum, tidak harus memberi zakat kepada Bani Hasyim, tetapi Abu Hanifah mengharuskannya mengikut situasi kerana al-istihsan demi untuk memelihara kepentingan mereka dan memelihara mereka daripada dipersia-siakan. Berikutnya, antara prinsip yang ditetapkan dalam mazhab Hanafi ialah akad muzara’ah dengan mati salah seorang daripada dua yang berakad atau mati kedua-duanya seperti yang berlaku di dalam sewa menyewa, tetapi mereka mengecualikan daripadanya sebahagian daripada masalah-masalah. Antaranya ialah apabila mati pemilik tanah sedangkan tanamannya belum boleh diambil, mereka menghukum kekal akad padanya kerana berdasarkan al-istihsan yang menyalahi prinsip umum untuk memelihara kepentingan pekerja (amil) dan menolak kemudharatan daripadanya.

4.6 Istihsan Berdasarkan ‘Urf

Istihsan berdasarkan 'urf ialah berpindah daripada hukum asal yang telah ditetapkan pada satu masalah yang menjadi satu amalan kebiasaan yang menghendakinya berpindah daripada hukum asal tersebut. Contohnya, menurut fiqh mazhab Hanafi, antara prinsip umum harta wakaf hendaklah berkekalan dalam tempoh yang panjang. Mengikut prinsip ini, tidak harus mewakafkan harta alih kerana ia cepat rosak dan tidak berkekalan. Namun, Imam Muhammad bin Hasan mengharuskan wakaf harta alih seperti buku-buku dan seumpamanya kerana ia menjadi kebiasaan atau adat masyarakat mewakafkannya. Oleh itu ia dibolehkan atas dasar al-istihsan walaupun menyalahi prinsip umum.

5.0 KEPENTINGAN SUMBER ISTIHSAN

Walaupun istihsan bukan suatu dalil yang berdiri sendiri, namun ia menyingkapkan jalan yang ditempuh sebahagian ulama mujtahidin dalam menetapkan dalil-dalil syarak dan kaedah-kaedahnya ketika dalil-dalil itu bertentangan dengan kenyataan yang berkembang dalam masyarakat. Hal ini untuk mengelakkan kesulitan dan kemudaratan serta menghasilkan kemanfaatan dengan cara menetapkan dasar-dasar syariat dan sumber-sumbernya. Istihsan adalah suatu dalil yang terkuat menunjukkan bahawa hukum-hukum Islam adalah suatu hukum yang berkembang dalam masyarakat yang diistilahkan sebagai fiqh waq’i bukan suatu fiqh khayali yang merupakan fiqh bayangan sebagai yang digambarkan oleh sebahagian orang yang tidak mengetahui hakikat fiqh Islam atau ingin menjauhkan manusia daripadanya.

Dengan menggunakan dasar istihsan, kita dapat menghadapi masalah perbankan yang telah menjadi masalah yang sangat penting dalam masalah ekonomi.Oleh kerana dalam kebanyakan bentuknya merupakan pengecualian dari umum, maka bolehlah kita qiaskan kepadanya sesuatu yang lain apabila cukup syarat-syarat qias. Para ulama ada yang tidak membenarkan sama sekali kita melakukan qias, kerana tempat-tempat yang mengecualikan atas dasar darurat, atau maslahat tertentu dan harus kita ukur mudarat itu sekadar yang darurat sahaja. Oleh kerananya, timbullah suatu istilah dalam kalangan mereka, “Sesuatu yang tetap berlawanan dengan qias maka tidak boleh diqiaskan yang lain kepadanya”.

Ada yang membezakan antara yang diistihsankan dengan nas atau ijmak dengan yang diistihsankan dengn qias khafi. Mereka tidak membolehkan pada yang pertama, membolehkan pada yang kedua. Asy Syarakhasi dalam kitab usulnya berkata, “Sesungguhnya yang mustahsan dan qias dapat melampaui hukumnya pada yang lain, dalam arti dapat diqiaskan yang lain padanya. Kerana qias baik lahir maupun batin ialah mengenakan sesuatu hukum kepada yang lain. Adapun yang diistihsankan dengan nas atau ijma' maka hukumnya tidak melampaui pada yang lain, kerana dia dipalingkan dari qias dan tidak dapat dikenakan kepada yang lain."

Seperti pendapat sebelum ini, iaitu tidak boleh mengqiaskan sesuatu kepada yang dikecualikan itu. Kedua-dua pendapat ini tidak dapat kita pendapat ini tidak dapat kita terima. Pendapat yang dapat kita terima, ialah boleh kita qiaskan sesuatu kepada yang dikecualikan apabila cukup syarat-syaratnya, kerana qias itu berkisar sekitar adanya sesuatu makna yang mengumpulkan antara yang dikecualikan itu dengan yang lainnya. Jika ada makna tersebut, berlakulah qias.

Jika tidak ada makna tersebut, nescaya qias tidak dapat dikecualikan, baik pengecualian itu dengan nash ataupun dengan qias. Inilah pendapat sebahagian ahli tahqiq yang dipelopori oleh Al-Ghazali. Di dalam Al-Mustashfa beliau berkata, "Bahagian yang kedua ialah suatu yang dikecualikan dari kaedah yang telah lalu dan datang dari pengecualian itu dari suatu makna. Ini dapat diqiaskan kepada setiap masalah yang berlaku antara yang dikecualikan dengan yang dikecualikan dan bersekutu yang dikecualikan dan bersekutu yang dikecualikan pada illat. Pengecualian umpamanya, pengecualian 'ariyah maka dia tidak merupakan nasakh bagi kaedah riba dan tidak mengubah kaedah itu. Akan tetapi ia dikecualikan kerananya kita dapat mengqiyaskan buah anggur pada kurma putih kerana kita berpendapat bahawa anggur itu membawa makna kurma putih".

"Demikian pula mewajibkan segantang kurma terhadap susu binatang yang diikat tempat susunya tidak datang untuk menghapuskan pembayaran yang ada imbangannya dengan mitsilnya (sejenisnya) akan tetap tatkala bercampur susu yang baru dengan susu yang sedia ada di dalam buah dada jika terjadi jual beli dan tidak ada jalan untuk membezakan satu sama lain, tidak ada jalan mengetahui ukurannya sedang dia berpautan dengan makanan, syarak melepaskan orang yang berjual beli kesulitan mengetahui jumlah susu dengan jalan memberi ukuran sebatang kurma. Kerana tidak salah kita mengatakan andai kata dikembalikan binatang yang diikat pentil susu dengan cacat yang lain, bukan cacat mengikat pentil susu, nescaya dibayar susu pula dengan segantang kurma itu. Dan ini seperti penemuan pada makna pokok. Andai kata kita tidak memahami makna tersebut, tentulah kita tidak berani menghubungkan itu ( mengadakan qias)".
Pendapat inilah yang kiranya harus kita tampung, kerana mewujudkan maksud syarak dari pengecualian. Allah swt.berfirman dalam;


         Surah al-Hajj (22): 78

Terjemahan:Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya); dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama…

Pendapat Al- Ghazali sesuai dengan pendapat Ibnu Taimiyah dalam kitab Ushul Fiqhnya iaitu, "Boleh qias kepada pokok yang tertentu dari antara jumlah qias, dan itulah yang dinamakan oleh golongan Hanafiah tempat istihsan, berbeza terhadap perkataan mereka tidak boleh qias kecuali qias itu ada illatnya atau ijma' qias itu, atau ada suatu pokok yang lain yang sesuai maka bolehlah qias kepadanya. Pendapat golongan Syafi'iyah dan segolongan Hanafiah sama dengan pendapat kami. Dan pendapat golongan Malikiyah sama dengan jumlah qias dapat diqiaskan kepadanya dan dapat diqiaskan pada yang lainnya".

Ibnu Qudamah Aln Maqdisi dalam kitab Raudhatun Nadzir berkata, “Yang dikecualikan dari kaedah qias terbahagi kepada yang dapat difahamkan maknanya dan yang tidak dapat difahamkan maknanya. Makna yang pertama sah diqiaskan selama diperoleh illat. Di antara yang demikian ialah pengecualian 'aliyah kerana ada keperluan. Tidaklah jauh kita mengqiaskan buah anggur pada kurma putih yang telah nyata bahawa buah anggur mengandungi kurma putih.

Demikianlah pula mewajibkan segantang kurma pada susu binatang yang diikat pentilnya sikecualikan dari kaedah sama semestinya kita qiaskan kepadanya apa bayng dikembalikan kerana cacat yang lain. Dan itu seperti perhubungan, adapun yang tidak dapat difahamkan maknanya maka adalah seperti ditentukan Abu Burdah dengan boleh menyembelih kambing yang berbulu yang setahun umurnya untuk korban dan seperti Nabi menetapkan Khuzaimah dengan menerima kesaksiannya seorang diri. Dan hal serupa itu tidak boleh diqiaskan kepadanya”.

Mengikut apa yang diterangkan, maka istihsan dalam kebanyakan bentuknya, adalah pengecualian dari hal-hal yang diharamkan dengan menghalalkan sesuatu dan pengecualian dari hal-hal yang mewajibakan dengan menghilangkan kewajibannya, kerana pengecualian itu tidaklah terbatas dalam daerahnya sahaja, tetapi melampaui daerah lain.

6.0 KESIMPULAN

Melalui perbincangan ringkas berkenaan konsep istihsan di atas, dapat disimpulkan bahawa al-istihsan merupakan salah satu daripada sumber hukum perundangan Islam tetapi ianya tergolong dalam sumber hukum yang tidak disepakati. Oleh yang demikian, ulama’ berselisih pendapat tentang kehujahan al-istihsan, Ini kerana terdapat ulama yang menerima dan juga menolak al-istihsan.

Ulama yang menerima al-istihsan berpendapat bahawa al-istihsan merupakan salah satu cara untuk mencari penyelesaian terbaik bagi kepentingan awam. Manakala golongan yang menolak pula berhujah jika al-istihsan dibenarkan maka ia akan membuka jalan kepada pengeluaran hukum berdasarkan akal dan hawa nafsu semata-mata. Walau bagaimanapun, punca kepada perselisihan ini adalah kerana masing-masing ingin membawa kebaikan untuk masyarakat, agama dan membawa kebenaran serta berhati-hati dan teliti dalam mengeluarkan hukum. Sesungguhnya al-istihsan dikatakan sebagai mewakili sudut kemudahan dan kelonggaran yang telah diberikan oleh Islam melalui syariatnya.

