Thursday, August 11, 2011

Islam di Andalus



Kecemerlangan Tamadun Islam menguasai dunia telah lama terbukti dengan penyebaran Islam dan penguasaan yang dilakukan samada di Timur mahupun di Barat. Penguasaan Islam terhadap semenanjung Iiberia, Asbania atau lebih khusus Andalusia, telah menunjukkan bahawa Islam telah tersebar ke blok Eropah. Andalusia mewakili masyarakat barat di atas kedudukannya yang bersambung dengan tanah besar Eropah dan ia dikuasai oleh Kristian sebelum kedatangan Islam ke tempat tersebut. Kecemerlangan Andalusia di bawah pemerintahan Islam berlangsung hampir 8 abad, suatu jarak yang seharusnya menjadi tauladan buat masyarakat dunia.

Bermula dari kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad menguasai Andalusia pada tahun 711M sehingga kerajaan Nasriyyah atau Bani Ahmar mengakhiri pada tahun 1492M, merupakan zaman yang cukup membuktikan betapa kemunculan Tamadun Barat ada kaitannya dengan kecemerlangan Tamadun Islam yang telah terbina di Andalusia. Sehingga kini, Andalusia menjadi tempat bersejarah dan ramai pengkaji dari pelbagai negara datang melakukan kajian kesan peninggalan Islam di sana. Pengalaman penulis ketika berada disana suatu ketika dahulu memperlihatkan betapa sejarah itu cuba digarap kembali oleh masyarakat seluruh dunia, bukan sahaja dari kalangan Islam tetapi ia turut menarik perhatian masyarakat bukan Islam.

Keunikan kedudukannya, ditambah dengan kepelbagaian bangsa dan agama ketika pemerintahan Islam dan kecemerlangan ilmu yang berlaku Andalusia telah menyebabkan rantau itu menjadi begitu penting dalam menggali sejarah untuk melihat sumbangannya dalam ketamadunan moden. Manakan tidak, kebanyakkan ilmu-ilmu moden seperti matematik, fizik, astronomi dan lain-lain pernah berkembang dengan pesat di Andalusia tanpa mengira latar agama. Kejayaan Islam membina ketamadunan di Barat melalui Andalusia sesungguhnya sesuatu yang sangat unik. Andalusia dapat dikuasai sepenuhnya oleh Islam pada zaman Khalifah Umayyah al-Walid bin Abdul Malik yang memerintah pada tahun 86-96H / 705-715M

 1.1 Latarbelakang
Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam lagi mengenai perkaitan perkembangan factor kecemerlangan ilmu dan pendidikan islam di Andalus, kita juga seharusnya mengenali dan melihat serba sedikit latar belakang Andalus itu sendiri. Andalus ini merupakan sebuah Negara yang terletak dalam benua Eropah yang dikenali kini sebagai Sepanyol dan Portugal. Andalus merupakan Andalusia adalah dikenali sebagai Taryessus pada zaman purba dan kemungkinan dalam bible tempat bernama Tarshih adalah Andalus. Tempat ini walaubagaimanapun telah dijajah oleh Phoenician yang telah menemui Cadiz pada 9 SM dan kemudian ditakluki ole Greek pada abad ke 3 SM. Dibawah pemerintahan Rumawi antara 210 hingga 206 SM, Andalus mula mengembangkan tamadunnya. Ia menjadi tempat kelahiran kerajaan Trajan dan Theodosius I.
  Namun pada abad kelima masihi, tempat ii didiami oleh bangsa Vandal dari German yang menyerang Andalus dan kemudian diperintah oleh Visigoth. Manakala pada abad ke kelapan Masihi Andalus ditakluki oleh Islam sehingga abad kesebelas Masihi. Kemudiannya Andalus dikuasai oleh pelbagai kerajaan yang kecil. Akhirnya pada abad ke 15 Masihi semua kerajaan-kerajaan kecil di Andalus disatukan di bawah kekuasaan kerajaan Kristian Castile.[1] Andalus ini terbahagi kepada 15 bahagian wilayah utama dan dua daripadanya pulau iaitu Belearic dan Canary. Andalus juga mengalami perbezaan dua musim yang ketara. Di kawasan-kawasan pantai yang tinggi(plateu) mempunyai berbagai-bagai keadaan cuaca dan hujan yang sedikit. Dikawasan barat pula cuacanya tidak panas dan selalu hujan. Sementar dibahagian timur dan timur daya merupakan kawasan pantai yang mempunyai keadaan cuaca iklim Mediterranean.
Andalus juga mempunyai keunikannya yang tersendiri terutama dari segi asal perkataan nama andalus itu sendiri. Terdapat beberapa perbezaan pendapat mengenai asal-usul nama Andalus. Sesetengah penulis contohnya Ibn Sai’d menulis, perkataan Andalus telah diberi oleh Ibn Tubal ibn Yafit Ibn Nuh yang menetap di situ. Ibn Ghalib dan beberapa penulis lain menulis, Andalus diberi oleh Ibn Yafit. Ibn Hayyan, Ibn Khaldun dan beberapa yang lain menyatakan Andalus berasal dari perkataan Andalosh iaitu bangsa Barbar yang tinggal di situ.
 1.2 Definisi     
Istilah pendidikan Islam merupakan rangkai kata yang membawa makna yang sangat luas. Dalam konsep ini tersirat konsep falsafah, dan matlamatnya. Jika kital ihat definisi yang diberikan oleh bebeapa orang tokoh yang berkaitan dengan ilmu ini, kita dapati maksud pendidikan itu ialah perubahan tingkah laku. Apabila disebut pendidikan islam ia menjadi lebih khusus dan bermaksud pendidikan yang berteraskan syariat Islamyang berpandukan al-Quran dan Sunnah, dan perubahan yang dikehendaki pula ialah perubahan rihani, akhlak dan tingkah laku seperti yang dianjurkan oleh Islam. Hal ini yang memainkan peranan yang penting dalam konteks perkembangan pendidikan Islam di andalus.
               Seperti yang kita ketahui, Andalus pernah menjadi sebuah  negara Islam yang masyur dengan kemajuan ilmu pengetahuan danc melahirkan ramai cendekiawan Islam yang terkenal. Andalus adalah Negara eropah yang pertama bertamdun dalam bidang ilmu pengetahuan dan juga social, sedangkan Negara lain di eropah pada masa itu masih di dalam era kegelapan.andalus telah member sumbangan yang sangat besar terhadap kemajuan dan tamadun eropah. Melalui kedatangan Islam di andalus pada tahun 97H/710M ini telah mengubah corak dan pola kehidupan masyarakat penduduknya dari sgi budaya, politik, ekonomi, pendidikan dan social. Matlamat pendidikan islam di sini ialah untuk menyambung usaha dan gerakan dakwah Rasulullah s.a.w bagi mendalami pelbagai ilmu pengetahuan seperti yang di tekankan oleh agama.
            Dengan keizinan dari Allah, hasil daripada usaha dan perjuangan pengembang islam pada masa itu telah dapat mengubah cara hidup penduduk Andalus dan Berjaya meletakkan satu budaya baru Islam serta satu tradisi ilmu yang begitu konkrit. Oleh itu, tradisi yang berlaku di andalus telah menjadi asas kepada perkembangan ilmu di eropah yang pada ketika itu masih di dalam zaman kegelapan. Justeru itu juga, matlamat akhir ialah melahirkan umat Islam yang berilmu dan beramal dengan ilmunya.
            Jika ditinjau dari segi pendidikan Islam di Andalus ini, terdapat banyak sebab dan alasan yang memperlihatkan kecemerlangan pendidikan islam di sana. Hal ini bukan sahaja disebabkan kehandalan tokoh-tokoh agama yang memperjuangkan pendidikan tetapi disebabkan juga kemurniaan tujuan dan matlaamt pendidikan yang membawa masyrakat untuk berfikir dan memahami konsep pendidikan sebenar terutama dalam pendidikan Islam. Pendidikan boleh didefinisikan sebagai usaha menyemai ilmu, melatih akal, emosi, rohani dan jasmani serta menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia supaya anak didik dapat menjalani kehidupannya dengan sempurna dan dapat beramal untuk kebahagiaannya di akhirat. Mereka ini jjuga akhirnya dapat memindahkan nilai yang baik kepada generasi yang akan datang. Atau dalam erti kata lain, menyiapkan inidibviduagar daapt member sumbangan yang berkesan dalam kehidupan sosial atau masyarakat.

