Wednesday, August 10, 2011

FENOMENA KUFUR MENURUT AL-QURAN


Al-Quran memuatkan gambaran yang sangat jelas tentang kufur. Berdasarkan maklumat daripada al-Quran ,dimana jelas sekali peristiwa kufur ini telah berlaku kepada umat manusia  terdahulu sepertimana berlaku kepada umat Nabi Nuh A.S yang ditenggelamkan (dengan taufan dan banjir besar). Firman Allah s.w.t:

(Surah Hud ayat 40)

Mafhumnya: (Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.


 DEFINISI KUFUR

Kufur pada bahasa bererti “menutupi”atau “mengingkariManakala menurut ‘Ulama Usuluddin kufur boleh diertikan sebagai “tutup” ini kerana hati orang kafir tertutup atau terkunci mati daripada mendapat hidayah Allah.
Dari segi istilah, kufur menurut Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah pendustaan kepada Rasulullah s.a.w dan ajaran yang dibawanya.Sementara itu, menurut kaum Khawarij kufur ialah orang yang meninggalkan ajaran dan hukum-hukum Allah. Menurut syarak tidak mempercayai Allah, malaikat, kitab-kitabnya, para rasulnya, hari akhirat, hukum-hukum Allah atau sebarang ketetapan agama yang secara daruri diketahui oleh orang Islam.


 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG KUFUR
1
ٱلَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهۡدَ ٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ مِيثَـٰقِهِۦ وَيَقۡطَعُونَ مَآ أَمَرَ ٱللَّهُ بِهِۦۤ أَن يُوصَلَ وَيُفۡسِدُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (٢٧) كَيۡفَ تَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ وَڪُنتُمۡ أَمۡوَٲتً۬ا فَأَحۡيَـٰڪُمۡ‌ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡ ثُمَّ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ (٢٨)
(Surah al-Baqarah ayat 27 dan 28)

Mafhumnya:(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguh dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. (27) Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). (28)



2.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ ءَامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَٱلۡكِتَـٰبِ ٱلَّذِى نَزَّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَٱلۡڪِتَـٰبِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ مِن قَبۡلُ‌ۚ وَمَن يَكۡفُرۡ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰٓٮِٕكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَـٰلاَۢ بَعِيدًا (١٣٦) إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ثُمَّ كَفَرُواْ ثُمَّ ءَامَنُواْ ثُمَّ كَفَرُواْ ثُمَّ ٱزۡدَادُواْ كُفۡرً۬ا لَّمۡ يَكُنِ ٱللَّهُ
لِيَغۡفِرَ لَهُمۡ وَلَا لِيَہۡدِيَہُمۡ سَبِيلاَۢ (١٣٧)

Surah an-Nisa’ ayat 136 dan 137)

Mafhumnya:Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (136) Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka dan tidak akan memberi petunjuk hidayat kepada mereka ke jalan yang benar. (137)

3

وَبِكُفۡرِهِمۡ وَقَوۡلِهِمۡ عَلَىٰ مَرۡيَمَ بُہۡتَـٰنًا عَظِيمً۬ا (١٥٦) وَقَوۡلِهِمۡ إِنَّا قَتَلۡنَا ٱلۡمَسِيحَ عِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ رَسُولَ ٱللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَـٰكِن شُبِّهَ لَهُمۡ‌ۚ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ لَفِى شَكٍّ۬ مِّنۡهُ‌ۚ مَا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٍ إِلَّا ٱتِّبَاعَ ٱلظَّنِّ‌ۚ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينَۢا (١٥٧)

(Surah-Nisa’ ayat 156 dan 157 )

Mafhumnya:Demikian juga (Kami laknatkan mereka) dengan sebab kekufuran mereka dan tuduhan mereka terhadap Mariam (dengan tuduhan) yang amat besar dustanya. (156) Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Mariam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang iaitu salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa) dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. (157


BAGAIMANA MENGIMANI AYAT-AYAT AL-QURAN BERKAITAN   KEKUFURAN


Sebagai mukmin yang beriman kita hendaklah yakin dengan perkara dan peristiwa yang di bicarakan di dalam al-Quran kerana ia merupakan salah satu kepada cabang rukun iman iaitu beriman kepada kitab-kitab Allah (al-Quran).Selain itu, kita harus mengambil iktibar diatas peristiwa yang telah berlaku keatas umat terdahulu contohnya tentang kekufuran. Dari itu, segala intipati daripada ayat al-Quran dapat di praktikkan dalam kehidupan seharian serta menjadi peringatan kepada masyarakat zaman sekarang agar lebih berwaspada dalam menjalani ranjau kehidupan yang berliku.