Apabila dikaji dan diteliti pengertian yang diberikan oleh ulama dalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki, penggunaan al-istihsan menurut pendapat mereka bukanlah dengan berdasarkan akal dan nafsu semata-mata. Justeru itu, penggunaan al-istihsan ini menurut mereka adalah berdasarkan dalil-dalil syarak juga. Apabila diteliti pengertian al-istihsan menurut Imam Syafi`i pula adalah berlainan dengan pengertian yang diberikan oleh ulama dalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki iaitu Imam Syafi`i menggambarkan penggunaan al-istihsan dengan berpandukan akal semata-mata tanpa dalil syarak, sebab itulah beliau menolak berhujah dengannya.

Dari situ dapatlah dirumuskan di sini bahawa perselisihan yang berlaku antara mazhab-mazhab mengenai kehujahan al-istihsan merupakan perselisihan dari segi lafaz sahaja. Hal itu terjadi disebabkan tidak sama pengertian yang mereka berikan. Sebenarnya antara mereka tidak ada perselisihan kerana matlamat mereka adalah satu iaitu membawa kebaikan untuk masyarakat, agama dan membawa kebenaran serta berhati-hati atau teliti dalam mengeluarkan sesuatu hukum.





BIBLIOGRAFI

Abd. Jalil Borham. (2002). Pengantar Perundangan Islam. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Karim Zaidan. (2009). Al-Wajiz Fi Usul Al-Fiqh. Beirut:Lebanon.

Abdul Wahhab Khallaf. (2002). Kaidah-Kaidah Hukum Islam: Ilmu Ushulul Fiqh. Jakarta:Rajawali Pers.


Amidi. Al-Ihkam. Juz 2, h. 200. Dalam Abdul Halim El-Muhammady. (1994). Adab Berijtihad dan Berikhtilaf. Kuala Lumpur: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.


Hasan bin Haji Ahmad. (2002). Usul Fiqh dan Qawa’id Fiqhiyyah. Kuala Lumpur:Pustaka Haji Abdul Majid.

Mushthafa Ahmad Al-Zarqa. (2000). Hukum Islam dan Perubahan Sosial. Jakarta: Riora Cipta.

Ruzian Markom. (2004). Apa Itu Undang-Undang Islam. Pahang:PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Saim Kayadibi. (2010). Istihsan: The Doctrine Of Juristic Preference In Islamic Law. Selangor: Islamic Book Trust.

Suyuti, al-Ashbah wa al-Nazair, h 90. Dalam Abdul Halim El-Muhammady. (1994).  Adab Berijtihad dan Berikhtilaf. Kuala Lumpur: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.

Teungku Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy. (1997). Pengantar Hukum Islam. Semarang: PT.Pustaka Rizki Putra.

Wahbah Al-Zuhaili. (1986). Usul Al-Fiqh Islami. Jil 2, Damsyik:Dar al-Fikr.

Yusuf Sukri Farhat. (2007). Mu’jam Al-Tullab. Edisi ke-6, Lubnan:Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

(KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL)





1.0 PENGENALAN

Apabila membicarakan atau menggambarkan perihal kehidupan masyarakat Melayu tradisional, ia merupakan satu perbincangan pensejarahan atau kehidupan kemasyarakatan yang tidak boleh dipisahkan dari merujuk kepada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Titik tolak permulaan pada zaman ini kerana telah wujudnya sebuah kerajaan yang dapat membentuk sebuah masyarakat Melayu yang mempunyai sistem dan strukturnya tersendiri.

Menurut Janes Low, pada 1820 telah berpendapat bahawa Semenanjung Tanah Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertanian dan kelautan. Dalam bahagian pertanian, ianya terdiri daripada pertanian yang terdiri daripada negeri-negeri Kedah, Perak, Patani dan Terengganu, terdapat penduduk yang bergantung tetap pada pertanian. Dalam bidang ke lautan atau perdagangan, ianya tidaklah penting berbanding pertanian.Namun begitu James Low tidak menyatakan negeri-negeri yang lebih menaruh minat terhadap perdagangan. Pada abad ke-19 kegiatan utama masyarakat Melayu adalah pertanian iaitu huma dan sawah. Tanaman huma melibatkan pembersihan hutan untuk satu atau dua musim tanaman, kemudiannya ditinggalkan menjadi hutan semulajadi. Manakala tanaman sawah atau bendang melibatkan tanaman padi dan sayur-sayuran serta pokok buah-buahan di kawsan tanah yang berdekatan.

Masyarakat Melayu Tradisional merupakan satu istilah. Pendefinisian ini haruslah merujuk kepada definisi siapa itu orang Melayu dan zaman tradisi yang diwakilinya. Secara umumnya, Masyarakat Melayu Tradisional boleh ditakrifkan sebagai satu gambaran orang Melayu yang mengamalkan sesuatu adat-istiadat (kebiasaan) yang telah sebati dan kekal secara turun temurun dalam kehidupan mereka. Ini memberi erti bahawa mereka tidak begitu terpengaruh dengan perubahan dan suasana sekeliling. Dalam erti kata lain, perubahan diterima dengan penyesuaian keadaan setempat. Dengan ini unsur-unsur tradisi dari segi politik, ekonomi dan sosial yang ada pada masyarakat Melayu dapat dikekalkan sepanjang zaman.

Masyarakat Melayu Tradisional boleh diklasifikasikan kepada dua kelas, iaitu pemerintah dan rakyat. Golongan pemerintah terdiri daripada Raja/Sultan, kerabat terdekat, pembesar istana dan pembesar tempatan. Golongan rakyat pula terdiri daripada rakyat bebas dan golongan hamba. Mereka ini tinggal di sepanjang tepi sungai yang sesuai dan di tepi laut dengan membentuk sebuah penempatan yang berkembang menjadi mukim, daerah/jajahan dan negeri (dalam istilah hari ini). Penempatan juga berkembang ke pedalaman (darat), iaitu ke hulu lembahan sungai yang berakhir ke kaki bukit.

Kedudukan atau lokasi sesuatu penempatan akan mencorak bentuk jenis pekerjaan penduduknya. Pada asalnya merupakan satu bentuk pekerjaan untuk keperluan asas seharian sahaja. Akhirnya pekerjaan asas ini menjadi pekerjaan utama yang berupaya mengeluarkan hasil keluaran tempatan. Pada umumnya penduduk mengusahakan kawasan pertanian bagi menghasilkan keperluan makanan sendiri. Jika ada lebihan akan digunakan sebagai keperluan pertukaran ataupun simpanan semasa kecemasan. Di samping itu dilakukan juga usaha-usaha mencari hasil bumi dan galian, hasil hutan atau hasil laut secara sambilan berselang seli dengan kerja utama pertanian. Bagi yang kerja utamanya ke laut, mereka akan beralih ke kerja galian dan hutan semasa musim tengkujuh. Ataupun mereka akan pergi ke pulau-pulau yang mempunyai gua untuk mengeluarkan hasil sarang burung atau hasil lainnya seperti baja.

Secara keseluruhannya, penduduk mempunyai satu sistem kehidupan yang sederhana dengan ekonomi sara diri dan bertukar barangan perniagaan yang dijalankan sesama sendiri antara penduduk di tepi pantai dengan di tepi sungai dan lembahannya. Orang tengah (pengantara) dalam perniagaan ialah pemerintah dan pemimpin tempatan. Perniagaan diperluaskan dengan kawasan jiran tetangga melalui jalan darat atau laut. Perkembangan dalam kehidupan juga kemudiannya menjadikan sebahagian kecil penduduk menjadi pedagang-pedagang sehingga ke peringkat antarabangsa (dunia luar).

1.1 Sistem Politik Masyarakat Melayu Tradisional

1.1.1 Pemerintah

Secara umum, susun-lapis golongan pemerintah dari kedudukan tertingginya ialah Raja atau Sultan. Diikuti oleh kerabat terdekat yang terdiri dari kalangan isteri-isteri, ibu-ibu, anak-anak, adik beradik dan bapa serta emak saudara bersama anak-anak mereka. Kelompok ini dibantu oleh pembesar istana yang diketuai oleh Bendahara, diikuti oleh Temenggung, Laksamana, Penghulu Bendahari, Ketua Hulubalang (Hulubalang Besar) dan lain-lain Orang Besar Istana. Satu lagi kelompok pemerintah yang penting ialah Pembesar Tempatan yang diistilahkan sebagai Orang Besar Empat Lipatan dengan gelarannya Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua, Dato’ Penghulu dan Ketua Kampong. Mereka menjalankan tugas di mana penempatan mereka didirikan berasaskan kedudukan dan statusnya dalam hierarki pemerintahan.

  1.1.2 Rakyat

Kalangan rakyat terbahagi kepada rakyat bebas dan golongan hamba. Rakyat bebas terdiri daripada kalangan orang kaya (berharta), ahli agama, orang yang ada kepandaian yang dikenali sebagai utas, tukang atau pandai dalam bidang membuat senjata, emas, perahu, rumah, pemuzik atau ahli Nobat dan kerja perbomohan serta mengurut. Rakyat jelata juga terdiri daripada kalangan peniaga dan pedagang, dan orang biasa yang menjadi petani, penternak atau nelayan. Kelompok rakyat jelata ini boleh menaikkan taraf mereka dengan kehendak pemerintah kerana telah membuat jasa dan bakti atau melalui perkahwinan. Maka wujudlah di kalangan mereka ini Orang Bernama, Berjasa atau Bergelar. Bagi kalangan hamba pula, mereka menjadi sedemikian kerana warisan dari keturunan, berhutang, hukuman, tawanan atau kerana kemahuan sendiri untuk menghambakan diri atas sebab dan alasan tertentu.

1.2 Sosioekonomi Masyarakat Melayu Tradisional

Pada peringkat awalnya keadaan sosio ekonomi masyarakat Melayu tradisional telah pun dipengaruhi oleh sistem feudalisme. Sistem feudalisme ini memainkan peranan penting iaitu golongan pemerintah melantik golongan pembesar dan golongan pertengahan untuk membantu dalam urusan-urusan tertentu bagi sesuatu kawasan atau daerah. Keadaan ini dapat dilihat di negeri Perak Sultan dibantu oleh Orang Besar Berempat, Orang Besar Berlapan, Orang Besar Enam Belas, Orang Besar Tiga Puluh Dua.  Peranan pembesar ini adalah untuk mengutip cukai tanaman dan cukai tanah. Para pembesar ini berperanan juga untuk menjaga keamanan daerah. Manakala golongan pemerintah seperti petani, hamba mengusahakan tanah, tukang, nelayan dan sebagainya . Kesan daripada keadaan ini telah menyebabkan wujudnya sistem kerah dan sistem kerah.