 1.3 Limitasi
Di dalam perbincangan ini, hal yang akan di bincangkan secara keseluruhannya adalah berkaitan factor kecemerlangan ilmu dan pendidikan islam di Andalus. Mulai tahun 711M sehingga akhir tahun 1492M menyaksikan beberapa perubahan dan perkembangan pendidikan islam melalui perjuangan dan iktikad tokoh-tokoh agama yang memainkan peranan yang penting. Antara bahagian-bahagian pendidikan islam yang diperjuangkan dan diperkembangkan dengan pesat ialah Ilmu Qira’at, iaitu suatu ilmu yang membahaskan cara membaca lafaz-lafaz al-Quran dengan baik dan benar. Abu Amr al-Dani ibn Said adalah ulama ahli Qira’at kenamaan dari Andalus yang mewakili generasinya. Ia telah menulis 120 buah buku, diantaranya ialah al-Muqni’u wa al-Taisir.
  Dari segi kecemerlangan ilmu menyaksikan bahawa terbinanya beberapa ilmu-ilmu baru dengan sebab kedatangan islam. Antaranya ialah ilmu yang berkaitan dengan falsafah, astronomi, matematik, kimia, perubatan, geografi, eta atau kartografi dan lain-lain. Dari segi ini kita dapat melihat, menerusi aktiviti keilmuan yang bersemarak di Andalus telah menjadi jambatan pengaliran ilmu pengetahuan dan system pendidikan ke seluruh Eropah. Golongan bangsawan daripada kalangan putera-putera raja seperti Putera Phillips, William dan lain-lain daripada Negara Eropah yang belajar di university-universiti seperti Cordova, Seville, Toledo dan beberapa buah university lain di Andalus telah menggunakan model university-universiti ini di Eropah. Hasil karya ilmuan Islam juga turut diajar di seluruh university-universiti Eropah. Sebagai contoh, kitab al-Qanun fi al-Tibb karangan Ibn Sina telah diguna pakai di university-universiti Eropah selama lebih kurang dua abad.
          Oleh itu disebabkan keadaan ini berlaku, maka perubahan dari ilmu kejumudan telah bertukar kepada bidang ilmu pengetahuan selepas datangnya islam. Melalui perkembangan dan lahirnya ilmu-ilmu yang disebutkan tadi telah menjadikan pendidikan Islam di Andalus telah berkembang dengan jayanya. Tidak hairan jika terdapat penulis Barat yang menyebutkan, sekiranya bukan kerana Islam yang telah datang datang ke Eropah nescahaya Tamadun Barat akan terkebelakang lebih dari satu abad[2].