KESAN MENGIMANI AYAT-AYAT AL-QURAN BERKAITAN KEKUFURAN

Beriman kepada kitab-kitab adalah salah satu cabang kepada rukun iman. Justeru itu dalam kita mengimani ayat-ayat Allah berkaitan kekufuran, secara tidak langsung dapat menghindarkan diri kita daripada terjerumus dalam golongan kufur yang dibenci oleh Allah ini. Malahan ini menjadi nilai tambah yang sangat berharga kepada keimanan kita dalam mentarbiyah dan muhasabah diri agar menjadi mukmin yang bertaqwa, beriman dan mendapat tempat yang mulia disisi Allah s.w.t.

   BAHAGIAN-BAHAGIAN KUFUR
Menurut As-Syeikh Muhammad Jameel Zino dalam Kitab Minhaj al-Firqah an-Najiyah bahawa kufur terbahagi kepada dua bahagian. Pertama adalah kufur besar. Kufur besar adalah kekufuran yang mengeluarkan seseorang dari agama Islam. Ia merupakan kufur ‘Itiqad. Orang yang beriktiqadkan kufur besar adalah kekal dalam neraka.
Manakala yang kedua adalah kufur kecil iaitu merupakan sebahagian dari jenis dosa besar yang disebutkan didalam al-Quran dan hadis dengan lafaz kufur bertujuan untuk member larangan yang amat berat serta menakutkan pelakunya. Akan tetapi ia tidak mengeluarkannya dari agama Islam.

BAHAGIAN KUFUR BESAR(AL-AKBAR)


1.Kufur al-Inkar

“Kufur al-inkar” adalah kekafiran dalam erti pengingkaran terhadap Allah sebagai pencipta, pemelihara, dan pengatur alam ini, megingkari para rasul-Nya, dan seluruh ajaran yang mereka bawa.Hasil daripada keingkaran terhadap suruhan Allah,maka mereka dikategorikan sebagai penganut ateisme, materialisme, dan naturalisme yang hanya mempercayai hal-hal yang bersifat material dan alamiah.  Menurut mereka, kehidupan ini hanya berlangsung secara alamiah, murni tanpa kendali dari luar. Firman Allah s.w.t:

وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ وَمَا لَهُمْ بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ
(Surah al-Jatsiyah ayat 24)

"Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati, hidup, dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa". Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja."


2.Kufur al-Juhud

Kufur al-juhud adalah mengakui dengan hati (kebenaran yang dibawa oleh Rasululah) tetapi mengingkarinya dengan lidah.  Menurut Thabataba'i,  kufur al-juhud bererti pengingkaran terhadap ajara-ajaran Allah dalam keadaan tahu bahawa apa yang diingkari itu adalah kebenaran. Fir'aun dan kelompoknya adalah contoh  orang kafir jenis ini, sebagaimana diterangkan dalam al-Quran.Firman Allah:

فَلَمَّا جَاءَتْهُمْ ءَايَاتُنَا مُبْصِرَةً قَالُوا هَذَا سِحْرٌ مُبِينٌ(13)وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنْفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ(14)
(An-Naml ayat 13-14)

Mafhumnya:“Maka tatkala mu`jizat-mu`jizat Kami yang jelas itu sampai kepada mereka, berkatalah mereka: "Ini adalah sihir yang nyata". Dan, mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka), padahal hati mereka meyakini (kebenaran)-nya. Maka, perhatikanlah betapa kesudahan orang-orang yang berbuat kebinasaan.”

3. Kufur  an-Nifaq

Kufur al-nifaq bererti menzahirkan Islam dengan sebutan lidah, tetapi hati dan amalannya berlawanan dengan apa yang disebutkan(pengingkaran dengan hati).Firman Allah S.W.T:

(Surah al-Ma'idah ayat 41)

Mafhumnya: “Hai Rasul, janganlah kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, iaitu di antara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: "Kami telah beriman", padahal hati mereka belum beriman.”

.
Kufur Nifaq ini terbahagi kepada dua jenis iaitu pertama adalah Nifaq I’tiqadi iaitu munafik i’tiqad dan tempatnya di neraka paling bawah.Kufur jenis ialah mendustakan apa yang datang dari Allah,mendustakan sebahagian daripada apa yang datang dari Allah , mendustakan Rasulullah atau apa yang datang darinya,mendustakan sebahagian daripada apa yang datang dari Rasulullah serta benci terhadap kejayaan dan kemenangan Islam,dan terakhir sekali adalah gembira dengan kemunduran Islam.