      1.2.1 Sistem Kerah

Sistem serah merupakan satu sistem yang mana pemerintah mengerahkan tenaga rakyatnya untuk melakukan sesuatu pekerjaan tertentu. Biasanya golongan pembesar yang memainkan peranan penting dalam usaha mengerahkan tenaga rakyat untuk membuat kerja-kerja sosial seperti membuat jalan, membuat saluran, surau dan juga persediaan kenduri-kendara. Di peringkat kampung penghulu telah diberi tanggungjawab untuk mengerahkan tenaga penduduk kampungnya dan pembesar pula akan mengerahkan rakyat untuk membina istana sultan. Manakala Sultan hanya mengerahkan tenaga rakyat tanpa membayar sebarang upah atau gaji.  Biasanya hamba merupakan adalah golongan yang biasa dikerahkan tenaga oleh sultan. Keadaan ini berlaku kerana institusi perhambaan amat kukuh di Tanah Melayu.

  1.2.2 Sistem Serah

Sistem serah pula berbeza dengan sistem kerah yang mana sistem serah membawa maksud orang-orang atau masyarakat yang mengerjakan tanah setelah dibenarkan oleh pembesar atau raja. Hal ini demikian kerana tanah merupakan sumber kekayaan golongan pembesar dan raja. Oleh itu, bagi rakyat yang ingin mengerjakan tanah untuk menjalankan aktiviti pertanian haruslah mendapat kebenaran pembesar terlebih dahulu.  Selain itu, dalam bidang perdagangan, para pembesar memainkan peranan sebagai orang tengah untuk memungut hasil-hasil cukai. Para pembesar ini telah diarahkan oleh sultan untuk bertindak sedemikian. Contohnya di Sabah, bagi masyarakat yang menjalankan kegiatan perdagangan hendaklah menyerahkan barangan dagangan mereka melalui pemerintah terlebih dahulu.

Sehubungan dengan itu rakyat juga telah diharuskan untuk menyerahkan sebahagian harta mereka kepada golongan pemerintah iaitu kunjungi Musyi Abdullah ke negeri-negeri Melayu mengatakan bahawa golongan atasan telah merampas harta golongan bawahan.  Selain itu sistem serah ini dapat dilihat yang  mana golongan bawahan iaitu rakyat harus menyerahkan separuh daripada hasil pendapatan serta mengeluarkan hasil tanaman seperti beras untuk keperluan golongan atasan. Keadaan ini dapat dilihat bahawa kesetiaan yang ditunjukkan oleh golongan petani terutamanya golongan lelaki dipaksa bekerja untuk sultan dan pembesar iaitu dengan mengerjakan tanah mereka untuk aktiviti pertanian. Oleh itu untuk menunjukkan taat setia para petani ini kepada sultan mereka merelakan diri mereka untuk bekerja untuk golongan atasan yang menyebabkan para petani ini terikat dengan sistem serah.

Sebelum kedatangan kuasa barat ke Tanah Melayu, sistem ekonomi telah pun wujud walaupun ianya bersifat sistem ekonomi sara diri.  Masyarakat melayu yang berada di kampung-kampung tidak mempunyai kemahiran dalam perdagangan yang menguntungkan. Mereka lebih menjalankan ekonomi untuk menampung kehidupan seharian. Sistem ekonomi tradisional bermaksud sistem ekonomi yang diterapkan oleh masyarakat tradisional secara turun temurun dengan hanya menggunakan alam dan tenaga kerja.Sistem ekonomi ini juga merupakan sistem ekonomi yang dijalankan secara bersama untuk kepentingan bersama iaitu bersifat demokrasi.  Kegiatan ekonominya juga masih sangat sederhana.

Dalam sistem ekonomi tradisional, kedudukan pemerintah juga ada disebutkan. Tugas pemerintah hanya terbatas memberikan perlindungan dalam bentuk pertahanan, dan menjaga ketertiban umum.  Hal ini juga termasuklah dalam sistem ekonomi sara diri. Sistem ekonomi sara diri melibatkan beberapa aktiviti seperti, pertanian, menternak binatang, menangkap hasil laut, memburu binatang, memungut hasil hutan dan juga perdagangan. Selain itu alam sekitar merupakan sumber yang amat penting dalam menentukan kemudahan untuk mendapatkan sumber makanan. Seperti yang kita tahu kegiatan utama masyarakat di Tanah Melayu lebih kepada memburu binatang serta memungut hasil hutan,maka kebanyakan kedudukan mereka lebih berdekatan dengan sumber-sumber hutan.  Misalnya keadaan ekonomi di semua negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan kolonial, hampir kesemua negeri-negeri Melayu tertumpu di kuala-kuala sungai kerana sungai mempunyai kepentingan sebagai tempat perantaraan perhubungan, dan kedudukan yang strategik bagi memudahkan aktiviti memungut hasil cukai yang dijalankan.

 Oleh itu kebanyakkan negeri-negeri secara amnya berlandaskan kepada lembah sungai dan petempatan yang dibina oleh masyarakat melayu juga adalah berhampiran dengan lembah sungai.   Sehubungan dengan itu perkembangan kegiatan ekonomi  penduduk di Tanah Melayu daripada kegiatan ekonomi primitif kepada kegiatan ekonomi sara diri telah menunjukkan satu revolusi baru dalam bidang ekonomi masyarkat Melayu. Hal ini kerana mereka telah menjalankan kegiatan pertanian, perikanan dan juga berlaku kemajuan dalam kegiatan ekonomi sara diri mereka seperti perdagangan, kraftangan, matawang dan sebagainya. Misalnya perdagangan dalam sistem ekonomi tradisional Tanah Melayu mencapai peringkat termasyur di Melaka pada abad ke-15 dan ke-16. Keadaan ini ditambah lagi dengan kedatangan islam telah menuyebabkan perdagangan satu sistem ekonomi yang terpenting bagi orang-orang Melayu.  Namun. Sistem ekonomi tradisional mula ditinggalkan setelah kuasa barat masuk ke Tanah Melayu.


2.0 LATAR BELAKANG PERTANIAN PADI MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL


Pertanian padi dalam masyarakat Melayu tradisional dibuat secara gotong-royong. Ia bermula dari proses membuka hutan sehinggalah mendapatkan hasil. Teknologi direka cipta sendiri seperti membuat baji untuk menebang pokok serta membelah kayu. Memasang pelita dan unggun api digunakan untuk meluruskan tali air dan batas sawah atau bendang. Membuat lesung bagi mengisar padi dan sebagainya. Banyak lagi contoh-contoh teknologi masyarakat Melayu tradisional yang telah direka cipta dan digunakan seperti panduan arah angin, persenjataan dan alat pertukangan, alat memasak dan tenunan hatta kepada pembinaan kapal layar untuk perdagangan.

Konsep gotong royong ini amat penting kerana masyarakat tidak mampu melaksanakan sebarang kerja secara bersendirian. Mengambil contoh bagi membuka sebuah kawasan sawah padi misalnya pengusahaan sawah padi dikendalikan oleh seluruh penduduk kampung kerana melibatkan kerja menebas dan menebang pokok, membakar atau memerun, menggali parit dan tali air, membuat batas atau ban bagi takungan air mahupun untuk tujuan sempadan antara tuan punya, ataupun bagi membina pagar dari ancaman babi hutan atau menghalang ternakan memakan pokok padi. Melalui konsep kerjasama, bukan sahaja saling membantu, malahan dapat menyelaraskan kerja. Tali air dan parit tidak boleh dibuat bersendirian kerana melibatkan luas dan kedalaman yang berbeza dari sebelah hulu ke hilir. Begitu juga dengan batas atau ban yang hendak dibina harus mengambil kira kedudukannya agar tidak memasuki ke bahagian orang lain. Menuai padi juga mesti bersama-sama supaya dapat mengelakkan dari terkeluar dari musim panas. Ini kerana padi yang telah dituai harus dijemurkan pada panas matahari supaya mudah semasa memprosesnya menjadi beras. Jika musim hujan tiba, sedangkan kerja mengambil buah padi belum selesai, maka kerugian besarlah petani tersebut dari segi hasilnya. Oleh yang demikian, istilah “muafakat membawa berkat” telah jadi pengikat perhubungan dalam masyarakat Melayu tradisional.

2.1 Sejarah Perkembangan Penanaman Padi di Malaysia

Pertanian padi yang melambangkan pertanian sendiri sejak berabad-abad lamanya masih menjadi pertanian utama orang Melayu. Walaupun mereka berdepan dengan perkembangan ekonomi perdagangan yang menguntungkan, tetapi tidak bermakna pertanian padi juga turut berkembang sebagai pertanian perdagangan. Harus diingat bahawa permintaan beras ketika ini sudah bertambah dengan kehadiran buruh-buruh Cina dan India yang banyak. Bagaimanapun, perkembangan pertanian moden tidak menampakan perubahan yang luar biasa bagi penanaman padi. Malahan konsep pertanian padi bagi orang Melayu masih lagi bersifat traditional. Ia tetap diusahakan sebagai satu cara hidup dan bukannya untuk keperluan perdagangan, sepertimana kata seorang pengarang, antara sebab tidak berlaku perubahan nyata dalam pertanian padi ialah sikap orang Melayu sendiri yang melihat pertanian sebagai satu cara hidup dan bukannya sebagai perusahaan ekonomi.
Perdagangan ini ada kaitannya dengan unsur-unsur adat dan pertanian padi masyarakat Melayu. Bagaimanapun, ia bukanlah factor hakiki kerana faktor-faktor ekonomi mengatasi sebab-sebab lain. Dengan sikap yang sedemikian rupa maka bentuk dan teknik pertanian padi tidak banyak berubah. Penggunaan pawang dalam upacara pemujaan semangat padi, menepung tawarkan benih semaian, menghalau musuh padi dan juga beberapa upacara ketika menuai padi masih diamalkan. Selain daripada itu, terdapat juga upacara pembayaran niat melalui keramat apabila hasil padi memuaskan dan beberapa lagi upacara menghalau jin daripada kawasan sawah padi.

Dari segi keluasan tanah, penggunaan tanah secara ekstensif untuk pertanian padi tidak menunjukkan perubahan yang besar meskipun Inggeris berusaha meluaskan kawasan tanaman padi bagi menambahkan keperluan beras tanah Melayu. Rancangan memajukan pertanian ini pernah disarankan oleh Swettenham pada tahun 1987 lagi apabila beliau mengarahkan supaya sistem pertanian secara perairan dimodenkan. Tetapi langkah kearah itu tidak disegerakan sehingga pada tahun 1930-an apabila Jabatan Parit dan Tali air ditubuhkan.  Sebenarnya kos pengeluaran beras lebih tinggi kalau dibandingkan dengan mengimportnya, tetapi Inggeris merasai perlu untuk memperkembangkan pertanian padi sejajar dengan dasarnya mengekalkan hidup dan corak hidup orang Melayu. Dasar ini boleh dilihat dalam dua kepentingan. Pertama ialah mengelakkan status quo masyarakat Melayu sebagai petani padi dan kedua untuk menghasilkan barang makanan sendiri.  Sememangnya menjadi dasar mana-mana kerajaan pun untuk mengeluarkan bahan makanannya sendiri kerana pergantungan kepada Negara luar banyak kesan buruknya.