2.0 FAKTOR-FAKTOR KECEMERLANGAN ILMUAN DAN PENDIDIKAN ISLAM
Kewujudan Kerajaan Islam di Andalusia jelas sekali menjadi titik tolak kecemerlangan dalam bidang ilmuan dan pengajian Islam di Eropah dan merupakan satu anjakan kepada permulaan kebangkitan masyarakat Eropah yang berada dalam kegelapan pada masa tersebut. Idea untuk membuka Andalusia bermula sejak awal lagi iaitu pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin iaitu semasa ditadbir oleh Khalifah Uthman bin Affan. Bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu serta diselebungi dengan masalah dalaman pada ketika itu, telah membantutkan hasrat tersebut.
Namun akhirnya, berkat usaha yang bersungguh-sungguh daripada pemerintah-pemerintah kerajaan Islam berikutnya telah membuahkan hasil apabila tentera Islam menang di Wadi Lakkah dan seterusnya Andalusia berjaya dikuasai oleh pihak Islam dan Cordova dijadikan pusat pemerintahan kerajaan Islam di Eropah. Seterusnya Andalusia menjadi nadi keilmuan dan pusat pengajian Islam yang unggul dan secara tidak langsung membawa cahaya kepada dunia Eropah yang dalam kegelapan dan kemunduran pada ketika itu. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa terdapat faktor utama yang menyumbang kepada kecemerlangan ilmuan dan pendidikan Islam dibumi Andalusia. Antara faktor-faktor kecemerlangan ilmuan dan pendidikan Islam di Andalusia ialah gesaan ajaran Islam, galakan pemerintah, peranan para ilmuan dan minat masyarakat terhadap ilmu pengetahuan.
2.1 Gesaan Ajaran Islam
Melalui gesaan Islam itu sendiri yang mewajibkan umatnya menuntut ilmu secara tidak langsung telah berjaya menanamkan rasa minat dalam masyarakat itu sendiri terhadap ilmu pengetahuan. Salah satunya ayat al-Quran dari surah al-‘Alaq yang menyeru kepada seluruh umat manusia supaya membaca dan menuntut ilmu. Dengan kata lain, membaca ditinjau dari segi psikologi melibatkan keseluruhan mental manusia sebagai seorang individu. Disamping itu membaca itu mempunyai aspek sosial, iaitu proses yang menghubungkan perasaan, pemikiran dan tingkahlaku seseorang manusia dengan manusia yang lain. Pentarbiyahan melalui ayat al-Quran ini telah meresap kedalam diri dan jiwa manusia ketika itu.
Selain itu, senario ini wujud atau lahir melalui proses pembudayaan ilmu itu sendiri yang mana telah diberi penekanan oleh golongan pemerintah dan juga hasil daripada kerjasama padu dikalangan para ilmuan yang lahir bagai cendawan tumbuh selepas hujan pada zaman itu. Antara orang yang berpengaruh dalam aktiviti ilmuan ini adalah golongan Arab Barbar, al-Muwalladun (hasil dari keturunan masyarakat tempatan yang berkahwin dengan orang arab), Mozarab(masyarakat tempatan Andalus yang beragama Kristian tetapi mempunyai pengaruh yang mendalam dalam budaya nilai Islam) dan golongan Yahudi.
  Islam sebagai sebuah agama yang menepati fitrah manusia dan bersifat global serta bersesuaian disegenap masa dan merentasi sempadan geografi. Sikap tolenrasi, penarafan manusia adalah sama disisi Allah dan keadilan Islam kepada umatnya jelas menjadi daya tarikan utama kepada masyarakat tempatan di Andalusia ketika itu. Secara tidak lanngsung apabila bertapaknya Islam di Andalus, maka syiar Islam menjadi semakin luas. Aktiviti dakwah menjadi semakin rancak dan akhirnya berjaya membawa ramai masyarakat Sepanyol untuk minat dengan Islam. Tambahan pula saranan agama Islam itu sendiri yang amat menggalakan dan mewajibkan umatnya supaya menuntut ilmu bermula dengan bacaan. Ini dijelaskan dengan lebih lanjut didalam surah (Al-Alaq; 1-5).[3
Maksudnya; Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang telah menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Disebalik penurunan ayat pertama iaitu Surah Al-Alaq kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai wahyu pertama, jelas sekali menyuruh baginda membaca kerana dari membaca ini maka segala ilmu pengetahuan akan mudah diperolehi. Malah melalui ayat ini juga menjadi satu penanda kepada bangkitnya peradaban baru iaitu bermula kegemilangan Islam zaman Rasulullah. Namun secara ilmiahnya, “membaca” melibatkan proses mental yang tinggi, melibatkan proses pengenalan, ingatan, pengamatan, pengucapan, pemikiran, kreativiti disamping proses fisiologi. Dengan kata lain, membaca jika ditinjau dari segi psikologi, melibatkan keseluruhan struktur mental manusia sebagai seorang individu. Manakala dari aspek sosialnya “membaca” adalah proses menghubungkan perasaan,pemikiran, dan tingkah laku seseorang manusia dengan manusia lain.
 2.2 Galakan Pemerintah dan Masyarakat
Galakan pemerintah yang cintakan ilmu pengetahuan dengan mewajibkan rakyat belajar dengan menyediakan pendidikan secara percuma kepada masyarakat seawal umur empat tahun dengan pendidikan asas Islam dan diikuti dengan pendidikan ilmu fardhu kifayah di peringkat menengah dan tinggi. Selain itu pemerintah Andalusia juga menyediakan biasiswa khas kepada pelajar dan masyarakat luar Andalusia seperti England, Itali, Bulgaria, Perancis dan lain-lain lagi.
Galakan insentif diberikan kepada para ilmuan yang mendapatkan sebarang manuskrip lama daripada seluruh dunia untuk diterjemahkan. Sikap positif ini ditampilkan oleh Abdul Rahman II. Manakala pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (dikenali dengan Abdul Rahman al-Nasir) serta puteranya al-Hakam II merupakan zaman paling terkehadapan dalam bidang keilmuan. Andalus pada ketika itu menjadi tempat tumpuan penuntut dari seluruh dunia terutamanya dari Eropah. Cordova yang menjadi pusat pemerintahan kerajaan Islam Andalus telah berjaya memperkembangkan ilmu hasil daripada inisiatif pemerintahnya sendiri yang meminati bidang ilmu tersebut.[4]