.       Keduanya adalah Nifaq Amali, iaitu munafik amalan.Nifaq jenis ini tidaklah sampai mengeluarkan seseorang daripada agama Islam dan nifaq ini iaitu jika bercakap ia berbohong,jika berjanji ia mungkir,jika diberi amanah ia mengkhianati,jika ia berkelahi ia berdendam dan jika bersumpah ia menipu

4.Kufur asy-Syirk

Syirik bererti mempersekutukan Allah dengan menjadikan sesuatu selain dari-Nya sebagai sembahan, objek pemujaan, dan atau tempat menggantungkan harapan dan dambaan. Syirik digolongkan  sebagai kekafiran kerana perbuatan itu mengingkari keesaan Allah.

Para ulama membagi jenis syirik kepada dua bahagian iaitu syirik besar dan syirik kecil.Pertamanya adalah syirik besar (syirk jaliy) iaitu mempersekutukan Allah secara terang-terangan.Contohnya ialah seperti menyembah patung dan berhala.Akibatnya rosak akidah,berdosa besar dan mendapat azab di akhirat.

Keduanya adalah syirik kecil (syirk khafiy) iaitu tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat.Ia tidak menyebabkan seseorang itu dihukum sebagai kafir atau musyrik,tetapi dosa syirik kecil adalah lebih besar dari dosa-dosa besar lain seperti zina ,minum arak dan lain-lain lagi.Contohnya ialah tidak ikhlas,riak dan takabbur(menunjuk-nunjuk dalam ibadat) dengan mengkhususkan sebahagian amalan untuk Allah dan sebahagian lagi untuk kepentingan lain. Akibatnya orang seperti ini akan dibenci masyarakat dan hilang kawan.


5.Kufur  al-Irtidad

Istilah “irtidad” atau “riddat” berakar dari kata “radd”.Menurut ar-Raghib,  “riddat” khusus digunakan bagi orang-orang yang  kembali kepada kekafiran sesudah beriman.Fenomena riddat banyak sekali berlaku  dalam masyarakat sekarang, khususnya masyarakat moden yang berlatar belakangkan perkahwinan campuran antara agama.Misalnya sanggup tukar agama(Islam) kepada agama lain kerana berkahwin dengan orang bukan Islam.

6.0 Kufur bohong(at-Takzib)

Kufur ini bermaksud pembohongan terhadap keseluruhan al-Quran dan hadis atau sebahagian dari apa yang telah diterangkan dengan amat nyata didalam al-Quran dan hadis.Dalilnya adalah firman Allah s.w.t dalam surahal-Ankabut ayat 68.Mafhumnya, “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah atau mendustakan yang hak setelah yang hak itu disampaikan kepadanya.Bukankah dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggsl bagi orang-orang kafir?”.


7.0 Kufur Enggan(al-Iba’) dan takabbur(al-Istikbar)

Kufur ini bererti menolak yang hak dengan sebab benci dan bongkak terhadapnya padahal ia mengaku akan kebenaran hak itu dan tidak mengingkarinya.ini adalah seperti kufur Iblis sepertimana yang dikisahkan dalam surah al-Baqarah ayat 34.Mafhumnya “Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam,maka sujudlah mereka kecuali Iblis,ia enggan dan takabbur dan adalah termasuk dalam golongan kafir”.


BAHAGIAN KUFUR KECIL(AL-ASGHAR)

1.Kufur an-Ni'mat

Kufur an-ni'mat adalah mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia,tidak bersyukur atas segala nikmat Allah,serta menggunakan nikmat bukan  untuk tujuan yang sepatutnya(memperoleh keredhaan Allah).Contohnya ialah menggunakan nikmat untuk melakukan  maksiat,enggan mengeluarkan zakat dan boros berbelanja.Firman Allah s.w.t;


وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنْبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَنْ لَمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَسَّهُ كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ(12)

(Surah Yunus ayat 12)

Mafhumnya: “Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia (kembali) melalui jalannya yang sesat, seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan".

2.Kufur Amali

Kufur ini bermaksud iaitu segala amalan maksiat yang disebutkan lafaz kufur terhadapnya tetapi sebenarnya keimanannya adalah tetap wujud disisinya.Contoh kufur amali adalah seperti hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud “Memaki seseorang muslim lain itu  adalah fasiq dan membunuhnya adalah kufur”.