Langkah pertama yang dijalankan oleh kerajaan untuk mengalakkan orang Melayu menanam padi ialah dengan mengadakan kemudahan-kemudahan perairan. Pada tahun 1898 satu projek perairan yang besar dirancang di daerah Kerian. Projek ini yang hampir menelan satu juta ringgit siap dibina pada tahun 1906 dan dapat mengairi kawasan sawah yang luas di Kerian. Rancangan perairan ini dipergiatkan lagi dalam tahun 1930-an apabila Jabatan Parit dan Tali air ditubuhkan pada tahun 1932 dengan tujuan utama untuk memajukan pertanian padi. Projek pertama di bawah jabatan ini ialah menyiapkan perjek perairan di sungai Manik pada tahun 1932 dan setahun seterusnya satu lagi rancangan perairan dijalankan di Tanjung Karang Selangor. Di samping mengadakan rancangan perairan, langkah menggalakkan orang Melayu menanam padi juga dibuat melalui perundangan. Pada tahun 1917 Enakmen Tanah Padi dikeluarkan oleh MMP.  Tujuan undang-undang ini ialah mengenakan syarat penanaman padi bagi tanah-tanah yang diketagorikan sebagai tanah “bendang”. Melalui undang-undang ini juga kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap petani-petani sekiranya tanah itu tidak ditanam dengan padi.

Meskipun kerajaan berusaha mengalakkan orang Melayu menanam padi, tetapi kemajuan dalam bidang ini masih boleh dipersoalkan lagi, kerana rancangan-rancangan yang dilaksanakan tidak melahirkan golongan komersial masyarakat Melayu yang berasaskan pertanian padi. Faktor ekonomilah yang menghalang kemajuan pertanian ini seperti masalah modal, tenaga buruh dan juga masalah-masalah kemudahan teknologi yang lain seperti baja, racun tanaman dan sebagainya. Untuk mengusahakan kawasan padi yang luas, modal yang banyak diperlukan. Tanpa modal, maka kemudahan tenaga buruh tidak dapat diperolehi. Pegawai-pegawai pertanian Inggeris mengakui hakikat ini umpama H.C.Patt dalam laporannya berhubung pertanian padi di Kerian menjelaskan bahawa masalah paling besar yang dihadapi oleh petani padi ialah modal. Tanpa modal yang banyak, petani tidak dapat mengupah tenaga buruh untuk mengerjakan tanah sawah tang luas. Dengan itulah pertanian padi diusahakan oleh keluarga petani itu sendiri.

Kekurangan tenaga buruh untuk pertanian ini ada kaitannya dengan perkembangan pertanian getah. Oleh kerana orang Melayu juga tertarik dengan pertanian getah, walaupun sebagai pekebun kecil mereka secara langsung menyebabkan pertanian padi menjadi berkuangan. Keadaan ini jelas berlaku di Negeri Sembilan. Ketika harga getah melambung tinggi, kebanyakan orang melayu berkerja di kebun getah segingga pertanian padi hamper ditinggal terus.  Selain daripada masalah buruh, masalah pemasaran juga suatu yang merumitkan petani Melayu. Kebanyakan kilang-kilang padi yang memberli padi orang Melayu dipunyai oleh pengilang-pengilang Cina yang selalunya memonopolikan pembelian padi di NMB. Menurut laporan Jawatankuasa yang mengkaji pertanian padi di NMB, sebelum tanun 1918, petani-petani tidak mempunyai pilihanuntuk memasar hasil mereka melainkan kepada pengilang orang Cina.  Petani ketika ini terdedah dengan penindasan pengilang Cina yang dapat menentukan harga mengikut sesuka hati mereka.

Di Kerian, Perak ada dua buah kilang kepunyaan orang Cina. Pulau Pinang dan Province Wellesley ada tuju belas buah kilang padi kepunyaan Cina, di Kedah ada 18 kilang padi.  Di samping membeli padi, pengilang-pengilang Cina juga bertindak sebagai kreadator melalui sistem Padi Kunca. Sistem ini yang juga dikenali Padi Ratus adalah satu bentuk kemudahan pinjaman yang berbentuk penindasan. Sebelum musim menuai, petani Melayu akan diberi kemudahan meminjam wang daripada pengilang-pengilang padi untuk sara hidup. Apabila tiba, semua hasil padi akan dijual kepada pengilang berkenaan, dan setelah ditolak pinjaman bakinya, ini juga disediakan oleh pekedai-pekedai Cina membekalkan pendahuluan barang keperluan harian. Sistem ini berlaku secara berterusan dan secara langsung mengikat petani-petani Melayu dengan bebanan hutang sepanjang tahun. Peratus petani Melayu yang berhutang melalui sistem ini dan juga sumber-sumber lain adalah tinggi. Jumlah pinjaman daripada pengilang-pengilang Cina di setiap kawasan pertanian padi di NMB dianggarkan antara 40 hingga 90 peratus.

Masalah hutang ini boleh menggagalkan rancangan Inggeris untuk mengalakkan orang Melayu menanam padi. Bagi mengatasi masalah putarbelit harga oleh pengilang Cina, Inggeris terpaksa memecahkan monopoli pembelian padi dengan mendirikan kilang-kilang padi kerajaan. Antara tahun 1917 hingga 1920, Inggeris mendirikan dua buah kilang padi iaitu di Bagan Serai dan hilir Perak sebagai pilihan orang Melayu. Untuk menggalakkan orang Melayu menjual padinya kepada pengilang kerajaan, pada tahun 1919 Inggeris mengisytiharkan langkah pengawalan harga iaitu dengan meletakkan harga minimum bagi tempoh selama lima tahun. Melalui langkah ini, padi yang ditanam di NMB dan dipasarkan ke kilang kerajaan akan dibayar 13 sen segantang. Langkah seterusnya ialah menurunkan cukai air bagi kawasan pertanian padi yang mendapat kemudahan sistem perairan, manakala bagi kawasan yang baru disediakan kemudahan perairan, cukai air tidak dikenakan. Sesungguhnya kemudahan yang disediakan oleh Inggeris adalah tidak menyeluruh.

Sebenarnya masalah modal adalah faktor utama yang menghalang orang Melayu mengusahakan pertanian padi secara besar-besaran. Sementara itu, kilang padi kerajaan pula hidup segan mati tak mahu. Pada tahun 1926, kilang padi di Kuala Kurau terpaksa ditutup kerana pengurusan yang tidak cekap. Pada mulanya kilang diuruskan oleh seorang pengurus Cina yang bernama Lim Cheng Taik. Beliau mengambil ramai pekerja Cina sehingga timbul bantahan daripada orang Melayu. Keadaan ini menyebabkan kilang ini tidak berjaya menarik minat petani Melayu, oleh itu mereka terus memasarkan hasil padi mereka ke kilang padi Cina.

Walaupun ada cadangan supaya kilang padi kerajaan ini dijadikan syarikat kerjasama dengan mengambil pekerja-pekerja Melayu, tetapi cadangan itu tidak dipersetujui Inggeris. Dalam mesyuarat Resident-Resident pada 12 Disember 1931, persetujuan dicapai supaya pegawai syarikat kerjasama Inggeris tidak membabitkan diri dalam kilang padi kerajaan. Resident-Resident berpendapat, buat masa ini pegawai-pegawai syarikat kerjasama mestilah menumpukan sepenuh perhatian kepada syarikat-syarikat kerjasama yang baru bertapak di negeri-negeri Melayu.

Akibat daripada beberapa masalah yang diterangkan inilah, maka pertanian padi tidak berjaya mengubah orang Melayu menjadi petani yang bermotifkan perdagangan. Meskipun kawasan yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan padi di NMB dianggarkan seluas antara 243,000 hingga 405,000 hektar,  tetapi kawasan ini tidak boleh diajukan kerana faktor-faktor ekonomi tadi. Untuk membuka sesuatu kawasan padi yang baru sudah tentu sistem perairan diperlukan dan untuk mengadakan sistem perairan ini perbelanjaan yang banyak mestilah diperuntukkan. Oleh keana masalah kewangan inilah maka sesetengah kawasan itu tidak dapat dimajukan sebagai kawasan pertanian padi.

Satu lagi masalah yang dihadapi oleh petani melayu ialah kerosakkan tanaman padi akibat daripada perlombongan biji timah. Keadaan ini berlaku hanya bagi sawah yang berhampiran dengan kawasan perlombongan. Kerosakan ini disebabkan oleh mendapan air lombong yang yang mengalir masuk ke dalam sungai atau tali air yang digunakan untuk pertanian padi.  Limpahan mendapan lombong ini menyebabkan padi tidak hidup dengan subur.  Keadaan ini sering berlaku di Kinta. Berdasarkan kepada beberapa persoalan yang dibincangkan itu, dapatlah sisimpulkan bahawa pertanian padi bagi orang Melayu tidak banyak mengalami perubahan. Malahan keluasan kawasan padi juga tidak banyak berubah. Sejak tahun 1890 keluasan penanaman padi dikatakan bertambah dalam kadar 6.5 hingga 7 peratus sahaja. Sebaliknya bagi pertanian getah, kadar pertambahan sejak tahun 1904 ialah 11 peratus.

Sehingga ke tahun 1938, daripada lebih dua hektar kawasan pertanian di tanah Melayu, kira-kira 1,350,000 hektar dipenuhi dengan getah sedangkan keluasan pertanian padi cuma kira-kira 295,000 hektar sahaja. Dengan keluasan sebanyak itu, pertanian padi hanyalah dapat menampung satu pertiga sahaja daripada keperluan beras negara dan selebuhnya terpaksa diimport. Sementara pertanian padi diberi perhatian oleh kerajaan, pertanian getah juga diusahakan oleh sebilangan kecil orang Melayu tetapi tidak mendapat sebarang perhatian kerajaan. Inggeris sepertimana yang diketahui cuba mengekalkan orang Melayu menanam tanaman. Enakman Tanah Padi yang dibuat pada tahun 1917, khusus untuk menyuruh orang Melayu menanam padi bagi tanah-tanah yang tertakluk di bawah undang-undang itu. Bagaimanapun, diakibatkan oleh tarikan harga getah yang tinggi di zaman harga getah yang melambung. Orang Melayu juga berlumba-lumba untuk mengusahakan getah sebagai pekebun kecil. Permohonan tanah di kalangan orang Melayu juga meningkat sehingga ia memberikan kesannya terhadap pertanian makanan. A.S. Kaynes, Setiusaha Pertanian NMB dalam laporan tahunannya berkata, “pertanian getah telah mengurangkan minat orang Melayu menanam padi. Pertanian padi ditinggalkan, manakala dusun-dusun ditanam untuk penanaman getah.