Selain daripada itu, pemerintah juga memainkan perananya yang penting untuk memberi bantuan kepada orang Islam untuk membina tempat-tempat pengajian Islam. Pada peringkat awal kedatangan Islam, tidak terdapat tempat-tempat yang khusus untuk menjadikan sekolah. Namun begitu, masjidlah yang menjadi tempat utama dalam penyebaran agama Islam. Oleh itu, pemerintah memainkan peranan dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang ingin menyebarkan agama ini. Hal ini dapat dilihat seperti pada tahun 169H/785M, Abdul Rahman Ad-Dakhi selaku pemeintah pada masa itu telah membeli gereja dengan harga sebanyak 100,000 keping wang emas utnuk dijadikan masjid[5]
Kemajuan atau kemunduran sesuatu kegiatan dalam sesebuah negara banyak bergantung kepada sikap dan peranan yang dimainkan oleh pihak pemerintah itu sendiri. Demikian juga dengan kegiatan ilmu di Andalus telah mencapai tahap ketamadunan yang tinggi. Pemerintah-pemerintah Bani Umayyah di Andalus sangat berminat dengan ilmu pengetahuan dengan menjemput ramai golongan intelektual dari berbagai-bagai tempat di Andalus. Kegiatan ilmu pengetahuan dibentuk melalui sistempelajaran yang intensif, membawa masuk buku-buku, guru-guru dan sarjana-sarjana dari Timur ke Andalus disamping menghantar pelajar-pelajar ke Timur bagi mempelajari segala bidang ilmu pengetahuan.
Amir atau khalifah telah mendirikan sekolah-sekolah, perpustakaan-perpustakaan, dan university dibandar Cordova. Implikasinya Andalus telah berjaya mengeluarkan ulama dalam pelbagai ilmu seperti fiqh, tafsir, hadith, sastera, matematik, kejuruteraan dan lain-lain. Abdul Rahman II sangat menghargai sarjana dan merapatkan diri dengan para sarjana. Beliau sangat meminati ilmu pengetahuan berkaitan dengan agama Islam, sains secular, puisi dan matematik.
Pada zaman Abdul Rahman III, bahasa Arab dan agama Islam telah berada dalam keadaan stabil dan mantap sehingga zaman pemerintahnnya dikenali sebagai keemasan. Al-Hakam II juga member galakan dengan menghulurkan bantuan kepada kegiatan-kegiatan kesarjanaan dalam pelbagai bidang. Beliau juga berusaha menarik minat para intelektual terutama dalam bidang sains dari Timur dating ke Andalus dengan diberi gaji lumayan untuk berkhidmat di Andalus. Pada zaman kekuasaannya Universiti Cordova diperbesarkan dan dipertingkatkan peranannya sehingga muncul sebagai universiti terbaik dan terbesar pada ketika itu. Disamping terkenal sebagai seorang pemerintah yang berwibawa, al-Hakam II juga terkenal dengan cintanya kepada ilmu pengetahuan. Antara guru-gurunya yang terkenal ialah Qasim, Ibn Asbagh, Ahmad Ibn Dahim, Muhammad Ibn Salam al-Khushanni, Zakariyya Ibn al-Khattab dan Thabit Ibn Qasim.
Beliau juga telah mengirim banyak wang dari Baitul Mal kepada penulis-penulis Timur untuk mendapatkan salinan buku. Al-Hakam II pernah meminta dihantarkan kepadanya Kitab Al-Aghani yang dikarang oleh Abu al-Faraj al-Isfahani dengan membayar seribu dinar. Di bawah pemerintahan beliau juga kegiatan pembelajaran semua cabang ilmu berkembang subur. Pengajian ilmu bahasa juga berkembang hasil pengajian tatabahasa al-Quran. Hal ini telah mempengaruhi rahib Yahudi untuk menyusun semula kitab Taurat mengikut model pengajian bahasa Arab. Pengajian ilmu hadith pula telah mendorong pengajian sejarah.
Pemerintah-pemerintah Andalus memberikan penghormatan yang tinggi terhadap sarjana. Mereka dianggap sebagai teras negara. Sumbangan mereka dalam kesusasteraan dianggap oleh sesetengah pemerintah melebihi sumbangan para pentadbir. Setiap lapisan masyarakat Islam di Andalus dan bukan Islam begitu berminat dengan ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi inisiatif pemerintah yang menggalakkan menimba ilmu pengetahuan. Oleh kerana minat, terdapat para pelajar yang mengembara keserata tempat untuk mendalami pelbagai ilmu pengetahuan. Terdapat juga cendikiawan yang menghafal teks-teks yang mereka baca. Ini ternukti apabila diminta member kuliah mereka mampu berkuliah tanpa melihat catatan.
Golongan wanita juga turut terlibat dalam aktiviti keilmuan dengan penglibatan mereka teruatam golongan miskin sebagai penyalin kitab suci al-Quran dan buku. Dipinggir kota Cordova sahaja terdapat 170 orang wanita bekerja sebagai penyalin al-Quran dan khat kufi. Aktiviti penyalinan ini juga turut dilakukan dikedai-kedai buku. Selain itu, masyarakat Andalus juga cuba untuk menguasai bahasa Arab dengan menghafal al-Quran, membaca dan menulis dengan menggunakan bahasa al-Quran, mempelajari puisi dan lain-lain yang boleh membantu mereka menguasai bahasa tersebut. Akhirnya kota Cordova menjadi pusat keilmuan yang termasyhur di Eropah. Disebabkan gabungan kesungguhan pemimpin dan masyarakat Andalus menyebabkan berlaku pengembangan ilmu pengetahuan yang pesat di Cordova.
 2.3 Peranan Para Ilmuan(ulama)
Berpaksikan al-Quran dan tanggungjawab sebagai seorang ilmuan(ulama), menjadikan para ilmuan pada ketika itu bertungkus-lumus menunaikan tanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Disini dapat dilihat kesinambungan ilmu itu disampaikan melalui Maha Pencipta (Allah swt.) kepada rasul dan seterusnya rasul kepada umatnya (golongan ulama). Daripada ulama(ilmuan) ini pula akan terus masyarakat. Hal ini ada disebutkan dalam Fiqh al-Sirah “Allah swt. mengajarkan rasul-Nya, sedangkan rasul Allah mencamkan dan menghayati ilmu ilahi…setelah itu beliau mengajarkannya kepada orang-orang dengan penuh ketekunan dan kesungguhan” (Muhammad al-Ghazali:1986).[6]