 

 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KUFUR

Antara faktor-faktor utama yang menyebabkan kufur ialah,pertama pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang itu tidak dapat membezakan antara perbuatan yang mendapat dosa atau pahala.Keduanya ialah terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan.Manakala yang terakhirnya adalah disebabkan oleh kesempitan hidup yang menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

KAITAN KUFUR DENGAN MASYARAKAT SEKARANG


VALENTINE DAY

Pandangan Islam terhadap Perayaan Valentine Day

‘Berkasih-sayang’ versi ‘Valentine’an ini, haruslah diketahui terlebih dahulu hukumnya, lalu diputuskan apakah akan dilaksanakan atau ditinggalkan. Dengan melihat dan memahami asal-usul serta fakta pelaksanaan Valentine’s Day, sebenarnya perayaan ini tidak ada sangkut pautnya sedikitpun dengan corak hidup seorang Muslim.

Tradisi tanpa dasar ini lahir dan berkembang dari segolongan manusia (kaum/bangsa) yang hidup dengan corak yang sangat jauh berbeza dengan corak hidup berdasarkan syariat Islam yang agung. Jika kita fahami nas-nas syara’ dengan lebih mendalam, akan kita dapati aturan yang tegas terhadap masalah ini, antara lain
Firman Allah SWT:“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban (Surah Al Isra’ : 36)”

         Disini sangat jelas Valentine day adalah budaya orang kafir, yang nyata-nyata kita dilarang untuk mengambilnya, dalam hal ini kita dilarang menyerupai budaya yang lahir dari peradaban kaum kafir, yang jelas-jelas bertentangan dengan akidah Islam,Maka itu wahai saudaraku-saudaraku renungkanlah, Allah swt berfirman dalam surah al Baqarah ayat 120 yang bermaksud“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”

 BLACK METAL

Black Metal " adalah suatu kumpulan manusia yang sesat, tiada percayakan apa-apa pun agama, tiada percayakan Tuhan. Mereka menyebarkan pengaruh melalui Aliran Mozek yang disesuaikan dengan minat golongan remaja berasal dari Yunani, yang dipelopori oleh seorang lelaki Yahudi bernama Yurinamus.

Aliran ini bencikan agama, termasuklah apa-apa agama. Mereka menghina agama-agama, memijak bible, mengencingkan, meludah, mengoyak dan membakar Al-Quran, mereka dari golongan pengamal-pengamal sihir, minum arak, seks bebas, suatu upacara atau pesta seks bebas antara manusia dengan manusia dan antara manusia dengan binatang.

Antara lain amalan kumpulan ini ialah mengadakan upacara pemujaan, iaitu memuja kambing hitam, meminum darah kambing hitam, memuja syaitan dan mentera-mentera yang berlainan. Kesan dari itu, akhlak menjadi rosak, tiada pegangan aqidah yang kukuh, akhirnya menjadi sejahat-jahat manusia, sehingga sanggup memijak Al-Quran, melawan ibu bapa, menghina agama dan lain-lain lagi.

Bagaimanakah kita sebagai ibu bapa dan salah seorang anggota masyarakat dapat membantu remaja daripada terbabit atau terjebak dengan kumpulan yang tidak bermoral ini? Di antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah:

Pertamanya ialah tingkatkan daya ketahanan iman remaja .Imam Al-Ghazali membahagikan maksiat kepada dua bahagian iaitu maksiat zahir dan batin. Suasana persekitaran boleh mempengaruhi rangsangan nafsu dan akal untuk menghasilkan tingkah laku remaja. Pembabitan remaja dalam kegiatan berfaedah seperti kem ibadah, kursus kecemerlangan diri, dan lain-lain mampu membantu remaja membina personaliti unggul.
Keduanya ialah memberi panduan memilih kawan.


Menurut kata Imam Ghazali, berkawan dengan orang yang sangat mementingkan perkara keduniaan semata-mata, adalah seperti minum racun yang membinasakan. Ini kerana tabiat manusia itu sentiasa terpengaruh untuk meniru-niru tabiat rakannya tanpa disedari oleh orang lain, sebaliknya, jika kita bergaul atau berkawan dengan orang zahid atau mementingkan keakhiratan, ia akan menarik hati kita kepada cintakan kezahidan, mensyukuri nikmat Allah dan lebih menyayangi diri sendiri, yang mampu menjadi benteng menapis perbuatan maksiat.