2.2 Sistem Pertanian Tradisional

James Low telah mengatakan bahawa semenanjung Tanah Melayu terbahagi kepada dua bahagian pertanian dan kelautan. Negeri-negeri yang terlibat dengan pertanian terdiri daripada negeri Kelantan, kedah, perak dan Terengganu. Kebanyakan masyarakat yang berada di negeri ini bergantung kepada sumber pertanian.  Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu adalah berasaskan sara diri yang mana kelompok kecil para petani tinggal di kampung dengan mengusahakan kegiatan pertanian, penternakan serta perikanan. Biasanya mereka tinggal berhampiran dengan sumber alam seperti sungai, hutan serta kawasan kecil tanah untuk dijadikan kawasan petempatan.

Sebagaimana kita tahu, sistem ekonomi Melayu tradisional pada zaman Kerajaan Melayu secara jelasnya telah menunjukkan jurang pemisah antara golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah. Hal ini dapat dilihat bahawa golongan pemerintahan merupakan golongan yang berkuasa di sesebuah kerajaan. Tanah merupakan sumber untuk melakukan aktiviti pertanian adalah hak milik kerajaan atau golongan pemerintah.  Pada masa yang sama rakyat berperanan untuk mengerjakan tanah pertanian yang telah diberikan oleh mereka. Oleh itu maka wujud satu sistem pertanian tradisional dalam kalangan masyarakat Melayu pada ketika itu. Aktiviti pertanian pada masa ini berkonsepkan pertanian sara diri dengan mengutamakan keperluan diri sendiri dan supaya sumber makanan secara berterusan.

Kegiatan pertanian sara diri dapat dilihat melalui penanaman padi seperti pada huma dan padi sawah. Biasanya penanam padi ini adalah untuk sumber makanan harian mereka. Contoh dapat dilihat di Kelantan kegiatan penanaman padi tetap sawah dan penanaman pindah padi huma. Selain itu sistem ekonomi feudal iaitu pertanian yang meliputi aktiviti penanaman padi huma, padi sawah, sayuran-sayuran secara kecil-kecilan adalah untuk memenuhi keperluan makanan mereka sahaja. Padi sawah ditanam di kawasan yang mempunyai tanah aluvium yang subur dan dipercayai penanaman padi sawah ini biasanya dilakukan oleh masyarakat Minangkabau yang berada di negeri-negeri selat. Keadaan ini berbeza dengan sistem ekonomi tradisional di Sabah yang mana pengeluaran hasil pertanian hanya satu atau dua jenis makanan sahaja yang dikeluarkan oleh mereka kerana kesukaran pengangkutan, ketiadaan tempat menyimpan makanan dan sebagainya.

Namun terdapat juga negeri-negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di Tanah Melayu seperti negeri kedah, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan. Negeri Kedah merupakan negeri yang paling popular dengan aktiviti  penanaman padi sawah serta terkenal dengan sebagai jelapang padi pada ketika ini. Namun kegiatan pertanian sara diri pada ketika ini tidaklah begitu berkembangan kerana teknologi atau peralatan yang mereka gunakan adalah sangat rendah serta tidak begitu maju. Ekoran daripada ini kegiatan pertanian seperti pertanian padi sawah, penanaman sayur-sayuran tidak dapat dikembangkan dengan sebaik mungkin.  Selain itu aktiviti penanaman padi sawah atau padi basah juga telah dilakukan oleh masyarakat Melayu di Sungai Ujong kerana tanaman ini merupakan tanaman utama masyarakat Minangkabau yang berada di kawasan ini.

Sehubungan dengan itu tradisi penanaman padi sawah di Tanah Melayu sejak abad ke-15 dipercayai di bawa masuk oleh masyarakat Minangkabau. Oleh sebab itu masyarakat Minangkabau ini dipercayai telah mempunyai kemahiran-kemahiran yang tersendiri seperti kemahiran mengairi kawasan-kawasan penanaman padi sawah mereka. Masyarakat Minangkabau di Sungai Ujong ini telah membina empangan kayu ataupun kincir untuk mendapat bekalan air untuk mengairi kawasan penanaman padi sawah mereka.  Empangan ini dibina secara beramai-ramai dalam kalangan anggota masyarakat  dan setiap mereka harus bertanggungjawab ke atas kejayaan atau kegagalan semasa musim bersawah di kawasan ini. Sistem kincir pula digunakan untuk mengalirkan air dari sungai ke kawasan tali air untuk mendapatkan bekalan air dan sebelum mereka memulakan aktiviti pertanian ini seorang ketua di beri tanggungjawab untuk mengawasi kawasan kincir dan empangan tersebut.

Namun kegiatan penanaman padi ini dilakukan secara persendirian dan untuk keperluan mereka sendiri. Aktiviti penanaman padi sawah pada masa ini tidak berkembang kerana lebihan hasil pengeluaran penanaman padi biasanya telah ditukar dengan menggunakan sistem pertukaran atau sistem barter yang bertujuan untuk mendapat barangan keperluan lain. Di kawasan Kundur pula aktiviti penanaman padi sawah pula dikatakan sebagai, “The Luxuriant and penculiar green of Rice Field”

Selain daripada itu pertanian di Sabah juga berlaku secara tradisionalnya kerana keadaan bentuk muka bumi Sabah yang bergunung-ganang dan tinggi telah memudahkan kegiatan penanaman padi huma dilakukan di negeri ini.  Aktiviti pertanian sara diri di Sabah seperti kaum Biasanya merupakan golongan petani sara diri di kawasan ini. Mereka menjalankan kegiatan penanam padi sawah, padi huma dan tanaman lain seperti jagung dan sebagainya. Biasanya kaum Biasanya yang berada di Sabah memasarkan hasil pertanian mereka di “Tamu” yang diadakan setiap minggu sekali. Aktiviti pertanian di Sabah ini berlaku secara kecil-kecilan dan hanya untuk keperluan mereka sendiri dan berbeza pada zaman penjajahan yang mana aktiviti pertanian khususnya penanaman padi telah dikembangkan dengan sebaik mungkin. Namun pada waktu ini mereka lebih menjalankan aktiviti ini secara tradisional dan lebihan hasil pertanian mereka ditukarkan dengan barang lain seperti garam, makanan dan sebagainya. Keadaan sama juga berlaku di daerah Kundasang Sabah yang menjalankan kegiatan ekonomi sara diri.

Selain itu kegiatan pertanian ini merupakan salah satu kegiatan yang penting kepada negeri Melaka. Melalui aktiviti pertanian telah menyebabkan negeri Melaka terkenal dengan kekayaan hasil-hasil bumi negeri ini. Namun corak penanam padi sawah pada zaman pra penjajahan yang di usaha oleh masyarakat Melayu pada zaman ini seperti sistem padi cenderung yang dilakukan di Kelantan dan Terengganu, cenur dan tugal. Keadaan ini ditambah dengan tanah di Kelantan iaitu di Dataran Kelantan mempunyai tanah yang subur, lanar, mendatar serta terbentang luas memudahkan kerja-kerja penanaman padi sawah dilakukan di negeri ini. Kesemua sistem padi ini sawah ini bergantung kepada air yang sedia ada seperti paya atau air hujan yang tidak memerlukan teknik-teknik pengairan yang agak luas. Begitu dengan keadaan di negeri Selangor yang mana Sultan telah mewajibkan masyarakat Melayu di Selangor untuk menanam padi  yang menyebabkan bekalan beras di negara ini mencukupi.

  Oleh itu kegiatan pertanian pada peringkat awal lebih menumpukan kepada usaha untuk menghasilkan makanan untuk kegunaan sendiri. Sistem ekonomi sara diri ini lebih baik daripada sistem ekonomi primitif yang dilakukan oleh zaman prasejarah. Para petani menjalankan kegiatan pertanian secara kecil-kecilan dan menggunakan teknologi yang rendah serta lebihan hasil pertanian yang mereka lakukan ini telah menyumbangkan kepada berlakunya pertukaran barangan  atau sistem barter yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Kegiatan pertanian sara diri juga telah menunjukkan para petani mempunyai kebolehan untuk menghasilkan keperluan makanan mereka sendiri  dan barangan keperluan yang tidak boleh dihasilkan sendiri. Mereka boleh mendapatkan  barangan tertentu dengan menggunakan sistem pertukaran barang.   Kesan kegiatan pertanian sara diri adalah untuk keperluan makanan mereka sendiri. Sehubungan itu, masyarakat sebelum kedatangan barat juga menjalankan aktiviti penanaman lain seperti penanaman ubi kayu, pisang, tebu, jagung, keledek, tembakau dan sirih. Tanaman ini biasanya ditanam di kawasan sekitar rumah mereka sahaja  dan hasil tanaman ini hanya untuk kegunaan harian mereka sahaja, manakala lebihan hasil tanaman ini diberikan kepada jiran atau kaum keluarga mereka sendiri.

3.0 SISTEM PENANAMAN PADI ERA KOLONIAL

Semenanjung Tanah Melayu telah mengalami transformasi sosial, ekonomi dan politik di bawah pemerintahan kolonial. Landasan ekonomi kaum tani Melayu telah berubah untuk disesuaikan dengan struktur ekonomi di bawah order sosial baru yang mengutamakan pertukaran. Tekanan pasaran dunia dan pemerintah kolonial telah membentuk sebuah industri pertanian. Aktiviti pertanian kaum tani Melayu telah dihadkan oleh pihak kolonial. Antara lain, kaum tani telah menjadi sasaran kepada beberapa undang-undang yang telah menyekat aktiviti ekonomi asas mereka. Di negeri Perak, misalnya, peraturan-peraturan dan undang-undang baru ini termasuklah Compulsory Planting of Coconuts by Malays 1880, Prohibition of Felling of Forest 1881 dan Alienation of Nipah Lands 1888.