 Peranan para ilmuan yang agresif untuk membaca, mengkaji dan menyelidik. Masing-masing memiliki perpustakaan peribadi sebagai rujukan ketika menulis. Dalam pada itu, sekolah-sekolah swasta turut didirikan bagi menambahkan pusat pendidikan yang disediakan oleh kerajaan. Mereka adalah pakar dalam pelbagai bidang ilmu sama ada ilmu fardhu ain atau fardhu kifayah. Antara tokoh ilmuan yang lahir  pada ketika itu ialah Ibn Khaldun, al-Idrisi, al-Bakari, Ibn Jubail, Ibn Firnas, al-Zahrawi, dan lain-lain. Sepanjang tempoh 800 tahun pemerintahan Islam di Andalus termasuk 300 tahun daripadanya pemerintahan Bani Umayyah, ramai sarjana terkemuka lahir dalam bidang fiqh, tafsir, tasawuf, hadith, dan banyak lagi. Maka disinilah dapat dilihat peranan para ilmuan Islam (ulama) dalam menghasilkan karya mengikut kepakaran mereka yang mana karya ini berguna untuk perkembangan ilmu pada masa tersebut hingga sekarang.
Antaranya dalam bidang naqliyah ialah Abu Ayunan atau Muhammad ibn Abdul Malik, Abu Abdullah(252-330 H/866-942H) iaitu ulama hadith yang menghasilkan kitab al-Sunan, Ibn Waddah atau Muhammad ibn Waddah ibn Razi (199-276 H/799-815M) yang pakar pelbagai bidang yang menghasilkan kitab ‘Ibad wa al-Awahid, al-Qit’an dan Kitab fihi ma Jaa min al-Hadith dalam bidang hadith dan Maknun al-Sirru Mustakhridj al-‘Ilm dalam fiqh Maliki, Isa ibn Dinar (211 H/827 M) yang mengarang kitab al-Hidayah, Ibn Abd Barr (338 H/950 M) menghasilkan kitabnya Fuqaha’ al-Qurtubah, Abu Amru al-Dani iaitu nama sebenarnya Abu Amr Uthman ibn Sa’id ibn Umar al-Umawi (371H/981 M) kitab karangannya al-Tafsir fi Qiraat al-Sab, Djami’ al-Bayan fi al-Qiraat al-Sab al-Mashhura, Kitab al-Maqni’ fi Ma’rifat Rasm Masahif al-Amsar, dan Kitab al-Idjaz wa al-Bayan, dan Maslamah ibn al-Qasim ibn Abdullah ibn Hatim kitab karangannya al-Tarikh al-Kabir dan Tarikh fi al-Rijal.
Sementara itu dalam bidang ilmu aqliyah pula ialah Abu al-Qasim Maslamah al-Majriti (338-398H/950-1007M) dalam bidang matematik kitabnya Thimaral ‘Adad, Abu al-Qasim Ahmad ibn Abdullah al-Jafiqi (424 H/1034M) dalam bidang astronomi bukunya Risalat al-Asturlab wa al-Isma’, Abu al-Qasim Khalaf ibn Abbas al-Zahrawi (325-404H/936-1013M) dalam bidang perubatan dan bertugas sebagai doctor peribadi Khalifah al-Hakam II kitabnya al-Tasrif li-man Ajaz ani al-Ta’lif, Abdul Malik bin Habib(229H/845M) dalam bidang sejarah kitabnya al-Tarikh, dan Ibn Qutaybah al-Dinawari (276H/889M) dalam bidang geografi kitabnya Kitab al-Anwa’.
 2.4 Kegiatan Penterjemahan
Kegiatan penterjemahan telah berlaku sejak kerajaan Islam diperintah oleh Bani Umayyah(661-750M) lagi. Ketika itu, aktiviti terjemahan berkisar sekitar ilmu Yunani yang tertentu sahaja seperti perubatan, astronomi, kimia dan falsafah. Apabila kerajaan Abbasiyah mengambil alih pemerintahan, kegiatan ini masih berterusan. Pada zaman pemerintahan khalifah kerajaan Abbasiyah yang kedua iaitu khalifah al-Mansur(754-775M) misalnya, terjemahan ilmu-ilmu Yunani telah dipergiatkan. Malah, ilmu-ilmu dari Tamadun Hindi juga turut diterjemahkan. Aktivit terjemahan ini melibatkan bidang-bidang seperti perubatan, astronomi dan matematik.
  Aktiviti ini masih berterusan pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid(786-809M) dan Khalifah al-Ma’mun(813-833M). Secara keseluruhannya, kegiatan penterjemahan buku-buku dari tamadun lain ke dalam bahasa Arab ini berlaku selama lebih kurang 150 tahun. Penterjemahan ini melibatkan karya saintifik agung yang pernah dihasilkan oleh tokoh-tokoh ternama seperti Hippocrates, Aristotle, Theophrastus, Euclid, Ptolemy, Dioscorides dan juga Galen. Antara karya yang pernah diterjemahkan ialah karya Ptolemy tentang astronomi dan astrologi iaitu Megale Syntaxiz Mathematike, Geography, Talulae Manuals, Hypotheses Planetarum, Planispherium dan Tetrabiblos serta karya astronomi Hindu yang ditulis dalam bahasa Sanskrit berjudul Siddhanta.
  Karya tentang matematik yang telah diterjemahkan pula ialah Introduction to Arithmetic yang dihasilkan oleh Nichomachus dan The Sphere and The Cylinder, The Measurement of The Circle,The Equilibrium of Planes dan Floating Bodies oleh Archimedes. Karya tentang perubatan yang telah diterjemahkan pula ialah Pandects yang dihasilkan oleh Ahron, Canakya, Susruta dan Caraka Samhita yang dihasilkan oleh Caraka dan Materia Medica yang dihasilkan oleh Dioscorides. Karya tentang zoology yang diterjemahkan pula ialah Historia Animalium yang dihasilkan oleh Aristotle. Manakala karya tentang sejarah tabii yang telah diterjemahkan ialah Tales of Bidpai. Karya ini pada asalnya ditulis dalam bahasa Sanskrit. Ia telah diterjemahkan terlebih dahulu dalam bahasa Pahlavi dan kemudiannya baru diterjemahkan dalam bahasa Arab.
  Karya-karya lain yang turut diterjemahkan ialah Timaeos yang dihasilkan oleh Plato, Book on The Signs of The Death yang dihasilkan oleh Hippocrates, De Theriaca ad Pisonem yang dihasilkan oleh Galen, Secretum Secretorum yang dihasilkan oleh Aristotle serta Methodus Medendi dan De Simplicium Temperamentis Et Facultatibus. Kesemua karya yang disenaraikan diatas telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Keadaan ini tidak menghairankan kerana bahasa Arab adalah satu-satunya bahasa yang digunakan oleh masyarakat dalam dunia Islam pada masa itu, dari Baghdad sampailah ke Cordova. Penterjemahan ini memudahkan masyarakat Islam untuk memahami dan mengkaji tamadun lain yang telah berkembang dan menyerapnya ke dalam tamadun mereka mana-mana yang bersesuaian.[7]