Ketiganya ialah mendidik anak supaya dapat membezakan di antara rakan sebaya yang baik atau tidak baik.Abu Sulaiman Ad-Dardani berkata, jangan sekali-kali engkau bersahabat dengan salah seorang daripada dua yang berikut iaitu orang yang engkau senang dengannya dalam menguruskan hal ehwal keduniaanmu dan orang yang tidak dapat memberi faedah dan manfaat dalam hal ehwal keakhiratanmu.

Keempatnya adalah sentiasa memantau siapa rakan sebaya anak.Ibu bapa wajar memantau siapa rakan anak-anak mereka di sekolah atau dalam kawasan perumahan tempat mereka tinggal, yang sering didampingi oleh anak mereka dari semasa ke semasa. Mereka perlu memerhatikan tingkah laku anak-anak meeka secara bijaksana untuk mengesan sebarang perubahan tidak sihat. Mereka mesti cepat bertindak jika mendapati anak remaja mereka terbabit dengan ajaran atau kumpulan tidak sihat.

Selain itu, ibu bapa perlu berusaha memperkukuhkan ikatan kasih sayang dan kekeluargaan bagi memenangi hati anak remaja. Melalui cara ini, kita dapat memastikan anak kita tidak tersilap memilih rakan sebaya atau kumpulan yang diceburinya. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Imran ayat 85 yang bermaksud :" Dan barang siapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat(kelak) dari orang-orang yang rugi."

Kekufuran ini jelas sekali memberi kesan yang buruk dan bahaya kepada kehidupan manusia samaada di dunia dan di akhirat.Bagi kehidupan di dunia,kekufuran akan memberi ancaman kepada individu dan masyarakat.Antara kesan kekufuran kepada individu adalah ia akan merasakan hidupnya kosong dan tidak bermakna.Secara tidak langsung akan menimbulkan kecelaruan psikologi yang menyebabkan tekanan perasaan. Hal ini menyebabkan individu tersebut berpotensi untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan akidah  dan membawa kepada kekufuran.
Manakala kepada masyarakat pula,kekufuran akan membawa kepada perbalahan,perpecahan dan kerosakan kepada masyarakat.Contohnya seperti kufur Akbar,Iaitu kufur Iktiqad yang mana wujudnya nabi palsu yang mampu menggugat akidah dan keimanan seseorang sekaligus membawa kepada perpecahan dalam masyarakat.

  KESIMPULAN

Secara konklusinya, iman merupakan medium terpenting  dalam memainkan peranan bagi mencegah individu daripada terlibat dengan gejala kekufuran . Kepentingan iman ini jelas sekali sepertimana dalam  firman Allah iaitu surah An-Nisa ayat 136 yang bermaksud “Wahai orang yang beriman,tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya dan kepada kitab yang Allah turunkan sebelumnya.Barangsiapa yang kufur kepada Allah,malaikat,kitab, Rasul dan hari kiamat maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya”.

  CADANGAN
Justeru itu, saya mencadangkan kepada para pendidik(guru-guru) terutama yang mengajar subjek pendidikan Islam agar lebih kreatif mempelbagaikan kaedah pengajaran berkaitan matapelajaran pendidikan Islam.Guru-guru tidak seharusnya menumpukan kepada pengajaran di dalam kelas sahaja sebaliknya perlu kepada aktiviti diluar kelas dan mengaitkan suasana dan keadaan sekeliling yang sedang berlaku.Penekanan dan tumpuan yang lebih harus diberikan kepada matapelajaran pendidikan Islam terutama bab kekufuran ini.Hal ini harus dipandang serius kepada para pendidik agar dapat menghasilkan para pelajar yang benar-benar bersedia menghadapi dunia masa kini dengan bekalan iman dan takwa.













BIBLIOGRAFI

Ismail bin Omar.(1990) Manhaj Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Shah Alam, Access Infotech(M) Sdn,Bhd .
Surah al-Baqarah dan an-Nur, Al-Quran Explore (Sumber Internet), 04.30p.m. 13/8/2009.
Dr. H.Harifuddin Cawidu,Bahagian Kufur,www.pusatstudi al-Quran, 03.00p.m,14/08/2009/
Majlis Fathul Hidayah,Valentine Day,www.hidayatullah.com,09.00 a.m,14/08/2009.
Ancaman Black Metal,www.jais.com.my,09.30 a.m,14/07/2009.
Abdul Majid Aziz Az-Zindani,(2004),cet.1,Kitab Tauhid Di Perakui oleh Fakta Sains,Kuala Lumpur,Pustaka Salam Sdn.Bhd.
Syeikh Muhammad Zamil Zainu,Manhaj al-Firqah an-Najiyah wal-Thoifah






.































No comments:

Post a Comment