Perlaksanaan peraturan-peraturan ini telah dengan secara dramatis mengurangkan 'independence' kaum tani Melayu. Pemerintah telah menentukan jenis tanaman yang mesti ditanam dan juga cara penanaman. Undang-undang yang telah memberikan tamparan hebat kepada kaum tani Melayu di Perak adalah Discouragement of Ladang Cultivation. Penanaman padi secara pertanian pindah oleh kaum tani Melayu sememangnya telah menjadi satu isu kepada pemerintah Inggeris bermula di dalam tahun 1887 lagi. Amalan berladang difahamkan oleh pentadbiran kolonial sebagai 'an obnoxious and wasteful type of agriculture, destroying valuable timber and a temporary culture at best.!" Inggeris menggalakkan kaum tani Melayu yang mengamalkan ladang untuk menanam padi mereka secara tetap melalui padi basah. Untuk mencapai tujuan mereka pihak kolonial telah menaikkan kadar sewa ke atas penanaman padi darat tetapi cara ini telah tidak dapat mengubah keadaan. Kaum tani Melayu masih meneruskan aktiviti tanaman padi darat mereka. Ketandusan satu tradisi berkaitan dengan padi basah di kalangan sebahagian kaum tani dan kerja yang mesti dilakukan telah membuat penanaman padi basah kurang diminati.

Justeru itu di dalam tahun 1888, setahun selepas kadar sewa dinaikkan, jumlah keluasan kawasan yang diusahakan dengan padi darat masih besar. Di Perak, di daerah Kinta sejumlah 1,500 ekar telah dikerjakan. Di Kuala Kangsar pula seluas 3,455 ekar telah diusahakan atau 91.0 peratus daripada kesemua tanah di dalam daerah itu pada tahun tersebut. Memandangkan jumlah kawasan padi darat tidak dapat dikurangkan satu peraturan yang lebih ketat telah dikeluarkan. Pemerintah kolonial telah mengarahkan bahawa bermula dari 1 Januari 1890 kawasan hutan tidak boleh ditebang untuk tujuan ladang kecuali kawasan belukar yang usia pokok-pokoknya tidak lebih dari lima atau enam tahun. Peraturan ini adalah penting kerana masa yang diperlukan bagi mengembalikan bahan nutrien di dalam tanah adalah di antara 10 hingga 15 tahun. Kesan daripada langkah ini juga telah tidak dapat memenuhi jangkaan Inggeris.

Kaum tani Melayu terus mengamalkan budaya padi darat mereka. Pentadbir kolonial, sebagai langkah terakhir, telah mengeluarkan undang-undang yang mengatakan bahawa 'no pass or licence for ladang cultivation would be granted in the state."Peraturan ini telah dikuatkuasakan mulai bulan April 1896. Bagaimana pun peraturan ini tidak dapat mengikis secara keseluruhan satu tradisi yang telah begitu lama diamalkan oleh kaum tani Melayu. Penanaman padi darat secara ladang masih diteruskan di bawah pemerintahan Inggeris tetapi dengan jumlah keluasan yang berkurangan. Di dalam tahun 1920 di Perak dari jumlah kawasan padi seluas 123,709 ekar jumlah padi darat adalah 29.3 peratus atau 36,205 ekar masih lagi di bawah ladang.

Di dalam musim penanaman padi 1920-1921 di empat dari jumlah tujuh daerah padi ladang masih dominan. Daerah-daerah ini adalah Hulu Perak dengan 5,000 ekar padi darat berbanding dengan 4,360 ekar padi basah, Kinta dengan 6,398 ekar ladang berbanding dengan 860 ekar padi basah, Batang Padang dengan 8,415 ekar padi ladang berbanding dengan 1,088 padi basah, dan akhirnya Hilir Perak dengan 9,604 padi darat berbanding dengan 2,232 ekar padi basah. Di dalam musim penanaman padi yang sama jumlah keluasan padi darat bagi negeri Selangor melebihi padi basah masing-masing dengan 11,690 ekar dan 4,790 ekar." Bagaimanapun di Negeri Sembilan di mana telah terdapat satu tradisi pengairan yang lama dalam kalangan orang-orang Minangkabau keluasan padi basah secara sawah adalah berjumlah 29,787 ekar berbanding dengan hanya 479 ekar padi ladang."

3.1 Penanaman Padi Basah Tradisional

Walaupun terdapat tuntutan-tuntutan yang mengatakan dominasi padi darat ke atas penanaman padi basah, beberapa tradisi penanaman padi basah dan corak pengawalan air didapati di awal kurun ke-I6 di Semenanjung Tanah Melayu. Terutamanya adalah dalam kalangan orang-orang Minangkabau yang berhijrah dari Sumatera yang telah menduduki Negeri Sembilan hari ini. Mereka telah membawa bersama teknologi penanaman padi basah dan teknik-teknik pengairan seperti empang-empang kayu dan kincir. Selain daripada itu terdapat pula pengaruh India dan Thai ke atas tradisi penanaman padi basah di dataran Kedah di utara Semenanjung." Di samping kedua-dua sumber penanaman padi basah ini terdapat juga beberapa sistem penanaman padi basah yang telah berkembang secara asli di kawasan Semenanjung. Sistem penanaman paya yang terdapat di Pahang, umpamanya, telah wujud sebagai tindak balas ke atas keadaan berpaya yang terdapat di bahagian timur negeri itu.

Sistem penanaman padi cedongan pula yang terdapat di negeri-negeri pantai timur wujud sebagai tindak balas kepada angin monsun yang bertiup dari Laut China Selatan yang membawa hujan ke pantai timur Semenanjung dalam bulan-bulan Oktober hingga Mac. Sama seperti di pantai timur penanaman padi basah di negeri-negeri Melayu pantai Barat yang merangkumi dari Melaka hingga ke Perlis juga bergantung kepada hujan yang dibawa oleh tiupan angin monsun di bulan Mei hingga Ogos. Mengambil kesempatan kenaikan air melalui banjir di kawasan sungai penanaman padi yang dikenali sebagai cenor telah berkembang dengan menggunakan jenis padi yang tahan di bawah keadaan terendam ia telah diterangkan oleh Van Thean Kee seperti berikut:

“Under this system, the crop is grown in such a way that it is either harvested before the flood or that the crop is strong enough to withstand it. Early sowing is essential and is staggered. The lower reaches are sown first and as the water slowly rises sowing is done progressively upwards. Some sort of brushwood dams are constructed to retain the water both in the early stages and when the water is receding. Thus we have a situation here where the tallest plants are at the lower reaches and the shortest at the top during the flood period.”

Walaupun sistem ini wujud dan diusahakan oleh kaum tani Melayu di Semenanjung tetapi kawasan-kawasan di mana sistem cenor dijalankan tidak pula dijelaskan secara khusus. Tanaman padi tugalan merupakan satu lagi contoh sistem penanaman padi di Semenanjung. Berbeza dengan cara penanaman cenor yang diterangkan di atas, jenis-jenis padi yang digunakan untuk sistem tugalan adalah jenis-jenis yang tahan kemarau. Di bawah sistem ini sumber air untuk tanaman bergantung kepada hujan. Benih-benih ditanam secara tugal sebelum bermula musim hujan dan batas-batas dibuat untuk memerangkap air hujan di dalam petak-petak." Jelas terdapat berbagai corak penanaman padi yang diusahakan oleh kaum tani di Semenanjung sebelum kedatangan kuasa kolonial. Dari segi perkembangan corak penanaman padi yang mempunyai nama-nama tersendiri R.D. Hill mencadangkan bahawa,

“The evolutionary sequence of Malaysian rice cultivation seems to begin with uninigated short­ cycle shifting cultivation of the swamp margins. From this line of evolution forks into shifting cultivation of the uplands on one hand, and on the other, flat land systems involving hoe-using permanent broadcast-seed cultivation, elaborating into permanent hoe-using dibble-seed cultivation, in time developing into plough-using dibbling systems as one sequence. Another branch of the permanent hoe-using broadcasting technique may have evolved towards the use of transplanting in bunded fields, followed later by the introduction of the plough, and by irrigation, some forms of which may have been introduced during the Minangkabau immigration of the fourteenth century.”

Kerangka evolusi dari satu sistem bercabang kepada sistem-sistem yang lain mungkin telah berlaku tetapi setakat ini satu keputusan yang meyakinkan tidak boleh dibuat. Apa yang lebih ketara adalah tiga faktor, antara lain yang telah mempengaruhi kewujudan variasi-variasi di dalam sistem-sistem penanaman padi. Pertama adalah keadaan semula jadi, termasuk corak taburan hujan, topografi dan jenis tanah. Keduanya adalah penyebaran teknik­ teknik penanaman yang dibawa masuk oleh kumpulan-kumpulan manusia yang berhijrah masuk ke Semenanjung dan juga perhubungan orang-orang tempatan dengan masyarakat luar dan akhir sekali, tanaman itu sendiri yang boleh hidup di bawah keadaan alam semula jadi yang berbeza dan penyesuaian kepada cara-cara penanaman yang berbeza. Hal ini telah memberikan gambaran bahawa tradisi pengairan di dalam penanaman padi memang telah wujud awal-awal lagi di negeri-negeri Melayu dan telah tersebar dengan luasnya. Cara yang diterangkan itu mungkin benar di kawasan-kawasan tertentu tetapi tidaklah boleh digunakan sebagai satu generalisasi bagi keseluruhan semenanjung.

3.2 Penanaman Padi Tradisional Minangkabau

Tradisi penanaman padi basah berpengairan yang unggul yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu sejak abad ke-16 adalah sistem sawah orang-orang Minangkabau. Mereka telah menerokai pembukaan sawah di lembah-lembah pendalaman dan kawasan-kawasan dataran di Negeri Sembilan yang terdapat pada hari ini dan sebahagian daripada negeri Melaka. Bagi mendapatkan air untuk tujuan pengairan sawah mereka, teknik-teknik yang digunakan oleh orang-orang Minangkabau adalah menakjubkan. Penanaman padi sawah oleh orang-orang Minangkabau dijalankan dengan mendapatkan bekalan air melalui pembinaan empangan-empangan kayu atau pun kincir, dan tali air. Bagaimanapun di tempat-tempat di mana struktur­ struktur tersebut memang sudah dibina, kerja-kerja hanyalah tertumpu kepada pembersihan dan penambahbaikan.

Bekalan air untuk petak-petak sawah pada kebiasaannya didapati dengan cara membuat empangan-empangan kayu dan bukan kincir. Dibina dengan cara kerjasama oleh petani-petani empangan secara umumnya adalah kecil dan memerlukan tenaga yang banyak untuk penjagaannya. Aturan organisasi sebelum kerja-kerja pembinaan empangan dijalankan oleh sekumpulan petani-petani yang akan melantik seorang 'ketuaan' yang akan bertanggungjawab untuk mengawas segala kerja-kerja dan setelah siap, penjagaannya. Tidak ada upah dibayar untuk kerja-kerja pembinaan empangan tetapi pembayaran dalam bentuk wang atau bukan wang boleh dibuat oleh seseorang kepada ahli-ahli kumpulan jika beliau tidak dapat bersama untuk menjalankan kerja-kerja yang telah ditetapkan untuk beliau. Sakit, misalnya, merupakan satu sebab yang boleh diterima. Ketuaan, seperti juga ahli-ahli dalam kumpulan, tidak mendapat apa-apa bayaran tetapi sebahagian kecil daripada hasil padi akan diberikan kepada beliau setelah tamat menuai mengikut adat Minangkabau.