  Prestasi umat Islam dalam memajukan ilmu pengetahuan tidak diperoleh secara kebetulan, melainkan dengan kerja keras melalui beberapa tahap atau system pengembangan. Mula-mula dilakukan melalui penerjemahan kitab-kitab klasik Yunani, Romawi, India dan Persia. Kemudian dilakukan pensyarahan dan komentar terhadap terjemahan-terjemahan tersebut, sehingga lahir komentator-komentator muslim kenamaan. Setelah itu, dilakukan koreksi terhadap teori-teori yang sudah ada yang seringkali melahirkan teori baru sebagai hasil renungan pemikir-pemikir muslim sendiri. Oleh kerana itu, umat Islam tidak hanya berperanan sebagai jambatan penghubung warisan budaya lama dari zaman klasik ke zaman baru, melainkan telah berjasa dalam menemukan teori-teori baru. Terlalu banyak teori-teori yang mereka temui yang besar sekali ertinya sebagai dasar ilmu pengetahuan moden. Tahap-tahap ilmu diatas terbatas dalam pengembangan ilmu agliyah, tidak dalam ilmu naqliyah.
  Perkembangan pesat ilmu pengetahuan dan filsafat pada masa itu tidak terlepas kaitannya dari kerjasama yang harmonis antara penguasa, hartawan dan ulama. Umat Islam di negara-negara Islam waktu itu berkeyakinan bahawa memajukan ilmu pengetahuan dan kebudayaan umumnya, merupakan salah satu kewajipan pemerintah. Kesedaran kemanusiaan dan kecintaan akan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh para pendukung ilmu telah menimbulkan hasrat untuk mengadakan perpustakaan-perpustakaan disamping mendirikan lembaga-lembaga pendidikan. Sekolah dan perpustakaan, baik perpustakaan umum mahupun perpustakaan peribadi, banyak dibangun di pelbagai penjuru kerajaan, sejak dari kota-kota besar sampai ke desa-desa. Cordova yang dianggap oleh Phillip K. Hitti sebagai Mutiara Dunia. Pada masa tersebut, al-Mustanshir  memiliki tidak kurang dari 800 buah sekolah, 70 perpustakaan peribadi disamping perpustakaan umum.
  Al-Mustanshir dikatakan berhasil mengumpulkan buku sebanyak 400,000 buah untuk perpustakaannya, baik dengan cara membeli mahupun menyalin dari naskhah aslinya. Untuk keperluan itu, beliau telah mengirim agen-agennya ke Iskandariyah, Damaskus, mahupun Baghdad.[8] Judul-judul buku itu dimuat dalam catalog yang terdiri daripada 44 bahagian, setiap bahagian boleh memuatkan 20 halaman tentang karangan yang merupakan syair. Ketika beliau mendengar bahawa di Iraq, Abu al-Faraj al-Isbahani sedang menyusun Kitab al-Aghani, beliau mengirimkan wang 1000 dinar untuk pengarangnya bagi mendapatkan salinan pertama dari buku tersebut. Oleh kerana itu, “Kitab al-Aghani” ini lebih dahulu dibaca oleh orang Andalusia daripada orang di Iraq iaitu tempat pengarangnya berada.
 2.5 Perkembangan Perpustakaan
Perpustakaan menjadi tempat yang penting untuk pertumbuhan seterusnya perkembangan institusi pengajian ilmu pengetahuan. Perpustakaan merupakan tempat untuk mengumpulkan segala bentuk sumber ilmu zaman lalu dan kini yang digunakan sebagai rujukan bagi sesiapa yang menimba ilmu pengetahuan. Ketika institusi keperpustakaan sedang giat berkembang di wilayah Islam di bahagian Timur di bawah kuasa Bani Umayyah juga giat membangun dan memperkembangkan institusi tersebut. Perpustakaan diraja Cordova ialah perpustakaan yang rasmi pertama yang didirikan di Andalus yang diasaskan oleh Amir Abdul Rahman II pada awal zaman pemerintahanya. Perpustakaan tersebut merupakan perpustakaan yang terbaik di dunia pada masa itu. Perpustakaan ini kemudiannya diperbesarkan lagi oleh Khalifah Abdul Rahman III. Perpustakaan ini memiliki ratusan ribu kitab dalam ratusan ribu judul.
             Putera beliau iaitu Muhammad dan al-Hakam II dilaporkan memiliki koleksi buku masing-masing di perpustakaan ini. Perpustakaan al-Hakam II sendiri menyimpan buku-bukunya di dalam 40 ruangan. Setiap ruangan mempunyai sekitar 18,000 judul buku. Semasa beliau menaiki takhta beliau mengarahkan semua koleksi buku yang terdapat dalam Perpustakaan Diraja Cordova digabungkan. Terdapat kira-kira 400,000 hingga 600,000 naskhah nuku didalammnya. Al-Hakam II mengambil inisiatif menghantar wakil-wakilnya mencari dan mengumpulkan buku-bukunya yang terdapat diseluruh jajahan takhluk Islam. Buku-buku tersebut akan disimpan di Perpustakaan Diraja Cordova. Beliau juga menggalakkan rakyat Andalus belajar di Timur Tengah terutama di Kaherah, Baghdad dan Damsyik untuk mendalami ilmu perubatan, arkitektur, dan sains tulen. Mereka diberikan dermasiswa. Para pelajar juga digalakkan membeli dan membawa buku balik ke Andalus setelah tamat pengajian mereka.
            Pada zaman al-Hakam II terdapat sebanyak 70 buah perpustakaan awam tidak termasuk Perpustakaan Diraja Cordova dan seribu buah institusi pengajian tinggi yang terdapat disemua Bandar yang mempunyai perpustakaan masing-masing. Ratusan pekerja terlibat dalam tugasan disetiap perpustakaan yang didirikan berhampiran setiap universiti. Pekerja-pekerja juga ditugaskan menyalin dan menghias buku-buku baru dan kemudian mengedarkan secara percuma kepada sarjana-sarjana yang terdapat diseluruh Negara. Dilaporkan terdapat lebih daripada 500 orang penyalin yang bekerja di Perpustakaan Diraja Cordova. Apabila runtuhnya Kerajaan Bani Umayyah di Andalus dan kuasa politik jatuh ke tangan orang Barbar, mereka telah memusnahkan perpustakaan diraja ini dengan membakar buku-buku dalam bidang sains dan falsafah.
