Saturday, May 28, 2016




LAPORAN PROGRAM SMART PAFA TAHUN 2016
TINGKATAN 1


1. Nama Program          :  Smart PAFA ( Penilaian Asas Fardu Ain) Edisi ke-2
2. Tarikh                        :  5 Febuari 2016
3. Hari                           :  Jumaat
4. Tempat                      :  Surau Al-Falah, Smk Sepagaya.
5. Objektif                     :

5.1  Mengenalpasti murid yang lemah dalam kefahaman amalan PAFA, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkannya dengan betul dan sempurna.

5.2  Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam PAFA, dengan perkataan lain, menentukan kejayaan 100%.

5.3  Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayatinya dalam amalan kehidupan harian.

5.4  Merangsang tanggungjawab guru untuk memastikan murid menguasai dan menghayati PAFA secara berterusan

6. Sasaran           :  Pelajar Tingkatan 1 Smk Sepagaya 2016 ( 300 Orang Pelajar)

7. Butiran Aktiviti : 

         (Rujuk halaman sebelah)

TINGKATAN 1 ( PENCERAMAH USTAZ MUHAMAD NORAKMAL BIN OMAR)

16 JANUARI 2016
AKTIVITI
TINDAKAN
01.00-01.40 petang
Pendaftaran pelajar/ solat zuhur
Urusetia/ Fasilitator
01.40-03.30 petang
SLOT1
Kalimah Syahadah, Rukun Islam, Rukun Iman, Istinjak, Taharah


Ajk Ceramah/ Fasilitator
03.30- 04.00  petang
REHAT/ solat asar
Ajk Jamuan
04.00- 05.30  petang
SLOT 2
LDK 1: KOD 1,2,3,4,5
Ajk Ceramah/ Fasilitator
05.30 petang
Bersurai
Urusetia




8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan

Program ini disertai oleh semua guru pendidikan Islam SMK Sepagaya  dan secara langsung bertindak sebagai penceramah dan fasilitator dalam kalimah syahadah, rukun Islam, rukun Iman, istinjak, taharah dan aktiviti kumpulan. Secara tidak langsung hal ini meningkatkan kefahaman dan keberkesanan program ini. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan ketika dan selepas program, pelajar memberikan respon dalam keadaan semangat dan teruja dengan program ini. Tambahan pula kehadiran pelajar begitu menggalakkan. Namun begitu 260/270 pelajar dapat menguasai slot 1 dengan baik dan cemerlang

8.2 Kelemahan
Program ini mengalami kekangan dari sudut tempat dan ruang. Bilangan pelajar yang terlalu ramai memberikan kesukaran dari sudut kawalan dan kualiti program. Keadaan yang sempit dan tidak selesa sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan dan mood pelajar pelajar.

8.3 Cadangan

Memperkasakan pengisian program ini agar menjadi lebih berkesan dan menarik. Perlu kepada had bilangan pelajar yang kecil dan bersesuaian dengan tempat agar  kawalan pelajar lebih mudah dilakukan serta menjamin keselesaan para pelajar untuk mengikuti program ini dengan lebih baik.


9. Jawatankuasa Induk:

Penasihat :      En.Mohd Khairuddin Bin Abdullah ( Pengetua Cemerlang )

Pengerusi:      En.Suratmin Bin Punut  ( Penolong  Kanan HEM )

N.Pengerusi:  En. Mohammad bin Jalilul ( Penolong Kanan Ko-Kurikulum )
                                     
                       En.Sarifuddin bin Mahmud ( Penolong Kanan Petang )
                                     
                       Pn. Hajah Saedah Binti Abd Wahid  ( Ketua Bidang Kemanusiaan )
      
                       Pn. Sarimah Binti Abdullah (Ketua Panitia Pendidikan Islam )

Pengarah Program :   En. Muhammmad Yazid Bin Mohd Yassin

Setiausaha:  Cik Aisyatul Husna

Bendahari:  En. Muhammad Norakmal Bin Omar  



AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

Tempat                            : Muhamad Norakmal Bin Omar
             
Jurukamera/PA Sistem   : Abdul Rahman Appi

Logistik/ LCD                 : Adnan Bin Mat Zain  

Makanan/Minuman        :  Ahmad Zarin     
                                                                   
Pengurusan Murid           :  Muhammad Yazid Yassin 
   
Pendaftaran                      :  Pn Fatimah Abdul  Mutalib       
   
Pengacara Majlis              ;  Sidek b. Ismail

Ajk Ceramah/ Jemputan   : Suzira

Ajk Fasilitator                   : Pn Sarimah Binti   Abdullah 

Ajk Cenderahati/ Pamplet : Pn. Aisyatulhusna 

10. Penutup :

Program Smart PAFA adalah satu program yang baik dan menjadi landasan dalam membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah amali solat dan wuduk. Hal ini memerlukan kerjasama pihak sekolah dan sokongan ibu bapa agar program ini mendapat perhatian para pelajar akan kebaikkannya dan kepentingannya,


Disediakan Oleh :


…………………………………….
(MUHAMMAD YAZID BIN MOHD YASSIN)
Pengarah Program,
SMART PAFA 2016





11. Bukti bergambar Program Smart PAFA









1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino and Hotel Review 2021 | DrMCD
    Harrah's Cherokee 과천 출장마사지 Casino 김제 출장안마 & Hotel is a fun place for 충주 출장마사지 all kinds of events in 강원도 출장샵 North Carolina. Find the best hotel deals, games, 보령 출장안마 and discounts.

    ReplyDelete