Pembinaan empangan kayu memerlukan tenaga kerjasama. Peringkat permulaan pembinaan melibatkan memacakkan kayu dan buluh yang telah dibelah di sebelah atas dan bawah di mana empangan itu dicadangkan untuk memperkukuhkan tebing sungai. Ini diikuti pula dengan memacakkan kayu­ kayu besar ke dalam perut sungai dari tebing ke tebing dengan jarak lebih kurang tiga kaki. Di antara jarak-jarak ini pula dipacakkan kayu-kayu yang lebih kecil. Selari dengan barisan pertama ini dibuat pula barisan yang kedua terletak lebih kurang dua kaki ke hulu sungai. Ikatan kayu-kayu kemudiannya diletakkan di antara kedua barisan tadi. Ini diikuti pula dengan menambak tanah tanih dan juga batu-batu sehinggalah paras air dapat dinaikkan dan terus mengalir ke dalam tali air yang menuju ke petak-petak sawah.

Setelah selesai pembinaan empangan yang utama ini satu lagi empangan terpaksa dibina jaraknya lebih kurang sepuluh ela ke hilir sungai. Empangan yang kedua ini adalah lebih kecil daripada yang pertama dan dibina sebagai satu tindakan untuk mengawasi kemungkinan empangan utama tadi runtuh oleh arus sungai yang kuat. Juga empangan yang kedua ini berfungsi sebagai perangkap pasir untuk mengurangkan pemendapan di hilir sungai. Empangan sekunder ini dibina dengan memacakkan satu barisan kayu-kayu yang diperkuatkan dengan buluh. Sebagai tindak balas kepada keadaan fizikal di kawasan-kawasan di mana empangan tidak dapat dibina oleh kerana tebing sungai yang tinggi, sistem kincir digunakan untuk menaikkan air dari sungai ke sawah. Kincir boleh digunakan untuk menaikkan air kepada satu atau kedua-dua belah tebing sungai.

Semasa kerja-kerja pembinaan atau pun penambahbaikan ke atas empangan atau kincir dilakukan, semaian disediakan. Kedua-dua jenis semaian, basah atau kering, biasa dibuat oleh petani. Pawang memainkan peranan utama dalam mengendalikan upacara ke atas petak semaian yang baru. Di peringkat ini, air yang didapati dari sungai melalui sistem pengairan dalam bentuk empangan atau kincir mula masuk mengalir ke dalam sawah. Penyediaan tanah dengan menggunakan cangkul, tajak atau tenggala yang ditarik oleh kerbau dijalankan selepas air dimasukkan selama tiga atau empat minggu. Batas dibina atau diperbaiki untuk menahan air di dalam petak sawah. Setelah sawah dan semaian disediakan, air berlebihan yang terdapat di petak sawah dikeluarkan meninggalkan hanya tanah lumpur dan air yang tinggi seinci. Kerja-kerja mengubah anak-anak padi yang berumur 40 hari biasanya dilakukan oleh orang­ orang perempuan dan juga kanak-kanak. Kerja-kerja selepas menanam atau mengubah hanyalah terhad kepada merumput yang juga biasanya dilakukan oleh orang-orang perempuan. Terpulang kepada jenis-jenis padi yang ditanam kerja-kerja penuaian dijalankan selepas tujuh atau lapan bulan.

3.3 Penanaman Padi Basah di Kelantan

Di kawasan dataran sebelah utara negeri Kelantan pula terdapat satu bentuk penanaman padi basah yang dikenali sebagai cedongan. Tanaman padi di bawah sistem ini bergantung kepada air hujan yang dibawa oleh angin monsun. Pengairan tidak penting kerana dikatakan 'the people show very little natural aptitude in taking water from drains and streams, or in utilizing water to its best advantage when its is brought to the fields.?" Permulaan musim hujan yang dibawa oleh angin monsun memulakan penyediaan tanah menggunakan tenggala. Petak semaian darat biasanya digunakan dan anak-anak padi diubah ke petak-petak yang telah disediakan selepas 40 hari. Selepas lebih kurang sebulan mengubah pembajaan dilakukan. Baja yang digunakan dikenali sebagai baja bakar merupakan campuran tahi lembu, tanah, sabut kelapa atau pinang yang telah dibakar sebelum digunakan. Operasi-operasi selepas mengubah seperti merumput biasanya tidak dijalankan. Tanaman padi ditinggalkan untuk membesar sehinggalah masa untuk menuai."

Selain itu, dataran ini terbentang luas dan mendatar serta mengandungi tanah lanar yang subur. Pengeluaran padi di Kelantan bukan sahaja mencukupi keperluannya, tetapi juga mengeksport beras ke Singapura. Petani juga menternak binatang dan di eksport teruske Thailand dan Singapura. Negeri-negeri lain juga mengeluarkan lebihan keluaran pada abad ke-19 ialah Perak dan Terengganu, walaubagaimanapun pada akhir abad ke-19 pengeluarannya telah merosot di mana di Perak, permintaan melebihi bekalan, sedangkan Terengganu mengadapi kekurangan tanah dan pertambahan pesat penduduk di lembah Terengganu. Sehinggalah pada pertengahan abad ke-19 Selangor mempunyai bekalan beras yang banyak dan tidak perlu mengimportnya.

3.4 Penanaman Padi Basah di Pahang

Sistem penanaman padi basah yang kompleks terdapat di Pahang. Di sini penanaman padi dilakukan di kawasan-kawasan yang berpaya. Pada dasarnya terdapat dua kategori penanaman padi paya. Ini adalah padi paya dan paya sawah. Padi paya adalah lebih biasa dari paya sawah. Untuk mendapatkan sumber air dua, terdapat dua jenis tanah. Pertama ialah kawasan-kawasan yang bergantung kepada hujan sebagai sumber air (paya takung) dan kedua ialah kawasan-kawasan yang menerima air hujan bersama sumber sampingan yang didapati dari sungai (paya anak sungai). Penanaman secara paya sawah pula pada kebiasaannya dijalankan di atas tanah yang rata dan tidak semestinya di bawah keadaan berpaya. Penanaman secara paya sawah 'is equipped with some form of water supply, although it may be insufficient for the whole area cultivated and reliance has to be placed on a portion of the water requirements being supplied by the local rainfall'.

Variasi terhadap cara-cara penanaman boleh didapati di bawah sistem-sistem INI termasuklah paya cedong, paya tabur dan paya simbah. Penanaman secara paya cedong bermula dengan penyediaan semaian di atas tanah yang telah dibersihkan di dalam belukar. Biji benih padi yang telah direndam semalaman ditabur di tapak semaian. Benih padi di petak semaian biasanya dibiarkan membesar selama 44 hingga 60 hari sebelum diubah. Penyediaan tanah termasuklah memotong rumput rampai dan membaiki batas. Selepas itu “a herd of buffaloes (was) driven into the field to trample down all the weeds till they (were) submerged in the mud" Ini dijalankan beberapa kali hinggalah segala rumput-rampai itu reput. Kerja-kerja mengubah kemudian dijalankan dan padi dituai selepas tujuh atau lapan bulan terpulang kepada jenis-jenis padi yang digunakan."

Penanaman padi paya tabur pada asasnya adalah sama dengan paya cedong kecuali di bawah sistem ini biji benih padi ditabur ke kawasan tanaman setelah direndam selama 48 jam. Jenis-jenis padi yang digunakan juga adalah sama seperti paya cedong." Penaburan biji benih yang telah direndam juga dijalankan di dalam penanaman padi paya simbah. Di bawah sistem ini kerja-kerja dimulakan di musim kering di mana hutan atau belukar ditebang, bersih dan dibakar. Apabila musim hujan bermula biji benih ditabur 'on the semi-wet paya and then left entirely to the mercy of the weather till harvest time."Selepas dua atau tiga musim tanaman kawasan itu ditinggalkan dan kawasan baru pula dibuka.

Satu lagi cara penanaman adalah padi tenggala yang di dapati di kawasan tebing sungai di Pahang. Sistem ini yang menyerupai paya simbah dan paya tabur juga dijalankan dengan penaburan biji benih. Perbezaan didapati hanyalah dengan penggunaan tenggala untuk penyediaan tanah setelah belukar ditebang apabila musim hujan bermula. Di bawah sistem ini tanah digunakan untuk empat pusingan tanaman dan kemudiannya ditinggalkan untuk selama empat hingga enam tahun di mana ianya kembali menjadi belukar."

3.5 Penanaman Padi Basah di Terengganu

Di Terengganu empat sistem penanaman padi yang jelas boleh didapati. Sistem-sistem ini adalah cedongan, taburan, tugalan dan huma. Dari keempat­ empat sistem ini hanyalah cedongan sahaja yang boleh dikatakan sebagai penanaman padi basah dan yang lain-lainnya merupakan penanaman padi darat. Padi cedongan yang terdapat di Terengganu adalah serupa dengan yang terdapat di Kelantan. Sumber air pada asasnya didapati daripada hujan walau pun terdapat cara pengairan yang di mana empangan-empangan kecil dibina oleh penanam padi. Pada umumnya petani-petani lebih suka menanam padi darat. Di sesetengah tempat di negeri ini di dapati bahawa “the most elementary principles of cultivation and water control are not understood." Pengawalan air di bawah sistem cedongan ini hanyalah terhad kepada pengeluaran air yang lebih dari petak-petak. Kehadiran empang-empang kecil untuk tujuan pengairan merupakan satu kekecualian daripada apa yang biasa dilakukan.

Selain itu,  tanaman lada hitam juga diusahakan dan dimonopoli oleh orang Cina.  Di Selatan pula, Maharaja Abu Bakar (1862-1895) menjemput petani Cinadari Singapura untuk mengusahakan tanaman lada hitam dan gambir di bawah Sistem Kangcu. Petani-petani ini di berikan ukuran untuk membuka kawasan lembah sungai di pedalaman dan memonopoli tanaman tersebut. Selain itu, Sultan Abu Bakar juga membuka daerah Muar dan menggalakkan kemasukan orang luar terutama dari Jawa, Sumatera dan Thailand. Muar menjadi kawasan pengeluaran utama pinang, kelapa, gambir, lada hitam, ubi kayu dan buah-buahan yang telah diusahakan oleh pendatang dari Indonesia. Hasil pengeluaran ini biasanya terus ke Singapura dengan tongkang yang tiba pada waktu di petempatan kecil persisiran pantai untuk mengambil barangan. Walaupun demikian, tanaman ini diusahakan secara kecil-kecilan dan di sebab ini ianya dimonopolikan oleh orang Cina, maka ia tidak memberikesan ke atas ekonomi orang Melayu.