             Selain daripada itu juga terdapat perpustakaan persendirian yang didirikan oleh golongan bangsawan dan para sasterawan. Perpustakaan yang paling terkenal ialah perpustakaan Ibn Futais di Cordova. Pada awal ke 11M, simpanan perpustakaan ini telah dilelong kepada orang ramai dan berjaya mengumpulkan 40 ribu dinar. Perpustakaan Yusuf ibn Ismail salah seorang menteri Granada mempounyai perpustakaan paling terkenal di Cordova. Kaum wanita juga tidak ketinggalan dalam usaha membuat koleksi buku dan menubuhkan perpustakaan. Antara wanita yang peling mahsyur ialah Aisyah Binti Ahmad Ibn Qasim yang merupakan wanita yang paling terpelajar pada zaman itu. Perpustakaan beliau adalah antara yang mempunyai koleksi buku yang terbanyak.
Oleh hal yang demikian, keadaan perpustakaan yang begitu banyak ini sudah cukup untuk dijadikan bukti bahawa masyrakat Andalus terutama umat Islam pada waktu itu telah mencapai tahap ketamadunan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan. Umat Islam Andaluslah yang menjadi pendorong utama terutama pihak pemerintah Bani Umayaah member sumbangan keintelektualan di seluruh pelosok Eropah.
 2.6 Hubungan Diplomatik dan Perdagangan
Satu lagi faktor tersebarnya atau berkembangnya keilmuan zaman Andalus adalah melalui hubungan diplomatic dan perdagangan. Pedagang-pedagang Islam Andalus telah membuat hubungan dagang dengan negara-negara Kristian. Mereka menguasai jalan-jalan perdagangan sama ada darat mahupun laut. Barang dagangan dari Andalus menguasai pasaran di setiap bandar besar Eropah. Dengan ini tamadun dan kebudayaan tersebar ke segenap penjuru bukan sahaja di Eropah malah di Asia dan Afrika. Sudah menjadi kebiasaan bangsa yang menguasai perdagangan akan mempengaruhi bangsa-bangsa lain yang membuat hubungan perdagangan dengannya.
  Hubungan diplomatic antara kerajaan Bani Umayyah di Andalus dengan negara-negara asing terutama negara Kristian memang wujud. Hubungan diplomatic ini lebih bermatlamatkan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Contohnya banyak negara-negara asing yang menghantar pelajar atau duta mereka ke Andalus untuk menimba ilmu pengetahuan. Kerajan-kerajaan Eropah mengambil berat dalam ilmu pengetahuan dengan menghantar rombongan-rombongan ke Andalus untuk belajar dikolej-kolej yang terbesar disitu. Contohnya Otto the Great, Raja Jerman(325-362H/936-973M) telah menghantar Recomondo sebagai dutanya ke Cordova untuk menimba ilmu pengetahuan, sekembalinya dari Andalus beliau menjadipakar rujuj Liuprand, sejarawan di istana Otto yang menghasilakan karya sejarah yang bertajuk Antopodosis.
  Selain itu,Raja Jerman telah menghantar satu perutusan untuk mempelajari ilmu pengetahuan yang diketuai oleh menterinya William. Walaupun begitu, perutusan telahpun dihantar lebih awal iaitu di zaman pemerintahan Hisham I apabila Raja Philip telah mengirim satu rombongan ke Andalus dengan matlamat untuk mempelajari teknik pembelajaran ilmu-ilmu dan sebagainya. Rombongan tersebut telah dilayan dengan baik. Berita Hisham I melayan mereka dengan baik tersebar luas, maka ini telah menimbulkan keinginan kepada pemerintah-pemerintah di Eropah untuk mengikut jejak langkahnya. Selain itu. Wujud juga hubungan diplomatic antara Kerajaan Bani Umayyah dibawah pimpinan Khalifah Abdul Rahman III dengan Itali di bawah Hugh of Provence. Persekutuan antara kedua buah kerajaan terjadi apabila sama-sama menentang kerajaan Fatimiyah.
 2.7 Bagaimana Sepatutnya Pendidikan Islam Yang Dilaksanakan Di Negara Kita Boleh          .        Mencapai Kecemerlangan Seperti Di Zaman Andalus?
Kita telah melihat beberapa faktor dan sebab kecemerlangan ilmu pendidikan Islam di Andalus. Oleh itu, kita juga dapat menilai dimana kesungguhan dan cara pelaksanaan ilmu ini di dalam konteks pendidikan negara kita terutama bidang pendidikan Islam. Kita juga sedar tentang kekayaan sumber yang kita miliki berbanding pada zaman kemunculan Islam dahulu. Namun persoalannya, mengapa pendidikan ilmu Islam yang diterapkan kepada seluruh pelajar mahupun rakyat di negara ini di kira kurang berjaya berbanding dengan kejayaan pendidikan Islam pada zaman awal Islam dahulu ditambahkan pula dengan kekurangan dana, sumber dan sebagainya.
Hal ini telah menunjukkan bahawa, faktor kekayaan harta tidak menjamin kepada kekayaan ilmu sebaliknya kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kesungguhan para ulama dahulu menympaikan dakwah mereka tidak mengira tempat dan waktu. Kesediaan berkorban untuk mencapai sesuatu ideal, semangat dedikasi dan kesediaan mengabdikan diri kepada cita-cita yang ingin dicapai.
Oleh yang demikian, ahli-ahli sejarah peradaban manusia selalu menyamakan antara kebangkitan suatu peradaban baru dan kebangkitan kembali suatu peradaban yang sudah hamper mati. Namun apa yang bermakna dan bernilai apabila suatu peradaban yang ingin bangkit kembali sesudah hamper musnah haruslah ia kembali memiliki syarat-syarat yang ada atau dimiliki oleh peradaban tersebut semasa bangkit bagi pertama kalinya. Maksudnya disini, kalau masyarakat Islam ingin bangkit kembali misalnya di Malaysia, maka haruslah menyelediki dan menyelongkar syarat-syarat(garis panduan) yang dimiliki oleh masyarakat pada zaman Rasulullah. Mengambil kata-kata Anas R.A iaitu “Tidaklah akan bangkit kembali umat ini kecuali dengan cara yang dilalui oleh umat sebelumnya.”