3.6 Penanaman Padi Basah di Kedah

Sumber air di kawasan-kawasan penanaman padi di Kedah adalah air hujan. Di kawasan dataran pantai ini perparitan menjadi permasalahan dan bukannya pengairan. Kerja-kerja penerokaan yang dijalankan secara komersial ataupun yang diarahkan oleh pihak pemerintah di kawasan yang berpaya untuk tujuan penanaman padi di abad ke-16. Pembinaan parit-parit untuk mengeluarkan air dari paya-paya merupakan peringkat pertama di dalam kerja-kerja penanaman padi. Penanaman padi tidak boleh dijalankan selepas kawasan itu disalirkan. Satu jangka masa  panjang diperlukan untuk mengurangkan kandungan asid di dalam tanah. Pada kebiasaannya tiga tahun diperlukan sebelum penanaman padi basah boleh diusahakan.

Penanaman padi basah biasanya bermula pada bulan April apabila musim hujan bermula. Batas-batas dibina atau pun diperbaiki dan air hujan yang terperangkap di dalam petak-petak ini ditinggalkan untuk beberapa minggu sebelum penyediaan tanah boleh dijalankan. Penyeliaan dijalankan untuk menyediakan tanah supaya anak-anak padi boleh diubah dari petak semaian. Kerja-kerja mengubah biasanya dilakukan setelah anak-anak padi di petak semaian berumur 44 hari. Pembajaan dengan menggunakan tahi kelawar, yang terdapat dengan banyaknya di kawasan ini dan sedikit kerja-kerja merumput merupakan kerja-kerja yang dilakukan selepas mengubah. Terpulang kepada jenis-jenis padi yang digunakan penuaian akan dibuat selepas lima hingga lapan bulan. Air di dalam petak-petak dikeluarkan perlahan-perlahan semasa proses tumbesaran pokok-pokok padi hinggalah musim menuai apabila petak-petak dikeringkan.

3.7 Penanaman Padi Basah di Melaka

Negeri Melaka juga merupakan satu kawasan di mana penanaman padi basah diusahakan. Penerangan yang agak mendalam berkenaan dengan cara penanaman padi basah di negeri ini telah diterangkan oleh Muhammad Jaafar. Karya beliau telah memberikan gambaran tentang amalan-amalan penanaman padi di Melaka di abad ke-19. Dari apa yang dapat difahamkan daripada karya beliau padi basah yang diamalkan di Melaka, tidak termasuk orang-orang Minangkabau yang berada di situ, pada dasarnya adalah bergantung kepada air hujan dan tidak disebut langsung kewujudan sistem-sistem pengairan. Permulaan musim hujan menandakan permulaan musim penanaman padi di negeri tersebut. Menurut beliau:

In starting planting operations, however, the object is if possible tocoincide with the season when the West wind blows, because at that time there are frequent rains and accordingly the earth of the rice-field becomes soft and easy to plough. Moreover, in planting rice it is an invariable rule that there must be water in the field, in order that the rice may sprout properly; though on the other hand if there is too great a depth of water the rice is sure to die.

Walau bagaimanapun keputusan untuk menetapkan hari mula penanaman ditetapkan oleh orang-orang tua kampung yang dinasihati oleh pawang. Sama seperti di Negeri Sembilan pawang mempunyai pengaruh yang besar terhadap penanaman padi di Melaka.

Hari yang telah ditetapkan itu akan diumumkan oleh penghulu semasa sembahyang Jumaat di masjid. Diumumkan juga bahawa setiap orang penanam diperlukan membawa secupak ibu benih ke masjid pada hari yang ditetapkan supaya doa maulud boleh dijalankan. Hanya selepas upacara ini musim penanaman padi dijalankan. Langkah pertama penanaman merupakan penyediaan tapak semaian dan penaburan benih. Ini diikuti pula dengan kerja-kerja untuk memperbaiki batas-batas supaya air di dalam petak-petak tidak keluar. Kerja-kerja pembajakan kemudiannya dilakukan diikuti pula oleh kerja-kerja mengubah anak-anak benih padi. Tanaman padi biasanya dituai selepas enam bulan selepas mengubah. Pawang memainkan peranan pada tiap-tiap peringkat pusingan tanaman. Ini termasuklah upacara tepung tawar semasa penyediaan tapak semaian hinggalah upacara semangat padi semasa musim menuai.

4.0 PENUTUP

Negeri-negeri Melayu Semenanjung merupakan kawasan di mana terdapatnya berbagai corak tanaman padi basah dan padi darat. Bentuk-bentuk penanaman ini merupakan hasil dari faktor-faktor ekologi, penyebaran teknik-teknik penanaman dan ciri versatil yang terdapat pada tanaman padi itu sendiri. Di kalangan tradisi padi basah, khususnya, terdapat corak-corak penanaman yang berbeza. Pengairan tidak meluas dan hanyalah tertumpu kepada sawah orang­ orang Minangkabau yang menunjukkan darjah pengetahuan yang tinggi tentang perkara ini. Sistem penanaman padi basah yang mempamerkan keaslian adalah corak penanaman padi paya yang terdapat di Pahang. Padi paya yang diamalkan oleh kaum tani Melayu Pahang ini merupakan adaptasi ke atas keadaan semula jadi muka bumi dan sumber air.

Ketidakseragaman yang ditunjukkan oleh kaum tani Melayu di dalam corak-corak penanaman padi mempunyai implikasi terhadap penyelidikan yang sedang dan akan dijalankan. Penyelidikan yang rapi harus diadakan untuk memberikan gambaran yang komprehensif tentang sistem-sistem penanaman padi dan kaum tani Melayu.

Bagaimana pun usaha-usaha untuk mengetahui tentang sistem-sistem penanaman padi ini mestilah berupaya mengaitkan tindak tanduk proses pengeluaran padi ini dengan proses-proses masyarakat yang lebih besar. Hanya dengan cara ini penghayatan ke atas kaum tani Melayu dan penanaman padi itu akan menjadi lebih bererti. Oleh itu penanaman padi ini merupakan satu proses kehidupan utama bagi masyarakat untuk mendapatkan sumber makanan asasi mereka. Keadaan ini disokong pula dengan kehidupan masyarakat tradisional yang bermula ditepi-tepi sungai dan menjadikan saliran dan punca air sungai sebagai tunjang penanaman padi ini. Hal ini telah menjadikan penanaman padi ini begitu terancang sehinggakan boleh mengeksport padi ke negara luar. Perubahan dan kemajuan masyarakat serta tahap pemikiran yang hebat telah menjadikan kehidupan masyarakat terutamanya lebih maju dan penghasilan penanaman padi moden.









BIBLIOGRAFI

A. Halim Ali. Sabah dalam Perluasan Pasaran. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia. 2000.

Abdullah Bin Abdul Kadir. Kisah Pelayaran Abdullah. Terj. Kassim Ahmad. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.1960.

Andaya B. W., Andaya L.Y. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: MacMillan Publisher. 1983.

Aziz Deraman.Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia: Suatu Pengenalan Latar Belakang dan Sejarah Ringkas. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia.1994.

Cheng Siok Hwa. Rice Industry of Malaya : A Historian Survey. JMBRAS. Vol. XXXXII, Pt. II. 1969.

D.H. Grist, Wet Padi Planning in Negeri Sembilan, Development of Agriculture FMS, Bulletin no. XXXIII, Kuala Lumpur, 1922.

Ding Eing Tan Soi Hai, “Government Policy and The Rice Industry in Malaya 1920-1940”. Academic Exercise, History Department, Universiti Malaya in Singapore.

H.C. Pratt. Padi Cultivation in Kerian. Department of Agriculture. FMS. Bulletin No. XII. Kuala Lumpur. 1911.

Haron Daud. Sejarah Melayu Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989.

HCOF 2861/1931. Surat H.J. Cockman kepada Pesuruhjaya Tinggi NMB. 20.2. 1932.

Irwin Graham. Borneo Abad Ke Sembilan Belas. Terj. Mohd Nor Ghani dan Noraino Ismail . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1986.

Jawatankuasa Kolokium. Masyarakat Melayu Abad ke-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.1991.

Jawatankuasa Kolurikum. Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Masyarakat Melayu Abad Ke-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.1991.

K.G.Tregonning. A History Of Modern Sabah (Nort Borneo 1881-1963). Kuala Lumpur: University of Malaya.1967.

Lewis Fermor. Report Upon the Mining Industry of Malay. Government Press: Kuala Lumpur, 1939.

A.B. Voules. The Laws of FMS 1877-1920. Vol III. London. 1921, No. 11.1917.
Mohamed Salleh Limary & Hasan Mat Nor. Masyarakat dan Perubahan. UKM: Bangi. 1993.

Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor.2002.

Mohd Redzuan Othman. Jendela Masa: Kumpulan esei sempena Persaraan Dato’ Khoo Kay Kim. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 2001.

Mohd Taib Osman.Masyarakat Melayu Struktur, Organisasi dan Menifestasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989.

Norazit Selat .Negeri Sembilan: Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.1990.

P.L. Burns and C.D, Cowan, 1975. Swettenham’s Journals 1874-1876, reprint, Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Profesor Cheah Boon Kheng. Feudalisme Melayu: Ciri-Ciri dan Pensejarahannya. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 1994.

R.D. Hill, 1977. Rice in Malay: A Study in Historical Geography. Kuala Lumpur :Oxford University Press.
R.D. Hill. Peasant Rice Cultivation Systems with Some Malaysian Examples. Geographia Polontca. Vo1.l9. 1970.

R.G. cant.1973.  An Historical Feography Of Pahang. MBRAS. Monograf No.4. Kuala Lumpur : Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.

Rahmat Bin Saupan. Masyarakat Melayu Abad ke-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1991.

Report of The Rice Cultivation Committee. (2 Vos) Vol. 1. 1931.  FMS. Government Press. 1931.

Robert Ho. Land Ownership and Economic Prospects of Malayan Peasants. Modern AsianStudy. 4. 1. 1970.

Virginia Matheson Hooker. A Short History of Malaysia:Linking East and West. Australia: Allen & Arwin Publisher. 2003.