3.0 PENUTUP
  Kecemerlangan ilmuan dan pendidikan Islam zaman Andalus adalah usaha bersama dari peringkat atasan (pemerintah) sehingga ke bawah(masyarakat) ditambah pula dengan pegangan kuat yang bersumberkan al-Quran menjadi wadah kekuatan ilmu melalui teras pendidikan Islam. Faktor gesaan agama Islam, galakan pemerintah, peranan para ilmuan dan minat masyarakat terhadap ilmupengetahuan menjadi tulang belakang atau nadi kepada perkembangan ilmu pada zaman Andalus disamping kewujudan beberapa prasarana untuk tujuan pendidikan. Disini jelas sekali apabila Islam mula bertapak di Andalusia, titik-titik kecemerlangan tamadun Islam berjaya mempamerkan kesinambungannya di Eropah dan dalam masa yang sama syiar Islam tersebar luas membumikan tauhid Allah swt dengan unggulnya.









BIBLIOGRAFI

Dudung Abdurrahman(2003), Sejarah Peradaban Islam: Dari Masa Klasik Hingga Moden,   Yogyakarta, Jurusan SPI Fakultas Adab IAIN Sunan Kalijaga LESFI.

Maruwiah Ahmat(2003) Sejarah Bani Umayyah di Andalus, Shah Alam, Karisma .           Publications.

Mohd Yusuf Ahmad(2002) Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam, Kuala Lumpur, .       Universiti Malaya.

Muhammad al-Ghazali(1986),Terjemahan Abu Laila dan Muhammad Tohir, Fiqh Al-Sirah,          Kuala   Lumpur, Dewan Pustaka Fajar.

Nasrudin Yunos, Roziah Sidik, Zulkarnain Mohamed(2007), Pengajian Islam,Shah Alam,           Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad(2008) Kenalilah Tamadun, Shah Alam, Pusat Penerbitan  . Universiti( UPENA).


[1] Maruwiah Ahmat(2003),Sejarah Bani Umayyah di Andalus,Shah Alam,Karisma Publications,Hlm.27.
[2] Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad(2008) Kenalilah Tamadun, Shah Alam, Pusat Penerbitan Universiti(UPENA),Hlm 76
[3] Surah Al-Alaq, Ayat 1-5.
[4] Nasrudin Yunos, Roziah Sidik, Zulkarnain Mohamed(2007), Pengajian Islam,Shah Alam, Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.,Hlm.67.
[5] Mohd Yusuf Ahmad(2002) Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam, Kuala Lumpur, Universiti Malaya
[6] Muhammad al-Ghazali(1986),Terjemahan Abu Laila dan Muhammad Tohir, Fiqh Al-Sirah, Kuala Lumpur, dewan Pustaka Fajar,Hlm.43.
[7] Nasrudin Yunos, Roziah Sidik, Zulkarnain Mohamed(2007), Pengajian Islam, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd., Hlm.75.
[8] Dudung Abdurrahman(2003), Sejarah Peradaban Islam: Dari Masa Klasik Hingga Moden, Yogyakarta, Jurusan SPI Fakultas Adab IAIN Sunan Kalijaga LESFI.

1 comment: